Pages

Thursday, May 13, 2010

Pesawat intip terbaru dipamerkan




GAMBAR menunjukkan pesawat pengintip terbaru Phantom Ray yang didedahkan buat pertama kali pada satu majlis di St Louis, Amerika Syarikat kelmarin.


CHICAGO - Syarikat Boeing dari Amerika Syarikat mendedahkan rupa bentuk pesawat pengintip kawalan jauh masa depan yang diberi nama Phantom Ray pada satu majlis di St Louis kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.
Pesawat pengintip itu dicipta dengan reka bentuk aerodinamik dan dilengkapi sistem alat kawalan jauh (UAS) dan dijadualkan akan melakukan penerbangan ujian pada musim panas ini.
Ia dijangka dilancarkan pada bulan Disember ini.
Pesawat itu mempunyai sepasang sayap dengan ukuran lebar 15.24 meter.
Panjang badan pesawat itu 10.97 meter dan berat kasarnya berukuran 16,556 kilogram dengan kelajuan 988 kilometer sejam serta bergerak tanpa mengeluarkan bunyi bising.
Ia dimajukan oleh Boeing Phantom Work berdasarkan sebuah pesawat prototaip yang dicipta oleh syarikat tersebut untuk kegunaan pasukan tentera Amerika Syarikat.
Pesawat ini juga mampu melumpuhkan pertahanan udara musuh, serangan elektronik dan mengisi minyak di udara. - Agensi

No comments:

Post a Comment