Pages

Wednesday, May 26, 2010

Dua Rahsia Sulit Terbesar



Ini adalah penjelasan tentang masalah Vatikan, dunia Kristian, misteri okultisme dan kelompok rahsia (occultism and secret societies)
Setiap Paus yang dilantik di Vatikan mengetahui sekurang-kurangnya dua rahsia terbesar ini. Bukan sahaja Para Paus tetapi para Biskup dan paderi-paderi kanan termasuk pendakwah-pendakwah mereka juga mengetahui rahsia ini dari sumber-sumber yang tidak diketahui. Siapa yang tidak mengetahui adalah pengikut-pengikut Kristian yang dungu dan tidak dianggap elit oleh Kelompok Rahsia yang mengawal Vatikan dan Dunia Kristian itu sendiri. Ini kerana, dua rahsia ini adalah 'mantera' peringkat pencerahan agung ( Grand Illumination) dalam secret societies yang mengawal Vatikan. Kami panggil ini: Jigsaw Puzzle Kesesatan kerana di dalam Al-Quran orang-orang Nasrani(Kristian)adalah kaum yang menempuh jalan yang sesat. Kami mempunyai kepingan jigsaw puzzle sekarang dan ingin memberikan kepada anda untuk bersama-sama mencantumkan ia ke dalam 'Gambar Besar' kita.Jika anda tidak mahu mencantumnya sekarang,maka anda akan dipaksa mencantumkannya setelah anda menempuh kematian. Ini adalah satu permainan.
Ini adalah Mistisfiles.
Setiap Paus yang dilantik telah menempuh jalan-jalan 'kebenaran' mereka yang tersendiri. Dari peringkat pelatih (apprentice), paderi, biskup hinggalah mencapai pangkat Paus sebagai ketua umum Gereja Roman Katolik, sudah tentu banyak rahsia yang mereka ketahui.Dan sekurang-kurangnya dua rahsia terbesar ini telah mereka ketahui. Tetapi yang anehnya mereka terpaksa menyembunyikan rahsia ini. Amat terpaksa. Jika rahsia ini terbongkar, maka sudah tentu nyawa, kewibawaan, sumber rezeki hatta keimanan mereka kepada kristian itu sendiri akan punah-ranah.Begitu hebat kuasa yang terpendam di dalam dua rahsia terbesar ini sehingga para penulis, pengkaji dan pembuat filem berlumba-lumba mengorek rahsia yang terpendam ini.Rahsia-rahsia ini yang kami namakan 'jigsaw puzzles', adalah kesimpulan dari misteri di sebalik pergerakan syaitan Illuminati dan Freemason dan perkaitan mereka dengan Dunia Kristian.Terdapat banyak rahsia yang amat kompleks dan bersimpul-simpul di dalam beribu-ribu kisah, mitos, kos-kod rahsia serta harta karun terpendam, namun kami berikan dahulu dua keping jigsaw puzzle ini dahulu. Dua rahsia ini cukup untuk menjawab separuh misteri ini. Selamat Datang Ke Dunia Pemikiran Baru.
Tentu anda terlalu ingin tahu apakah rahsia terbesar yang disimpan oleh setiap Paus atau sekurang-kurangnya majoriti dari mereka. Kami akan memberikan ia kepada anda. Rahsia yang akan kami beritahu ini adalah bertaraf 'Rahsia Dalam Rahsia'. Anda akan bakal mengetahui Mantra Ajaib Pencerahan Agung ini sama seperti yang dipegang oleh Ketua Umum Illuminati atau Imam Besar berpangkat 33 Darjat Freemason atau para Mufti Iblis Commitee 300 ( Majlis Tertinggi pergerakan syaitan Freemason).
Sungguh!Para pengikut Freemason itu sendiri tidak mengetahui rahsia ini. Ini kerana sudah menjadi prinsip Freemason untuk membuka sedikit-demi sedikit rahsia (atau istilah Freemasonnya 'Pencerahan' - Illumination) selaras dengan peningkatan darjat mereka dalam pertubuhan. Dari kelab-kelab kecil mereka seperti Lion Club atau Rotary Club hingga ke Lodge-lodge Agung mereka, rahsia mengenai siapa Tuhan sebenar dan rahsia Alam Semesta akan dibuka satu-persatu.
Juga, para pengikut Kristian juga amat-amat jahil tentang Dua Rahsia Terbesar yang mati-mati disorokkan Imam Besar mereka; Paus Vatikan di dalam Koleksi Perpustakaan Diraja Vatikan sehingga diwujudkan banyak kod rahsia, lorong rahsia dan bilik rahsia dan segalanya misteri dan rahsia, untuk memadamkan Dua Rahsia Terbesar yang juga mendekati tahap Pencerahan Agung Sang Iblis Izazil Laknatullah ( The Azazel Watcher Lucifer of Fallen Angel). Jika anda betul-betul faham maksud di sebalik dua rahsia ini, ini akan memimpin anda kepada satu 'Zikir Agung' yang selalu diingati oleh Iblis Laknatullah dari era menjawat jawatan Ketua Malaikat (The President of Archangels) hinggalah menjadi makhluk terkutuk.Percayalah, zikir inilah yang selalu dikenang-kenang oleh Iblis sehingga ke saat ini, sehingga mengalirkan airmatanya... sesungguhnya Iblis tidak mampu merubah takdir yang ditetapkan kepadanya walupun menggunakan seluruh kekuatannya namun kita di sini, mahukah kita mengubah persepsi kita yang banyak menyesatkan atau bersama-sama 'takdir' Sang Iblis? Ingin kami maklumkan di sini, rahsia kedua ini amat sensitif kepada umat Kristian. Rahsia pertama juga sensitif, tetapi rahsia yang kedua melengkapi sensitiviti ini, sehingga para pengkaji konspirasi Kabbalah-Kristian cuba mengelak dari mendedahkan rahsia kedua ini, walaupun itulah keputusan yang berulang kali mereka temui dari 'makmal' penyelidikan mereka. Dua rahsia ini amat penting dalam mengungkap rahsia Da Vinci Code, Rennes le Chateau, Knight Templar, Rosicrusian serta golongan-golongan kristian awal seperti Essenes dan misteri skrol Nag Hammadi.
Dua rahsia itu adalah...


Posted at 09:00 pm by scareangelComments (6)   
Global Elite
Global Elite

Setiap manusia di dunia ini tidak akan terlepas dari kesan-kesan yang ditimbulkan oleh sekelompok manusia, atau pun dalam bentuk pertubuhan-pertubuhan rahsia yang bercita-cita untuk menguasai dunia. Mereka ini telah menyusup masuk ke dalam setiap aspek kehidupan moden manusia hari ini. Mereka inilah yang memimpin teknologi, budaya, sosial, ekonomi dan politik dunia sekarang. Setiap apa yang terjadi di dunia hari ini pasti ada kesan dari tangan-tangan mereka. Sejak dari dahulu lagi merekalah yang merancang setiap revolusi, peperangan, ideologi, polisi dan aktiviti yang terjadi di bumi.

