Pages

Saturday, May 1, 2010

Kisah Adam dan Hawa dan perlaksanaan sifat Allah.




Contributed by firdaus_kamal 
Kita semua sedia mengetahui akan kisah Nabi Adam dan isterinya Hawa.Daripada kisah ini juga kita boleh menilai pelaksanaan sifat Allah yang lengkap dan jauh daripada sifat kekurangan.

Allah selaku pencipta semesta alam telah mencipta manusia dan Allah jualah yang mengetahui kekuatan dan juga kelemahan manusia.Sebagai salah satu daripada makhluk ciptaan Allah maka manusia ini mempunyai serba serbi sifat kekurangan.Manusia tidak mungkin sama dengan malaikat yang sifatnya tidak mempunyai tuntutan hawa nafsu dan sering patuh kepada perintah Allah.Manusia juga boleh menghindarkan diri daripada menguasai sifat yang tercela seperti sifat iblis yang angkuh,engkar dan suka melakukan tipu daya.
Allah telah melarang Adam dan isterinya Hawa memakan buah yang terlarang.Tetapi manusia Adam dan isterinya telah tidak tahan akan perdayaan iblis(musuh manusia yang nyata).Setelah buah itu dimakan,maka menyesal Adam kerana engkar dengan perintah Allah.Begitulah salah satu dari sifat manusia,setelah melakukan kesalahan maka akal yang sihat akan rasa menyesal.Maka Adam pun memohon ampun kepada Allah atas kesalahan yang telah terlanjur itu.Disaat itu Allah sekali-kali tidak ragu,tidak bimbang dan tidak menyesal dan merasa berdukacita sebab telah menciptakan manusia,malahan diwaktu itu juga Allah mempertunjukkan SIFAT KASIHNYA.Allah ajarkan kepada Adam bagaimana caranya memohon ampun,"Maka menerimalah Adam daripada Tuhannya beberapa kalimat".(Al-Baqarah:37).

Didalam Surah Al-A'raf ayat 22 dituliskan bunyi apa yang diajarkan Allah itu,iaitu."Ya Tuhan kami,sesungguhnya kami telah menganiaya diri kami sendiri,maka jika tidaklah Engkau beri ampun kami dan tidak Engkau kasihi kami,niscaya kami akan jadi orang yang rugi".Sesudah Allah memberi ampun itu,Allah pun segera melaksanakan SIFAT KEADILANNYA.Adam dan isterinya Siti Hawa dan begitu juga iblis disuruh keluar dari Taman Aden itu.Tidak setengah pun ditahan dan tidak setengah pun dikeluarkan.Ini menunjukkan juga adilnya Allah dalam membuat penghitungan terhadap hamba-hambanya.

Setelah itu Allah melaksanakan SIFAT KEBIJAKSANAANNYA pula iaitu mengangkat dan memilih Adam menjadi Khalifahnya dimuka bumi,bersama dengan anak cucu dan keturunannya.Allah juga memberi ingat kepada manusia supaya hati-hati menjaga diri kerana musuhnya yang BESAR dan NYATA iaitu iblis.Selama petunjuk dan hidayatNya itu dituruti manusia itu tidaklah akan sesat dan tidaklah akan sengsara.

Dengan demikian kelihatan pelaksanaan sekalian sifat Allah SWT iaitu Kasih,Cinta,Memberi Ampun,Bijaksana dan Adil.Maha suci Allah dari sifat kekurangan.Cukuplah jika kita katakan Allah itu Maha Berkuasa.Mempunyai sifat-sifat yang terpuji dan jauh daripada sifat kekurangan.
(Sumber rujukan-Tafsir Al-Azhar,karangan Al-marhum Profesor Dr.Hamka,halaman 1518-1519

No comments:

Post a Comment