Pages

Wednesday, May 26, 2010

Maklumat tentang Jesuit




Ignatius

Society of Jesus (Perhimpunan Jesus) atau dikenali sebagai Jesuit, adalah sebuah aliran keagamaan Kristian dari Gereja Roman Katolik ataupun disebut Gereja Rom sebagai pergerakan yang berkhidmat untuk gereja-gereja. Para pengikutnya itulah yang digelar Jesuit, dan mempunyai gelaran seperti 'Tentera Jesus' dan 'Tentera Berjalan Kaki Paus' kerana pengasasnya, Saint Ignatius of Loyola adalah seorang ksatria sebelum menjadi seorang paderi.
Peter Hans Kolvenbach

Society of Jesus ditahbiskan di bawah perlindungan Madonna Della Strada, gelaran dari Blessed Virgin Mary (Mariam si Dara yang Direstu), dan dipimpin oleh Superior General (Jeneral Agung), yang pada hari ini pemimpinnya ialah Peter Hans Kolvenbach.

Ibu pejabatnya terletak di Rom yang dipanggil General Curia. Sejarah Curia of The St. Ignatius sekarang adalah sebahagian dari Collegio del Gesu iaitu Church of the Gesu.

Society of Jesus ditubuhkan pada 15 Agustus 1534 oleh Ignatius dan enam murid lainnya (Fransiskus Xaverius, Alfonso Salmeron, James Lainez, dan Nicholas Bobadilla, semuanya orang Sepanyol, Peter Faber dari Perancis dan Simon Rodrigues, orang Portugis) yang bertemu di Montmartre di luar Paris, kemungkinan berdekatan Chapel St. Denys, Rue Antoinette, di masa kini. Mereka mendirikan Society of Jesus untuk "berkhidmat dan menjalankan misi di Jerusalem, atau untuk pergi ke mana pun juga tanpa bertanya, mengikuti perintah Paus”.

Pada tahun 1537, mereka pergi ke Itali untuk mendapatkan persetujuan Paus atas aliran mereka. Paus Paulus III memberikan mereka persetujuan dan mengizinkan mereka untuk ditahbiskan menjadi pastor dalam Gereja Katolik. Mereka menerima tahbisan di Venesia oleh Uskup Arbe (24 Jun). Mereka mengabdikan diri untuk menyebarkan agama Katolik dan kerja amal di Itali, kerana rencana perjalanan mereka ke Jerusalem terhalang oleh pecahnya kembali perang antara kaisar, Venesia, Paus, dan Kerajaan Uthmaniyyah.

Bersama Faber dan Lainez, Ignatius pergi ke Rom pada Oktober 1538, untuk mendapatkan persetujuan Paus atas penubuhan aliran baru tersebut. Sebuah dewan Kardinal memberikan laporan yang positif bagi usul penubuhan yang diajukan, dan Paus Paulus III mengukuhkan aliran ini menerusi bula kepausan bull Regimini militantis (27 September 1540), tetapi menghadkan jumlah anggotanya 60 orang. Batasan ini dihapuskan melalui bula Injunctum nobis (14 Mac 1543). Ignatius dipilih menjadi pemimpin umumnya yang pertama. Dia menghantar para sahabatnya sebagai pendakwah ke seluruh Eropah untuk mendirikan sekolah, kolej dan biara.

Para pendakwah (missionaries) Jesuit mula bertebaran ke seluruh dunia. Antara yang terkenal-St. Francis Xavier, jesuit yang mengabdikan diri ke negara-negara sebelah Asia.

Aliran ini pada zahirnya menjalankan misi keagamaan atas nama Jesus dan Kristian tetapi sebenarnya mempunyai agenda tertentu yang amat jahat lagi licik lebih-lebih lagi Jesuit adalah antara pembantu yang paling penting dan besar peranannya kepada Iblis Laknatullah dan rakan kongsinya Dajjal Laknatullah. Ini kerana Jesuit adalah antara elemen penting dalam membangunkan plan besar New World Order atau One World Government di samping Freemasonry dan Zionis Antarabangsa.

Pada awalnya mereka berselindung di celah-celah jubah Paus Vatikan dengan mengadakan misi dakwah di negara-negara jauh (lebih mendekati peranan organisasi Tabligh dalam dunia Islam) khasnya berkhidmat di Jerusalem (Baitul Maqdis) tetapi lama-kelamaan mereka mula menguasai gereja dan sampai ke tahap membunuh kepada sesiapa yang cuba menghalang rancangan mereka termasuklah para paderi, biskup dan Paus sendiri!
Black Pope

Jesuitlah yang merancang konsep 'White Pope' dan 'Black Pope' di mana Paus yang memegang kuasa Vatikan sekarang adalah boneka kepada 'Black Pope' iaitu Jeneral Agung Jesuit di mana kini dipegang oleh Peter Hans Kolvenbach. Apabila orang Islam dapat ditundukkan dengan kejayaan membina Kuil Sulaiman di tapak Masjid Al-Aqsa, maka 'Black Pope' tadi akan ditabal menjadi Raja Kristian Kerajaan Satu Dunia yang bekerjasama dengan Raja Yahudi.

(Sumber Utama : MO)

P/s : Mcm filem "Angels and Demons" daaa..

No comments:

Post a Comment