Pages

Wednesday, May 26, 2010

Jambatan beralun di Rusia


BENTUK binaan jambatan baru di Volgograd, Rusia.GAMBAR KECIL PERMUKAAN jalan yang kelihatan beralun di jambatan baru di Volgograd, Rusia.

VOLGOGRAD, Rusia – Sebuah jambatan baru di sini sepanjang 7.2 kilometer bernilai AS$393.98 juta (RM1.3 bilion) yang dibuka lapan bulan lalu ditutup pada minggu lalu kerana permukaan jalannya beralun setiap kali angin kencang, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut beberapa laporan, permukaan jalan di atas jambatan itu akan beralun sehingga setinggi 0.91 meter apabila angin kencang bertiup di kawasan tersebut.
Seorang pemandu kereta berkata: “Kereta saya melantun seperti bola. Saya pada mulanya menganggap terdapat sesuatu yang tidak kena dengan suspensi kereta saya.”
Menurut seorang lagi pemandu, Andrey Bystrov, dia pada mulanya menganggap tersilap jalan semasa keretanya melantun di atas jambatan itu.
“Saya turut terfikir mungkin ada sesuatu yang berlaku pada suspensi kereta saya.
“Saya kemudiannya melihat kenderaan lain dan mendapati kereta mereka berayun-ayun,” katanya.
Seorang pakar, Vladimir Parshin berkata, angin mungkin punca jambatan galang itu beralun.
Imej beralun itu boleh dilihat di laman web YouTube di Internet. – Agensi
kredit : kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment