Pages

Thursday, May 6, 2010

Kelebihan masjid


Masjid ialah tempat sembahyang, buat ibadah secara jemaah. Masjid dan surau pada dasarnya adalah sama, 2 nama pada 1 benda. Surau adalah perkataan Iran yang juga bermaksud tempat sembahyang. Cuma bezanya di Malaysia, surau tidak didirikan sembahyang Jumaat.
RUMAH ALLAH
Masjid dan surau adalah rumah-rumah Allah, yang mana ibunya adalah di Mekah dan rohaninya di Baitullah.
HANYA ISLAM LAYAK MAKMUR MASJID
Hanya duit orang Islam layak diguna untuk membangunkan masjid. Begiu juga pekerja, tukang masjid, sebaiknya orang Islam melainkan darurat.
At-Taubah [18] Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.
Duit orang kafir tidak boleh diguna untuk membina masjid, sekiranya ingin diguna juga, hanya boleh diguna unuk membuat longkang atau tandas masjid. Allah itu bersih dan suci, tidak terima benda yang tidak bersih. Tidak boleh mendampingi Allah dengan duit yang haram
At-Taubah [17] Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam Neraka.
BUAT MASJID DI RUMAH
Rasulullah s.a.w suruh supaya buat masjid di rumah iaitu sebagai tempat sembahyang bagi kaum perempuan dan sembahyang sunat (bagi lelaki). Baginda juga mengatakan “Jangan jadikan rumah kamu seperti kubur” (kerana di dalam kubur tidak didirikan sembahyang)
PAHALA SEMBAHYANG
Pahala sembahyang di Masjid Jamek (masjid yang didirikan sembahyang Jumaat) ialah 150 kali ganda fadhilat sembahyang sendirian di rumah. Pahala sembahyang di surau iaitu masjid yang tidak didirikan sembahyang Jumaat ialah 25 kali ganda fadhilat sembahyang sendirian di rumah.Pahala Sembahyang di Masjid Allah iaitu Masjidil Haram ialah sebanyak 100,000 kali ganda. Pahala Sembahyang di Masjid Nabi iaitu Masjidil Nabawi ialah sebanyak 10,000 kali ganda atau 1,000 mengikut setengah riwayat..
JADI PERAHU
Masjid yang kita sembahyang dan beri khidmat jadi perahu di hari Kiamat untuk meniti Sirat, yang perjalanannya 3,000 tahun meniti di bawah neraka.
RUMAH MUKMIN
Sabda Nabi s.a.w, masjid itu rumah bagi tiap-tiap orang mukmin. Bila berlaku banyak fitnah iaitu agama berada dalam keadaan huru hara, lazimkanlah duduk di dalam masjid.
TANDA ISLAM DAN KEIMANAN
Sabda Nabi s.a.w, Bila kamu melihat lelaki yang melazimkan berulang-alik ke masjid, maka Islamlah dia (ada iman dalam hatinya). Riwayat dari Abi Sa’id Al-Khudri, Bila kamu melihat lelaki beribadah di masjid, maka berimanlah dia kerana firman Allah:-
At-Taubah [18] Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang………
TIDAK BOLEH CAKAP DUNIA, GELAK KETAWA
Sabda Nabi s.a.w. siapa bercakap hal dunia dalam masjid, gugur pahala malannya 40 tahun. Contoh cakap dunia adalah seperti sembang berkenaan bola dan muzik di dalam masjid.
Riwayat Ibnu Abbas, tertawa dalam masjid menyebabkan gelap dalam kubur. Kalau pernah berbuat demikian, taubat dan istigfarlah. Sahabat Nabi duduk diam dan tekun bila mendengar hadis dari Nabi, hinggakan daun gugur pun tidak disedari. Begitulah serius mereka dalam beragama.
“yad khulu ha illa kho ifin”
Baqarah [114]….tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah
Kata Imam Ghazali dalam Ihya, sabda Nabi s.a.w, bercerita di dalam masjid mengurangkan kebajikannya seperti binatang memakan rumput.
Dalam hadis yang lain, tanda akhir zaman ialah manusia bercakap dengan suara tinggi di dalam masjid.
Malaikat benci kepada mereka yang bercakap perkara “lagha” iaitu perkataan yang tidak baik di dalam masjid. Apabila Malaikat benci sesuatu perkara maka Allah juga tidak suka perkara itu.
PAHALA MEMBERSIHKAN BENDA JIJIK DARI MASJID
Sabda Nabi s.a.w, siapa mengeluarkan benda jijik dari masjid diberi satu rumah (mahligai) di dalam syurga. Manakala dalam riwayat yang lain diberi seorang bidadari.
PAHALA MEMBINA MASJID
Dalam satu hadis, siapa yang membina masjid kerana Allah (orang Islam yang bina masjid dengan duit yang halal), Allah akan membina mahligai untuknya di syurga. Samada masjid itu di bina secara sumbanagn perseorangan atau perkongsian, walaupun sekadar derma Rm1. (akan mendapat mahligai yang setaraf dengan sumbangannya).
TEMPAT YANG BAIK
Sabda Nabi s.a.w, sebaik-baik bumi ialah masjid. Sejahat-jahat bumi ialah pasar. Ini merupakan jawapan kepada satu rombongan Yahudi yang bertanya baginda tentang bumi mana yang tuhan sayang dan bumi mana yang tuhan benci. Rasulullah s.a.w pada mulanya tidak tahu jawapan unuk soalan ini. Baginda bertanya kepada Jibrail, Jibrail juga tidak tahu. Lalu Jibrail naik bertemu Allah untuk mendapatkan jawapan. Setelah Nabi memberi jawapan tersebut, 33 orang Yahudi tadi memeluk Islam (mungkin perkara ini juga disebutkan dalam kitab mereka.
Dalam satu riwayat yang lain, tiap-tiap masjid ada bendera iman. (Kerana itu bila melihat lelaki berulang-alik ke masjid maka Islamlah dia). Tiap-tiap pasar ada bendera syaitan. (di pasar banyak berlaku penipuan dan percampuran bebas lelaki perempuan)

No comments:

Post a Comment