Pages

Thursday, May 20, 2010

Misteri lembaga hantu terbongkar



GAMBAR menunjukkan wajah budak perempuan (bulatan) pada sekeping poskad pada 1922.


BANDAR WEM, Britain - Misteri identiti satu lembaga budak perempuan yang dianggap hantu dan dirakamkan oleh jurugambar amatur, Tony O'Rahilly semasa sebuah dewan terbakar di sini pada 1995 mungkin telah diselesaikan, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut seorang pesara jurutera, Brian Lear, 77, lembaga budak perempuan itu sama seperti dengan imej budak perempuan yang dilihat berdiri di tepi pintu yang terdapat pada sekeping poskad tahun 1922.
Jurutera itu mengesan wajah budak perempuan itu semasa imej poskad tersebut disiarkan semula bagi ruangan mengimbas kenangan di sebuah akhbar tempatan.
"Saya tertarik untuk mendapati budak perempuan itu kelihatan seperti budak perempuan yang digambarkan sebagai hantu Wem," katanya.
Pada mulanya, gambar tersebut dirakamkan oleh O'Rahilly yang merupakan seorang pekerja pembetungan ladang yang melihat dewan berusia 90 tahun tersebut terbakar pada November 1995.
Pekerja pembentungan itu hanya mengetahui imej lembaga tersebut semasa dia mencuci filem berkenaan.
Imej itu mendapat liputan meluas sekali gus menyebabkan imej lembaga berkenaan diberi gelaran sebagai hantu Wem.
Namun, seorang anggota Persatuan Jurugambar Diraja, Dr. Vernon Harrison menganggap bahawa lembaga budak perempuan itu mungkin terjadi disebabkan oleh teknik cahaya dan bukannya kerana kewujudan hantu. - Agensi

No comments:

Post a Comment