Apa yang di paparkan di sini bukanlah untuk mengganggu ketenteraman anda, tetapi mengajak anda berfikir dengan hati dan pemikiran terbuka tentang senario di sebalik dunia hari ini. Apa yang anda percaya di dada-dada akhbar, radio, televisyen mahupun internet adalah 10% ataupun hanya permukaan sahaja dari keseluruhan cerita sebenar yang berlaku di dalam dunia yang penuh kepura-puraan ini. Ini tidaklah menghairankan kerana setiap media perdana di dunia inipun berada di dalam kawalan dan perhatian mereka.

Dua pertubuhan syaitan yang utama dan terkenal-Freemasonry dan Illuminati mendahului senarai kelompok elit dunia yang mengawal segala percaturan dunia hari ini. Setiap pemerintah, presiden, raja dan pemimpin korporat dunia tidak terlepas dari cengkaman dua pertubuhan syaitan ini. Mereka berselindungkan dengan nama kebajikan sosial tetapi sebenarnya berfungsi untuk memporak-porandakan keharmonian sosial manusia. Mereka memberikan dana-dana untuk membantu mangsa perang, pelarian, bencana alam dan lain-lain tetapi pada masa yang sama mereka juga membiayai industri pornografi, pengedaran dadah, penyeludupan dan kegiatan mafia.

Kemudian muncul pula pertubuhan seperti The Round Table, ditubuhkan bersama oleh Cecil Rhodes (hartawan berlian) dan ejen Rothschild, Alfred Milner, berfungsi di sebalik situasi di dunia menerusi bantuan bank dunia dalam usaha untuk menekan kerajaan-kerajaan dunia bagi menyokong perlaksanaan New World Order.

Council on Foreign Relation (CFR) pula ditubuhkan oleh Rockefellers bagi menguasai pelaburan, ekonomi seterusnya politik dunia. Kesemua anggota-anggota majlis ini adalah orang-orang kenamaan yang amat penting seperti para presiden, ahli politik, ahli ekonomi, pemimpin tentera dan badan intellijen serta ahli perniagaan.

The Bilderberg Group pula diasaskan oleh Joseph Retinger dan Putera Bernhard dari House of Orange (bekas pegawai SS Jerman, seorang perisik melalui syarikat kimia I.G Farben dan kemudiannya menjadi pengerusi Shell Oil). Pertubuhan ini berfungsi untuk memimpin ahli-ahli politik dan para penasihat mereka, eksekutif-eksekutif media, bank, syarikat-syarikat multinasional, ahli-ahli akademik dan pemimpin tentera di mana mereka kerap mengadakan forum-forum perbincangan untuk menentukan halatuju politik dunia mengikut acuan mereka.

Salah satu pertubuhan yang tidak kurang pentingnya, The Trilateral Commission yang diasaskan oleh David Rockefeller dalam tahun 1972-73 bertujuan menyatukan polisi Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun secara rahsia. Pentadbiran Jimmy Carter adalah sokongan presiden mereka yang pertama dan banyak ahli dalam pentadbiran Jimmy Carter menjadi Trilateralist termasuk Zbigniew Brzezinski, penasihat keselamatan kebangsaan beliau dan pengarah pertama The Trilateral Commission.

Tidak sempurna rasanya jika tidak membincangkan tentang dua lagi kelompok yang sememangnya amat berperanan untuk membantu usaha untuk menguasai dunia ini. House of Rothschild telah lama membantu Dajjal Laknatullah dalam usaha untuk menguasai dunia. Diasaskan oleh Mayer Amschel Bauer (lahir pada tahun 1743 di Frankfurt; seorang Yahudi Jerman) yang kemudiannya menukar namanya kepada Rothschild (Baju Besi);gelaran yang diberikan oleh kerajaan Jerman ketika itu sebagai perlindungan khas kepadanya. Rothschild menguasai perniagaan tukaran wang asing pada mulanya kemudian berkembang kepada perbankan antarabangsa. Kesemua dana dari perniagaannya disumbangkan kepada gerakan Dajal-Yahudi seperti mencetuskan revolusi dan peperangan.

Empayar Rockefeller pula diasaskan oleh John D. Rockefeller melalui aktiviti utamanya, perusahaan minyak oleh syarikat Standard Oil (syarikat induk bagi Exxonmobil dan Esso). Pengaruh Rockefeller dalam senario ekonomi dan politik dunia amatlah terbuka dan diketahui ramai. Contohnya pembiayaan perang Iraq.

Terdapat banyak lagi cabang-cabang pertubuhan rahsia atau disebut 'secret society' yang berjalan di balik tabir dalam usaha membantu 'golongan elit' tertentu. 'Golongan elit' ini pula mendapat arahan dari ejen-ejen Dajjal. Akhirnya mereka dipandu oleh Iblis Laknatullah yang amat keras permusuhannya terhadap manusia khasnya umat Islam.

-M.O



Posted at 08:57 pm by scareangelComment (1)   
Temuramah bersama Preston dan Duncan

Telah banyak yang diperkatakan tentang projek-projek rahsia Amerika lewat Perang Dunia oleh pelbagai lapisan masyarakat khususnya para pengkaji, saintis dan ahli sejarah. Sepertimana pihak Jerman atau Rusia yang melakukan pelbagai ujikaji ketika perang yang makin mendesak, saintis-saintis Amerika bertungkus-lumus mencari dan mengkaji dari pelbagai sumber; hukum-hukum fizik, mekanikal, elektronik, graviti, portal masa hinggalah terpaksa merujuk kepada subjek kerohanian, kawalan minda, ajaran-ajaran mistik seluruh bangsa di dunia termasuk Sufisme dan Buddha-Tibet menjadikan apa yang mereka telah buat di Montauk ini merupakan satu misteri kemanusiaan yang mungkin terbesar dalam sejarah dunia. Kombinasi fizik (sains) dan metafizik (ajaran kerohanian) akhirnya bertembung dalam projek-projek berprofil tinggi ini. Tidak dinafikan peranan Al-Masih Ad-Dajal yang merupakan mastermind dalam penculikan manusia di semua poin pertembungan
arus panas-sejuk (terutama di Segitiga Bermuda yang termasyhur itu) untuk di jadikan tentera-tenteranya. Di bawah ini adalah temuramah dengan saksi-saksi (Preston Nichols dan Duncan Cameron) yang terselamat dari projek-projek yang digelar Philadelphia-Rainbow-Phoenix-Montauk.

-MistisOrganization


Temuramah berkenaan 'Montauk Chair' dan ujikaji Phoenix


S: Berkenaan ujikaji Montauk, anda telah berkata bahawa terowong itu (terowong ruangmasa 'wormhole') cukup besar untuk sebuah trak dipandu menerusinya, soalannya; dimana mereka pandu trak itu?

DC: Dimana mereka pandu trak itu?Baiklah, itu hanyalah gambaran untuk menyatakan yang anda boleh memandu trak menerusinya. Di sana terdapat semacam fenomena yang berkaitan sama ada ia adalah maklumat atau seseorang atau sebagainya.

PN: Tetapi yang penting, dapatkan trak di bawah tanah.

DC: ...sesuatu yang bukannya di paras bawah tanah. Ia adalah di bawah tanah yang di bawah...semua elemen ruangmasa adalah tersembunyi seperti di bawah tanah.

PN: Ia adalah kemuncak dengan struktur Delta T.

S: Berapa jauh kedalamannya?

PN: 1/4 batu, mungkin satu tempat di antara beribu kaki dan 1/4 batu. Ia adalah bawah tanah. Ini berdasarkan apa yang kami dapati. Kami tidak mempunyai buktinya.

PN: Adakah di sana ada alasan yang mengatakan ia menjadi tersembunyi seperti di bawah tanah?

PN: Alasannya berdasarkan apa yang mereka bina, lihat portal ruang masa Montauk yang pada dasarnya adalah satu artifak yang datang dari apa yang dipanggil sebuah antena Delta T. Anda boleh gambarkan ia seolah-olah satu benda yang besar diperbuat dari kayu dengan wayar dibentuk seperti ini. Inilah sebab kami memanggilnya antena Delta T. Portal itu sebenarnya muncul ditengah-tengahnya. Jika anda dapat keterangan mengenainya. Mereka mempunyai masalah untuk membinanya di atas tanah sebab mereka telah mula membuat ujian di atas tanah dari peralatan pemancar yang sangat kuat yang mana mereka menempatkan ia cukup rendah di bawah tanah yang mana di sana terdapat titik neutral terletak pada kerusi di mana Duncan pernah duduk di atasnya.

Jadi saya beranggapan bahawa mereka tidak mahukan apa jua denyutan yang kasar. Lihatlah antena ini yang menghasilkan denyutan kasar dari mudulator denyutan pemancar radar dan pada dasarnya meletakkan ia kepada fungsi Del Cross F Cross E Cross B Cross G. Yang mana bermaksud mereka pada dasarnya menjana gelombang graviti yang membentuk gelombang ruangmasa dengan sendirinya. Dan anda harus membuat satu portal ruangmasa; hanya satu dari hujungnya dapat dikawal, seperti dalam tahun 1983 anda harus membuat sambungan untuknya dimana-mana saja pada waktu yang lepas, kini atau masa depan sebagaimana yang anda inginkan. Jika saya letakkan antena itu di sini dan ditambah denyutan dari modulator denyutan di dalam sebuah pemancar radar, ia mungkin memusnahkan setiap set televisyen di dalam 50 batu di sekelilingnya. Tetapi mereka simpan benda ini jauh ke dalam bawah tanah jadi interferens elektromagnetik EMR tidak teradiasi.Mereka juga ingin menjadikannya cukup besar, saya fikir dalam 250 kaki, yang ini adalah sepuluh kaki. Saya fikir kita mempunyainya di Montauk berukuran 250 kaki ke 300 kaki. Yang ini, portal yang sebenar mungkin besar (beberapa inci) tetapi jika anda ada yang 10 kali ganda besar dan secara literal anda mempunyai sebuah portal...saya percaya portal itu bersaiz 10 hingga 20 kaki yang mereka sebenarnya mampu untuk membuatnya. Saya boleh membuat sebuah portal mungkin dalam 2 inci di sini menyebabkan antena itu lebih kecil.

Sudah pasti di atas tanah di mana terdapat masalah pembinaan yang tertentu. Dengan membuat benda itu di bawah tanah di mana mereka mempunyai pekerja-pekerja bawah tanah membuat lubang di dalam lantai dan menerusi paip dan wayar menerusi lantai itu dan ke atas dan anda tidak perlu bimbang akan angin akan merosakkannya atau sebagainya. Di sana ada sejumlah sebab ia adalah di bawah tanah.

S: Dan anda telah menyatakan ia sukar untuk dikesan?

PN: Yeah, siapa yang lihat ia dari atas udara?

S: Mereka akan naikkannya ke atas?

PN: Kebocoran Hertizan juga berkurangan jika ia di bawah tanah. Ia tidak merosakkan televisyen di Montauk. Montauk cukup jauh yang mana mereka mempunyai kuasa yang besar dan sinaran berputar yang mana mereka boleh lihat di Boston atau di Rhode Island atau Connecticut juga di New York. Dan kekuatan isyarat pada Montauk adalah sangat lemah jadi ia tidak mengganggu televisyen di Montauk. Mereka tidak mahukan kota itu huru-hara.

S: Adakah mereka gunakan semua ini untuk membina kota lagenda di Marikh?

PN: Ini maklumat yang kami terima. Kami tidak pun mampu untuk menutupnya. Ia hanyalah kenangan kepada Cameron dan Albielek. Saya tidak terlibat pada bahagian ini secara diri saya sendiri. Mereka tidaklah membina kota yang besar. Mereka hanya menjumpai satu tamadun purba yang ditinggalkan. Mereka pertama kali pergi ke Marikh dan menyedarinya dan ya, di sana telah pun ada satu tamadun pada suatu ketika dan di atas tanah terdapat puing-puing yang musnah berdebu. Tetapi mereka telah mengesan satu pepasangan yang besar di bawah tanah yang mana peralatan di sana masih menjana medan magnetik dan semacam itu yang mereka kesan dan sedar bahawa di sana masih ada mesin-mesin beroperasi di bawah tanah dan sudah pasti mereka menjelajah di sekitar Marikh dan mereka tidak dapat menggambarkan bagaimana membawa peralatan-peralatan itu ke bawah tanah dan membuat terowong ke dalamnya. Ketika Montauk mempunyai keupayaan untuk beroperasi ia menjadi kehilangan arah untuk menentukan hujung pusaran ruangmasa dari tahun 1983 menerusi apa jua masa yang mereka mahu untuk pergi di sebalik Marikh itu sendiri dan ini yang mereka buat. Dan Duncan sendiri boleh berkata apa yang dia lihat di atas Marikh.

S: Apa yang anda semua telah lakukan?

DC: Sesuatu yang baru-baru ini telah tiba-keduanya Preston dan diri saya sendiri telah menghadiri satu perjumpaan peribadi di Long Island dengan seorang lelaki yang telah diketahui berkecimpung dalam bidang UFO. Dia telah berkata; dia telah beri beberapa gambar berkaitan UFO. Dia datang dengan beberapa gambar menunjukkan bulan Phobos. Saya beranggapan ini satu pendedahan yang kukuh. Ketika saya memanggil secara fizikal, di sana adalah reaksi fizikal dan saya telah memulakannya. Selepas meluangkan sedikit masa dengannya-menyiasat ia, ia sekarang seolah-olah dari penyiasatan saya sendiri dan di luar pembacaan. Bila saya katakan saya membaca, saya secara asasnya sensitif dengan elektromagnetik dan boleh mencapai zon-zon maklumat sama ada mereka di atas skala tempatan, Akashic yang mana ia di dalam sistem domain atau di luar domain, berkembang lebih dan sebagainya.

Maklumat yang saya dapat dari luar zon maklumat adalah bahawa di sana terdapat sistem yang mana masih berada di atas Marikh. Ia pada asalnya adalah sebuah sistem jenis kristal elektronik yang mana sebahagian dari struktur pertahanan untuk sistem solar yang telah dipadamkan fungsinya (turn off). Pertahanan bermaksud untuk mengekalkan sesuatu. Ia bermaksud kita mempunyai medan-medan tenaga dan di sana adalah satu bentuk pertahanan untuk mengelakkan ancaman luar. Jika anda memikirkan tentang skala planet-planet di dalam sistem solar, jika pertahanan seperti itu dibuat, jika setiap satunya mempunyai stesen, untuk menghindarkan kejahatan atau menjaga kebijaksanaan di dalam sistem solar tetap hidup dan secara dinamik bergerak, jika ia dipadamkan di sana akan berlaku semacam penonjolan yang luar biasa. Sama ada satu dari perintah terlibat di dalam projek Montauk atau jika satu dari matlamat mereka adalah sesuatu atau sebagai satu produk, sistem pertahanan di Marikh ini adalah bermasalah dan di sana semacam ada masalah yang berkaitan adn menganggu kerananya. Ia adalah sistem yang berhubungan yang mana kami tidak dapat mengambarkan ciri-cirinya. Saya teruskan, ia hanya penerangan yang ringkas. Saya dan Albielek, menurut ingatan yang kembali segar, menyedari bahawa telah berlaku misi yang diarahkan di sana. Semacam apa yang dikatakan 'mata yang melihat' (seeing eye) Sebahagian dari tugas saya di Montauk pada asasnya semacam sistem jenis-hilang kesedaran dan sesuatu menembusi saya yang mana-bagaimana nak saya katakan-untuk kepentingan maklumat pergi ke satu-satu tempat atau sebagainya. Ia adalah salah satu dari sistem arahan jadi saya hanya boleh beritahu anda pada fungsi yang paling mudah terhadap apa yang terjadi. Pada dasarnya saya di sana hanya untuk memerhatikan. Pada dasarnya ia berukuran 300 atau 400 kaki di bawah tanah ditambah sistem jenis lubang yang besar. Di sana seolah-olah ada terdapat rujukan yang melambangkan sesuatu. Frekuensi yang berton. Ia tidak perlukan satu penjana, tetapi semacam frekuensi yang bertindak, hampir kepada suatu rencana yang bijak oleh satu pihak. Ia adalah sebahagian dari tugas saya untuk pergi dan menyiasat apa yang terjadi. Jadi terdapat lebih atau sekurang-kurangnya dua perkara yang saya nampak.

S: Adakah anda telah kembali ke masa lepas?Dan melihat satu tamadun di Marikh?

DC: Tidak,tidak. Bukan saya seorang sahaja. Dengan Al (panggilan untuk Albielek). Saya hanya mempunyai 5 atau 6 misi yang spesifik yang mana saya terlibat di dalamnya, sebagai sebahagian dari apa yang saya ingat. Apa yang dibuat oleh Al saya tidak tahu. Sehingga baru-baru ini saya telah pun menafikan apa jua perkaitan dengan Eksperimen Philadelphia atau Montauk atau masalah yang berkaitan kerana satu sistem penafian di dalam diri saya sendiri jadi sekarang saya bergerak ke depan dan cuba untuk belajar dan mendidik diri saya jadi saya dapat lebih maklumat sebagaimana yang kita bincangkan ini.

S: Adakah 'Wajah di atas Marikh' (face on Mars) mempunyai fungsi disebaliknya?

DC: Ia adalah satu soalan yang baik. Saya tidak pernah tahu akannya. Saya hanya mengagak. Montauk bertanggungjawab memelihara dan mempengaruhi kesedaran kepada Bumi. Itu satu dari keutamaan, mungkin, alatan untuk bekerja bagi memelihara dan mengawal orang.

PN: Dari maklumat yang saya ingat dari pembacaan yang anda katakan bahawa ia pada dasarnya sebuah pertahanan untuk sistem solar kita. Sistem Marikh telah melindungi kita dengan baik. Itu adalah perkara pertama mereka mematikannya jadi mereka dapat ke dalam.

DC: Ia mengandungi makna tertentu.

S: Jadi jika mereka mempunyai ia terpasang sebelum Projek Montauk kemudian ia dimatikan ketika Projek Montauk.

PN: Seseorang dari Projek Montauk telah pergi menerusi portal yang mana dari ruang titik A ke ruang titik B di masa nyata. Perkara pertama yang mereka buat ialah mematikan ia. Mereka menggodam sistem pertahanan itu dan mematikannya. Mungkin mereka mempunyai kunci untuk mematikannya. Saya tidak tahu. Saya bukanlah sebahagian dari projek itu. Saya hanyalah seorang lelaki yang bekerja dalam bidang elektronik untuk projek itu. Saya tidak terlibat dengan sesiapa yang pergi ke sana. Saya tidak percaya saya pergi ke tempat yang khusus dalam waktu.

BERSAMBUNG.........



Posted at 08:53 pm by scareangelComment (1)   
Portal Masa,Kuasa Minda, Dajal, Aleister Crowley...


Peranan Dajal dan sekutunya dalam Eksperimen Philadelphia telah mula terbongkar apabila beberapa saksi yang pada mulanya cuba dipadamkan ingatan oleh pakar-pakar kawalan minda kerajaan Dajal Amerika telah mula mengingati apa yang sebenarnya terjadi. Sesungguhnya kerakusan nafsu Amerika dalam membangunkan sistem peperangan yang hebat disambut baik oleh Dajal dan tentera-tentera syaitannya dengan menawarkan bantuan dari segi teori dan teknikal. Ini tidak menghairankan kerana para jin dan syaitan hidup lebih lama dari manusia dan tidak mustahil ilmu mereka dalam memahami ilmu fizik dan alam semesta lebih tinggi dalam beberapa aspek. Semua ini dikesan dengan penglibatan Aleister Crowley, ahli sihir yang terkenal di Barat di mana dia telah menubuhkan satu kumpulan kultus pemujaan syaitan yang besar di sebelah Barat yang menjadi asas kepada ajaran Church of Satan oleh Anton Szandor Lavey. Melalui ahli sihir inilah para saintis projek Montauk mendapat informasi dari makhluk-makhluk halus yang berhubung dengan Crowley dalam membangunkan teknologi canggih dalam projek-projek rahsia Amerika.

Ini telah disebut dalam Al-Qur'an bahawa para jin dan syaitan dahulunya kerap mencuri berita-berita dari langit. 'Berita-berita' ini mungkin saja maklumat-maklumat tentang hakikat benda dan konsep alam semesta, rahsia masa dan jarak. Malah si Dajal laknatullah itu juga pernah diajar oleh malaikat tentang rahsia alam dan umurnya yang panjang itu memungkinkan dia belajar banyak perkara tentang dunia ini.

Informasi di bawah adalah petikan dari buku seorang yang berminat mengkaji subjek ini setelah diceritakan oleh salah seorang saksi yang terlibat dalam projek-projek rahsia Amerika.

