Pages

Tuesday, May 4, 2010

Illuminati

Illuminati (menerangi) adalah sebuah organisasi sulit terhasil dari gabungan pertubuhan kaum pagan khasnya Kabbalah-Yahudi dan kaum Kristian yang murtad dari agama mereka. Pertubuhan ini ditubuhkan oleh Adam Weishaupt, salah seorang anggota Freemasonary pada 1 May 1776. Dalam perkataan Arab sendiri, Illuminati disebut sebagai An-Nuraniyyin (pemegang cahaya) yang boleh dirujuk sebagai salah satu nama Iblis/Lucifer.



Iblis, atau khususnya 'Syaitan', dalam bahasa-bahasa Semit (termasuk bahasa Arab) bererti "pemberontak", yakni "memberontak kepada Allah", sebab tu kaum Qabalis/Kabbalah tidak menyebutnya dengan nama Iblis. Mereka menyebutnya dengan nama Lucifer, yang bererti "pembawa sinar cahaya". Penggunaan kata Iblis dianggap sebagai penghinaan kepada tuhan mereka. Perkataan Lucifer bermaksud cahaya, terang, pencerahan dan sebagainya.

Adam Weishaupt mengangap keamanan dan keharmonian hidup hanya dapat dicapai dengan mengikut kehendak Iblis.. Oleh sebab tu la kita dapat lihat kebanyakan simbol-simbol Illuminati ni disimbolkan sebagai sesuatu yang bercahaya seperti gambar di bawah..

illuminati, nwo, freemason, masonic


Simbol di atas merupakan salah satu dari pelbagai lagi simbol yang diguna pakai untuk mewakilkan pertubuhan mereka. Jika dilihat, simbol ini juga digunakan dalam pertubuhan Masonic kerana kedua-dua pertubuhan ini sebenarnya mempunyai kaitan yang rapat antara satu sama lain dan dipercayai juga bahawa Illuminati merupakan golongan tertinggi dalam hierarki pertubuhan Freemason.. Ok mari kita lihat gambar seterusnya..

illuminati, nwo, freemason, masonic

Gambar di atas menunjukkan makhluk dikenali sebagai Baphomet yang berkepala kambing. Makhluk ini dilakarkan berdasarkan kepercayaan Mesir Kuno mewakili Dewa Mendes yakni makhluk separuh kambing. 

"The ram deity of Mendes was described by Herodotusas being represented with the head and fleece of a goat"
.

Jika dilihat pada gambar Baphomet ni, tangan kanan menunjuk white moon of Chesedblack moon of Geburah.. Konsep white moon Chesed dan Black moon Geburah dapat ditemui dalam fahaman sesat ajaran Yahudi yakni Kabbalah..

illuminati, nwo, freemason, masonic, kabbala
dan tangan kiri menunjuk Sephiroth, The Tree of Life

Chesed/Hesed bermaksud kasih sayang, kebaikan manakala Gevurah memberi maksud pengadilan, kuasa, kekuatan.. Mengikut fahaman Kabbalah ini, setiap sesuatu diseimbangkan dalam rajah Tree of Life di atas. Untuk korang memahami maksud lebih mendalam mengenai fahaman ini, aku akan cuba ulas di kemudian hari jika ada kelapangan..hehe.. Jadi Illuminati ni juga memegang fahaman Kabbalah seperti gerakan Masonic yang dikupas dalam posting sebelum ini..

illuminati, nwo, freemason, masonic

Kepala Baphomet ini disimbolkan sebagai Pentagram (bintang terbalik) yang digunakan oleh pengikut syaitan menjalankan aktiviti pemujaan.. Simbol yang aku highlightkan dengan bulatan di atas merupakan simbol ular melingkar membawa pengertian kehidupan abadi.. Simbol ini juga digunakan sebagai satu simbol standard bidang perubatan masa kini..

illuminati, nwo, freemason, masonic
Caduceus, Medical Symbol

Caduceus juga digunakan untuk mewakilkan simbol DNA bagi hidupan di bumi ini. Difahamkan kenapa ia diletakkan bersama lakaran Baphomet adalah disebabkan pengikut ini mahu menguasai manusia dari segi perubatan dan simbol genetik itu sendiri.. Oklah, mari kita lihat gambar seterusnya...

illuminati, nwo, freemason, masonic
Statue of George Washington

Gambar di atas menunjukkan Statue of George Washington yang terletak di National Capitol, Amerika. George Washington merupakan Presiden Amerika yang pertama memerintah (1789–1797). Mengikut sejarah, beliau adalah individu yang bertanggungjawab membawa pengaruh Illuminati dan Masonary dari Eropah ke benua Amerika. Jika dilihat pada statue ini, ia mungkin hanya membawa pengertian biasa bagi kebanyakan daripada kita.. Oleh itu, mari kita lihat persamaan kedudukan statue ini dengan kedudukan lakaran Baphomet di bawah..

illuminati, nwo, freemason, masonic
Perbandingan: George Washington, Baphomet

Jadi korang boleh nampak persamaan antara kedua gambar di mana postur badan, pakaian dan juga kedudukan tangan menunjuk ke arah yang sama.. Oleh itu bolehlah disimpulkan di sini bahawa binaan statue George Washington ini juga menerima pengaruh secara terus daripada fahaman Illuminati/Masonic. Kedudukan dua tangan dalam posisi di atas disimbolkan sebagai hermetism. Hermetism mewakili tuhan dalam masyarakat Greek yakni Hermes. Apa yang menarik, mereka mempercayai Hermes mempunyai persamaan dengan dewa dalam masyarakat Mesir Kuno yakni Thoth.

"Thoth was considered one of the more important deities of the Egyptian pantheon, often depicted with the head of an Ibis".

Walau apa pun simbol yang ditunjukkan, jelaslah ia sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri. Sebenarnya, pengaruh Illuminati dalam dunia hari ini cukup tersebar luas tanpa disedari oleh kebanyakan orang. Sehinggakan teori-teori yang dibuat seperti ini dalam membongkar rahsia pergerakan diaorang hanya diketawakan oleh sesetengah pihak kerana dianggap "coincidence" sahaja padahal banyak pihak telah membuat pendedahan mengenai pergerakan ini.

Oleh itu marilah kita sama-sama membuka mata dan mengambil sikap waspada dalam kehidupan seharian tanpa dipengaruhi oleh angkatan Dajjal yang hanya mahu merosakkan umat akhir zaman.. Sekian...


Dokumentari The Arrivals.Tonton kesemua part..

Contoh2 filem yg ada simbol2 Illuminati Illuminati Symbolism In Movies by FarhanK501

No comments:

Post a Comment