Pages

Thursday, May 6, 2010

Lukisan Picasso dilelong RM344 juta



GAMBAR menunjukkan lukisan Picasso yang mencatatkan rekod lelongan di New York kelmarin.


NEW YORK - Sebuah lukisan karya pelukis terkenal, mendiang Pablo Picasso pada tahun 1932 yang memaparkan perempuan simpanannya, Marie-Therese Walter dalam keadaan bogel dijual pada harga AS$106.5 juta (RM344.04 juta) sekali gus mencipta rekod lelongan.
Lukisan yang berjudul Nude, Green Leaves and Bust itu pada mulanya dianggarkan berharga sekitar AS$90 juta (RM290.7 juta).
Ia dibeli oleh seorang pembida misteri menerusi telefon pada satu lelongan oleh firma lelongan Christie di sini, lewat kelmarin.
Lukisan tersebut yang berukuran 1.5 meter panjang dan selebar 1.2 meter menunjukkan seorang perempuan simpanan Picasso sedang berbaring dalam keadaan bogel sambil diperhatikan oleh pelukis itu.
Sebelum dilelong, ia dimiliki oleh seorang penaung seni di California, mendiang Frances Lasker Brody yang membelinya pada 1950-an dan kemudiannya disimpan oleh keluarga berkenaan.
Wanita dalam lukisan tersebut merupakan perempuan simpanan Picasso selama lapan tahun sejak 1927.
Hubungan mereka bermula semasa Picasso berumur 45 tahun dan usia wanita tersebut 17 tahun. - Agensi

No comments:

Post a Comment