-MistisOrganization



Asal-usul Projek Montauk berbalik kepada tarikh 1943 di mana halimunan terhadap radar telah menjadi bahan kajian di atas kapal USS Eldridge. Sebagaimana Eldridge yang berlabuh di Pelabuhan Tentera Laut Philadelphia, maka segala kejadian yang berlaku berkaitan dengan kapal tersebut dirujuk sebagai, 'Eksperimen Philadelphia'.

Objektif ujikaji ini adalah untuk menjadikan kapal tersebut tidak dapat dikesan oleh radar dan ketika perkara ini dicapai, di sana telah terjadi sesuatu yang tidak dapat dijangka dan membawa kesan sampingan secara drastik. Kapal tersebut menjadi bukan sahaja tidak dapat dikesan oleh radar malah ghaib dari pandangan mata kasar dan terkeluar dari ruang masa yang kita ketahui!Walaupun ini adalah pencapaian yang hebat dari segi teknologi, namun ia membawa bencana kepada sesiapa yang terlibat.

Para kelasi telah berpindah keluar dari dimensi yang biasa dan kembali semula dalam keadaan mental yang tidak stabil dan tidak ketahuan punca. Ada di antara mereka yang tertanam/terlekat pada badan kapal itu sendiri. Sesiapa yang terselamat pula berada dalam keadaan mental yang kurang normal dan menyebabkan kehilangan kepercayaan orangramai terhadap mereka mengakibatkan apa yang terjadi tidak dapat diceritakan atau terkubur begitu sahaja. Selepas perang, kajian disambung semula di bawah selian Dr. John Von Neumann yang bertanggungjawab terhadap aspek-aspek teknikal Eksperimen Philadelphia.

Tugasannya yang baru itu adalah untuk mencari apa yang menyebabkan minda seseorang itu terganggu dan mengapa manusia tidak berjaya dalam hal fenomena antaradimensi (bergerak dari satu dimensi ke dimensi yang lain) tanpa mendapat kebinasaan. Kajian besar-besaran ke atas manusia telah bermula di Brookhaven National Laboratories di Long Island, New York. Ia dikenali sebagai Projek Phoenix.

Von Neumann bukan sahaja perintis kepada komputer moden dan menjadi seorang yang genius dalam matematik; dia mampu untuk mengendalikan sumber-sumber yang besar dari kompleks industri ketenteraan yang mana termasuk pangkalan data yang luas mengenai kajian psikologi Nazi yang mana diperlukan oleh Pihak Berikat selepas Perang Dunia Kedua.

Ia berlawanan dengan latarbelakang ini yang mana Von Neumann mencuba untuk menggabungkan teknologi komputer dengan peralatan radio yang canggih di dalam usaha untuk menghubungkan minda manusia dengan mesin. Setelah masa berlalu, segala usahanya berjaya. Selepas bertahun-tahun membuat ujikaji, pemikiran manusia dapat diterima melalui penerima radio kristal esoterik dan disiarkan ke dalam komputer yang mana menyimpan pemikiran tadi dalam bentuk bit-bit maklumat.

Bentuk-bentuk pemikiran ini dapat ditayangkan kembali di paparan skrin komputer dan dapat pula dicetak di atas sehelai kertas!Cara ini telah dibangunkan dan teknik-teknik ini dikembangkan sehingga sebuah mesin pembaca minda maya dibina. Pada masa yang sama, teknologi telah dibangunkan di mana seorang ahli psikik dapat membaca apa jua pemikiran manusia yang keluar dari komputer dan berpotensi mempengaruhi minda manusia yang lain. Sesungguhnya Projek Phoenix terkandung pemahaman yang amat besar tentang bagaimana fungsi minda dan mencapai potensi yang menakutkan terhadap kawalan minda. Satu laporan penuh telah diajukan kepada Kongres yang mana mengarahkan projek ini dibubarkan, sekurang-kurangnya pada sebahagiannya berdasarkan kebimbangan dalam memiliki potensi kawalan minda sendiri.

Organisasi swasta yang menolong membangunkan projek ini tidak mengikut arahan Kongres lalu mencari jalan untuk memujuk atau menggoda pihak tentera dengan mengajukan idea bahawa teknologi ini dapat digunakan di masa perang untuk mengawal minda musuh. Satu organisasi rahsia dengan sumber-sumber kewangan yang besar dan ada kaitan dengan pihak tentera memutuskan mereka harus membangunkan satu kemudahan kajian yang baru di Camp Hero, satu stesen tentera udara yang ditinggalkan di Montauk Point, New York.

Lokasi ini dipilih kerana ia menempatkan antena radar Saga yang besar yang memancarkan satu frekuensi lebih kurang 400-425 Megahertz kebetulan julat yang sama digunakan untuk memasuki tahap kesedaran minda manusia. Pada lewat tahun 60'an, pengaktifan semula Camp Hero bermula meskipun tanpa pembiayaan dari pihak tentera. Pada tahun 1972, Projek Montauk telah sepenuhnya berjalan lancar dengan ujikaji-ujikaji kawalan minda yang melibatkan manusia, haiwan dan bentuk-bentuk kesedaran lain yang dianggap wujud.

Sejak bertahun-tahun, para pengkaji Montauk telah menyempurnakan teknik-teknik kawalan minda dan disambung kepada penyelidikan yang lebih jauh kepada mencapai potensi manusia. Melalui pembangunan keupayaan psikik oleh individu yang berbeza, ia pada akhirnya tiba kepada tujuannya di mana pemikiran seorang ahli psikik dapat diperkuatkan dengan menggunakan mesin dan ilusi dapat diwujudkan kedua-duanya secara objektif dan subjektif!Ini adalah termasuk penciptaan maya ke atas benda-benda. Semua ini tidak muncul dalam penceritaan sejarah yang biasa yang kita panggil "pengalaman manusia yang umum" tetapi sesiapa yang terlibat dalam menjayakan Projek Montauk tidak berhenti dalam perkara ini.

Mereka harus telah mencapai lebih jauh kepada keadaan yang luar biasa. Apabila ia telah dijumpai bahawa seorang ahli psikik dapat mewujudkan benda-benda, ia telah diperhatikan yang semua itu muncul dalam masa-masa yang berbeza, bergantung kepada apa yang ahli psikik tadi fikirkan. Jadi, apa yang berlaku jika seorang ahli psikik memikirkan sebuah buku tetapi buku yang muncul semalam?Ia adalah satu garisan pemikiran dan ujikaji yang mana memimpin kepada idea yang seseorang dapat mengherot masa itu sendiri. Jadi, di sinilah bermulanya kajian terhadap pengembaraan merentas masa. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, portal masa telah dibuka secara besar-besaran dengan ujikaji-ujikaji besar telah dilaksanakan. Projek Montauk akhirnya, menjadi satu klimaks yang mengerikan dengan pusaran masa (time vortex) dibuka kembali pada tahun 1943 dan Eksperimen Philadelphia yang asal.

Tiada daripada maklumat ini yang jelas kecuali kepada Preston B. Nichols, seorang genius dalam bidang elektronik di mana pada suatu hari dia mendapati dia menjadi mangsa secara tidak sengaja di dalam eksperimen itu. Bekerja dengan satu kontraktor dalam bidang pertahanan di Long Island, Preston mengkaji aspek telepati dalam bidang psikik dan menjumpai bahawa gelombang radio secara terus-menerus telah dipancarkan yang mana mengkakukan orang-orang yang bersama-sama bekerja dengannya. Sebagai seorang yang pakar dalam radio dan elektronik, Preston telah mengesan isyarat radio terus kepada Stesen Pertahanan Udara Montauk dan bermulalah satu kajian yang menyukarkan di mana ia berpanjangan lebih sedekad.

Dia memerlukan lebih daripada peralatan yang digunakan semasa Projek Montauk dan menemui sesuatu yang mencemaskan dirinya di mana banyak orang yang mengingati penglibatannya dalam projek itu. Ia menjadi satu kemuncak di mana suami sepupunya menuntut penglibatannya di Montauk. Dua lelaki hampir-hampir menyerang pendirian Preston yang berkeras tidak terlibat dalam Projek Montauk. Tidak lama selepas perdebatan ini, Preston mula menghadapi saat-saat sukar dalam hidupnya di mana dia tidak pernah menyangka akan terjadi begitu. Selepas menemui dan berbual dengan banyak saintis dan jurutera yang mempunyai kaitan dengan Projek Montauk, Preston telah dapat melihat apa yang sebenarnya berlaku. Adakalanya dia hidup dalam dua garis masa yang berbeza. Pada satu masa, dia berkerja di Montauk; pada suatu masa dia berkerja di tempat lain.

Penemuan Preston telah disahkan oleh seorang lelaki yang aneh dengan menggelarkan dirinya Duncan Cameron telah muncul di muka pintunya pada tahun 1985. Duncan mempunyai sikap dan perawakan yang cerdik untuk kajian psikik dan akhirnya mendakwa telah dilatih dalam bidang tersebut oleh NSA (National Security Agency). Tanpa menyebut penderitaannya akibat Projek Montauk, Preston membawa Duncan ke Montauk dan terkejut dengan kemampuan Duncan mengingati keseluruhan kawasan itu dan mengingati bahawa dia pernah berkerja di situ. Duncan telah dipertimbangkan menjadi ahli psikik utama di dalam ujikaji merentas masa dan juga ingat telah berada di atas kapal perang USS Eldrige ketika Eksperimen Philadelphia yang asal dan juga adiknya (dikenali sebagai Al Bielek).

Menurut kenyataan kedua-duanya (Preston dan Duncan), Projek Montauk mencapai puncaknya pada 12 Ogos 1983. Satu portal masa telah berfungsi sepenuhnya, tetapi segalanya telah di luar kawalan dan Duncan telah memanggil sekumpulan orang dan berkeputusan untuk memusnahkan projek itu. Ketika duduk di Montauk Chair (satu peralatan yang disambung kepada penerima radio esoterik, di pangku dengan kristal-kristal yang dapat menghantar pemikiran keluar dari pemancar yang besar, Duncan melepaskan seekor raksasa besar dari minda bawah sedarnya yang mana memusnahkan segala peralatan dan apa saja berkaitan projek tersebut. Semua orang yang berkerja di dalam projek itu tiba-tiba meninggalkan tempat tersebut. Saluran udara dan pintu masuk utama ke dalam fasiliti bawah tanah pangkalan akhirnya dipenuhkan dengan simen. Apa yang terjadi sepenuhnya di sebalik semua ini tinggal sebagai misteri sehingga ke hari ini.

Walaupun satu video yang tidak berkebenaran telah diterbitkan secara meluas berdasarkan cerita ini dan beberapa ceramah telah diberikan di atas apa yang berlaku di Montauk, tiada buku pun yang ditulis khas untuk subjek ini. Penulis-penulis yang berbeza telah mencuba untuk menggalas tugas ini tetapi tidak berupaya dari segi ilmu yang berkaitan subjek ini atau takut untuk mendedahkan kebenaran. Seorang wartawan sains untuk New York Times telah memulakan projek ini tetapi menghentikannya apabila menemui dengan rasa terkejut bahawa projek ini benar-benar wujud.

Saya berjumpa dengan Preston ketika kajian sistem bunyi yang rumit yang dia menciptanya dan kemudiannya telah mendengar satu cerita yang mengkagumkan di mana sekurang-kurangnya lebih baik dari sains fiksyen yang pernah saya dengar. Selepas beberapa bulan, saya mengambil keputusan untuk mengambil tugas menulis buku The Montauk Projek: Experiment in Time. Buku ini ditulis tanpa berunding mengenainya selain dari Preston ( yang mahu melindungi sumber-sumbernya). Dengan penyiasatan yang memakan kos dan masa, strategi saya adalah adalah untuk mendapatkan maklumat secepat yang mungkin dan menggunakan buku ini untuk mendapatkan klu yang lain yang harus menguatkan dan pada akhirnya membuktikan kewujudan cerita yang menakjubkan ini.

Sebagaimana buku 'Projek Montauk' yang menimbulkan kajian yang lebih mendalam dan diteruskan dengan sesungguhnya mengesahkan di sana terdapat satu senario yang sebenar di sebalik semua informasi ini yang Preston katakan. Ini adalah rentetan kejadian dalam buku 'Montauk Revisited'. Tetapi bukti-bukti yang paling menggemparkan yang ditemui bahawa Projek Montauk secara kuatnya berkait dengan ahli sihir dan ahli kultus yang terkenal: Aleister Crowley, selalu di sebut "the wickedest man in the world"

Menurut laporan, Crowley dengan sendirinya menggunakan latihan praktik di dalam sihir seks di dalam usaha untuk memanipulasikan masa itu sendiri, berkomunikasi dengan makhluk halus dan mengembara antaradimensi. Di sana ada teori yang mengatakan keadaan antaradimensi di dalam Eksperimen Philadelphia harus terjadi dari ekspresi dari operasi sihir Crowler.


Posted at 08:48 pm by scareangelBerikan Komen Anda   
Plan Agung Iblis-Dajal dari Kacamata Seorang Luciferian Illuminist



Sejak si Iblis Laknatullah dan Dajjal Laknatullah memeterai perjanjian bersama untuk memerangi umat manusia khasnya umat Islam, mereka telah berkerjasama dan berusaha dengan keras untuk mencapai matlamat mereka sesuai dengan peranan Iblis iaitu syaitan dari kalangan jin dan Dajjal, syaitan dari kalangan manusia (surah An-Nas)

Dajjal telah menubuhkan pelbagai pergerakan rahsia (Secret Society) di merata pelusuk dunia. Contoh yang paling terkenal adalah Illuminati dan Freemasonry. Kesemuanya ini adalah rancangan besar mereka beratus-ratus tahun untuk menjahanamkan umat manusia khasnya umat Islam yang paling dibenci mereka.

Pelbagai penulis, cendekiawan dan pemikir dari kalangan dunia Barat mahupun Islam itu sendiri, membicarakan masalah ini. Kali ini MistisFiles ingin mengajak pembaca menelusuri plan besar Iblis/Dajjal ini melalui pandangan dan pemerhatian seorang pengikut Dajjal itu sendiri.

sama-sama kita renung-renungkan...


-M.O



Doc Marquis, di dalam bukunya, "Secrets of the Illuminati", telah melukiskan "Great Seal of the New World Order" (Logo TataBaru Dunia) ,menggambarkan pelbagai pengaruh dan organisasi yang secara aktifnya terlibat dalam apa yang dipanggil "New World Order" atau TataBaru Dunia. Logo ini bukanlah secara rasminya, walaupun begitu merupakan gambaran Marquis berkenaan sesuatu yang bersifat ghaib dan misteri dalam sistem baru ini.

Bermula dari atas:

*The All-Seeing Eye, terletak di atas logo, mewakili kuasa melihat semua aktiviti yang dimiliki oleh Iblis, digambarkan selalu dengan lambang mata juga dikenali sebagai sebagai Eye of Horus (Mata Horus). Horus adalah salah satu Dewa orang Mesir Purba.

*Perkataan "I" menggambarkan sikap keangkuhan, sikap takbur atau KEAKUAN yang tinggi yang mendakwa memiliki kebijaksanaan di mana mereka bekerja bagi pihak Iblis untuk mencapai sistem ini.

*"Witch" adalah yang teramat penting, kerana New World Order hanya tercapai di atas asas-asas kesihiran, diamalkan dalam banyak bentuk-bentuk yang berbeza dan oleh berjuta-juta orang pada dua abad yang lepas. Ilmu Sihir atau Kesihiran tidak lebih atau kurang dari terma Penyembahan Kepada Iblis.

*Pada huruf-huruf "ITC" pada perkataan "Witch" seolah-olah mengalir darah merah; merupakan gambaran Marquis tentang darah manusia yang telah tumpah dan mengalir
dan yang akan dirancang untuk mengalir, untuk memastikan sistem ini berjalan lancar. Perlu diperhatikan bahawa darah ini mengalir di atas dan mengelilingi "The Illuminati". Ketiga-tiga aliran darah ini bercampur di atas mazbah (altar) Iblis dan menutupi logo ini.Orang-orang Kristian tidak seharusnya terkejut kerana kebanyakan ramalan Injil berkata tentang penderitaan dan pembunuhan besar ketika Great Tribulation (Kesengsaraan Besar).

Lingkaran yang terluar memperlihatkan banyak organisasi yang mana berusaha secara giat dan bekerjasama untuk menjayakan New World Order. Mereka ialah:

*Gereja Roman Katolik
*Satanisme (Penyembahan kepada unsur-unsur Iblis)
*Pergerakan rahsia (Secret Society) yang digelar 'Rosicrucianism'
*D & D (Permainan Dungeon & Dragon) Nota: Sistem permainan ini adalah manual panduan yang lengkap kepada amalan Satanisme.

*Hari Sabbath Satanic (Lapan Hari Suci setiap tahun, setiap satunya menghendaki korban manusia)
*Huruf-huruf Yahudi yang tertulis di antara perkataan-perkataan Inggeris adalah daripada Jewish Secret Society (pergerakan rahsia Yahudi), Kabbala. Tulisan ini, "Witchcraft Today For As Much Within Ancient Babylon" terjemahan dalam bahasa Inggeris bermaksud amalan sihir pada hari ini adalah sama dengan amalan sihir dan pemujaan syaitan yang diamalkan pada era Babilon Kuno. Lebih jauh, mesej keyahudian ini ditulis dalam posisi songsang, dalam tradisi kuno Satanisme.Kabbala Yahudi adalah yang paling berpengaruh dari semua 'secret society' dalam matlamat merealisasikan New World Order.

Lingkaran kedua terdiri daripada aktiviti manusia yang paling berpengaruh. Organisasi/kekuatan tersebut adalah:

*Illuminati, (pergerakan rahsia yang mengambil model pergerakan Jesuit Roman Katolik)
Dari penubuhannya pada 1 Mei 1776 oleh Adam Weishaupt, pertubuhan ini telah pun aktif dalam hal-hal penyembahan syaitan dan membangunkan plan untuk penubuhan New World Order.

*Masons (Freemasonry)

Freemasonry telah lama menjadi 'occult secret society' dengan banyak matlamat ke arah New World Order. Walau bagaimanapun Masons mengajar bahawa semua perubahan yang diperlukan dalam New World Order haruslah berlangsung dalam keadaan semulajadi, sebagai keputusan dari 'evolusi manusia'. Dari tahun 1777-1782, pengikut-pengikut Weishaupt telah menyeludup ke setiap Lodge-lodge Masonic di Eropah dengan tujuan untuk menyusup idea kepada revolusi sebenar menjadi keperluan untuk menempatkan perubahan ini. Dalam tahun 1782, Freemasonry telah membuat persetujuan dengan Illuminati sebagai keperluan kepada revolusi, menandatangani sebagai pembantu Illuminati dalam matlamat kepada New World Order.Apabila Illuminati tidak lagi diperlukan dalam tujuan ini, Freemasonry telah menjadi pemimpin yang tidak dapat ditandingi dalam pergerakan New World Order.

*Two Seals of Our Doom (The Two Great Seals of The United States-dua mohor agung Amerika Syarikat)

Pemimpin Masonic di Benua Eropah percaya mereka harus menemukan benua Amerika Utara sebagai 'Atlantis yang baru'(New Atlantis). Atlantis yang baru ini haruslah memimpin dunia ke arah New World Order. Amerika Syarikat adalah sesuatu yang amat-amat penting secara kritikalnya untuk mencapai tujuan secara unsur-unsur ghaib; Great Seals yang telah dicipta dihantar kepada Thomas Jefferson untuk memastikan bahawa Amerika maju mengikut 'occult plan'.Ini adalah mengapa Marquis menempatkan dua 'Great Seals of The United States' di atas altar Iblis. Darah yang mengalir dari altar di antara mohor-mohor tersebut adalah simbolik kepada berjuta-juta orang yang terbunuh pada abad ke-20 untuk memajukan New World Order, dan berbilion-bilion lagi yang dirancang akan mati pada masa hadapan.

*The House of Rosthchild

Visi kesyaitanan untuk New World Order tidak akan dapat direalisasikan tanpa sumbangan kewangan yang besar dari Rothschild Family.

Satu daripada penyokong Weishaupt yang bermakna adalah Mr. Rothschild. Keluarga Kaya tidak boleh tidak diperlukan dalam sistem syaitan ini.Tetapi mengapa penganut Kristian harus terkejut kerana di dalam Bible ada tertulis, "the love of money is the root of all evil(2 Timothy 6:10)" (cinta kepada wang adalah sumber segala kejahatan). Sesungguhnya, sistem syaitan ini dalam seluruh sejarah bermula dengan teguh dan mendalam pada kecintaan terhadap wang. Keluarga Rothschild adalah satu dari contoh utama dari Kesihiran Bergenerasi (Generational witchcraft (Exodus 20:3-5). Satu contoh utama dari keluarga di Amerika yang terlibat amat jauh dalam soal ini adalah Rockefeller Family, juga penglibatan mereka amat berat dalam pengamalan sihir.

*Industri Muzik Rock n Roll

Bekas seorang Luciferian seperti Marquis semestinya tidak mempunyai masalah dalam memahami bahawa Rock n Roll adalah benar-benar, kesihiran yang tidak berselindung. Penulis-penulis kristian pada masa lepas telah membuat semacam kenyataan, hanya untuk ditertawakan oleh para remaja yang cintakan muzik mereka. Rock n Roll adalah medium yang sempurna untuk Satanism mengajar pemuda-pemudi untuk perlahan-lahan menerima Satanisme. Matlamat ini disempurnakan melalui mempengaruhi minda manusia kepada 'tahap kesedaran' yang lebih tinggi (mild hypnosis) jadi Satanisme ini dapat menyuntik ke dalam minda bawah sedar mereka secara senyap-senyap.Rock n Roll menyediakan dua keseluruhan generasi kanak-kanak kepada nilai-nilai di dalam New World Order.

*The Black Pope

Pada tahun 1541, Paus telah mencipta satu pergerakan rahsia bersifat satanisme yang dikenali sebagai Jesuit. Tujuan penubuhan Jesuit adalah untuk menentang kebangkitan Reformation, menghapuskan semua 'orang kafir' dan pada amnya bersedia untuk memerangi musuh-musuh gereja. Jesuit ini berada sepenuhnya dalam kawalan seorang Jeneral yang digelar 'The Black Pope'. Black Pope ini adalah satu ciri dalam Black Arts of Satanisme. Ketika Jesuit ini terikat untuk patuh kepada kedua-dua 'Black Pope/White Pope', Black Pope tersebut mula percaya untuk menggunakan kuasa yang sebenar di dalam Vatican, bermula pada awal tahun 1700-an. Black Pope kemudiannya bergerak kepada Gereja R.C jauh kepada pengamalan sihir.

Tujuan secara rasminya mengambil alih R.C Church For Satan telah pun sampai ke peringkat yang terakhir di mana Public Pope telah menggunakan patung salib yang tidak tradisional, dikenali sebagai Twisted Cross. Twisted Cross ini telah dicipta oleh golongan penyembah syaitan pada Era Pertengahan (Middle Age) sebagai simbol Anti-Christ.Dengan demikian, apabila Paus John Paul II memegang Twisted Cross tersebut sebagai mewakili kepercayaan iman, sebagaimana dia melakukannya secara berterusan, mereka tidak diketahui sama ada tunduk kepada simbol Anti-Christ. Ini adalah sesuau yang tidak pernah terjadi di dalam sejarah dunia yang mengukuhkan ramalan di dalam Bible yang mengatakan permulaan Kesengsaraan Besar (The Great Tribulation) pada amnya dan Paus Roman Katolik sebagai nabi palsu secara spesifik.

Lingkaran Dalam Syaitan

Perhatikan sebuah Heksagram di mana altar Syaitan terletak.Apabila heksagram ini dikelilingi dengan satu lingkaran, ia menjadi sebuah Perangkap Syaitan/Kejahatan yang mana diketahui oleh kita adalah alat yang paling berkuasa memungkinkan untuk menjelmakan satu syaitan jadi dia (syaitan itu) akan dipaksa berbuat apa yang Ahli Sihir mahu dia berbuat. Oleh yang demikian, kita mempunyai syaitan yang ditunjukkan di atas seluruh Plan Tatabaru Dunia ini (The All-Seeing Eye) dan di dalam teras dalam (Perangkap Kejahatan/Syaitan).

Altar (mazbah pemujaan) Syaitan adalah signifikan yang terpenting. Korban manusia diperlukan di atas altar ini,sebagai tanda kebencian kepada Tuhan dari setiap jalur yang dapat difikirkan. Marquis memilih untuk menjelaskan perkara ini melalui darah manusia yang bercampur-baur di atas altar dan Salib Terbalik di sebelahnya. Kepentingan penglibatan Amerika Syarikat dalam plan ini secara jelasnya ditunjukkan melalui 'Two Seals Of Our Doom'.

Sekarang, kita ambil langkah ke belakang dan melihat organisasi yang terkandung di dalam Great New World Order Seal ini, dari sudut yang lain. Apabila Tatabaru Dunia ini mengandungi tiga elemen yang berlainan-Spiritual/Politik/Ekonomi, biarkan kita memeriksa setiap organisasi untuk menunjukkandi mana setiap organisasi ini mewakili:

1. Elemen Spiritual

*Syaitan/Iblis-diwakili oleh All-Seeing Eye, altar dan Perangkap Syaitan.
*Pergerakan Rahsia(secret Society)-Illuminati, Rosicrucian dan Freemason.
*Institusi Roman Katolik-Greja Katolik dan 'Black Jesuit Pope'.
*Industri Muzik Rock n Roll
*Permainan Dungeons n Dragons.

2. Elemen Ekonomi

*The House of Rothschild

3. Elemen Politik

*Amerika Syarikat-diwakili oleh dua Mohor Agung (Two Great Seals)

Bukankah berbahaya mendedahkan yang hanya satu entiti politik yang mana Marquis telah senaraikan sebagai bahagian yang penting ke arah New World Order adalah Amerika Syarikat?Tambahan pula, negara ini disenaraikan sebagai mohor rasmi altar Iblis, sebagai hati dan jantung Iblis.

Mengapa hanya Amerika Syarikat?Di sana terdapat lebih jahat dan lebih kejam di masa abad ke 20 yang kejam ini.
Sebagai contoh:

Kesatuan Soviet Union(USSR)
Menjadi sebuah Empayar Atheis(tidak percaya kepada ketuhanan), Komunisme telah membunuh lebih 200 juta orang dan memenjarakan lebih sepuluh juta orang. Mereka juga menyerang orang-orang Yahudi. Mereka telah dipertanggungjawabkan kepada kesedihan yang tidak terperi dan kematian pada lewat 80 tahun yang lepas.

Tetapi, yang paling penting matlamat mereka dan cara mereka menyerupai Illuminati!Mengapa Doc Marquis, seorang Luciferian Illuminist yang berpengetahuan tidak menyenaraikan USSR di carta NWO?

mungkinkah dia tahu apa yang kita tidak tahu?

Nazi Jerman dan Adolf Hitler

Hitler dan kerajaannya diketahui menyembah syaitan. Pada perhimpunan-perhimpunan raksasa, mereka telah menggalakkan ornag-orang Jerman ke dalam penyembahan syaitan yang sebenar. Mesin perang Nazi terjun ke dalam peperangan terbesar dalam sejarah dunia, dan direka untuk membunuh manusia secara sistematik.

Tetapi yang paling penting tujuan mereka adalah ke arah New World Order. Hitler telah berkali-kali menamakan sistem baru yang ingin diciptanya sebagai Tatabaru Dunia.

Bila anda memahami mengapa hanya Amerika yang tersenarai di dalam Carta Organisasi Tatabaru Dunia ini, anda akan terasa pelik mengapa anda harus menafikannya.

No comments:

Post a Comment