Pages
▼
Saturday, May 22, 2010
Dua petua memandu semasa hujan
Sentiasa simpan kaca mata gelap dalam kereta
Oleh
Jaz Al-zain
SAYA percaya, anda mungkin telah menerima e-mel seperti ini sebelum ini.
Dan saya juga tidak tahu sama ada petua yang diberikan berkesan atau tidak.Tetapi saya pernah mencubanya dan mendapati memang ada kesan positifnya, meskipun tidaklah begitu jelas sekali.Yang saya maksudkan ialah bagaimana hendak mengekalkan penglihatan yang jelas semasa memandu ketika hujan lebat sekali?E-mel yang saya terima itu memberi petua ini yang menurut beliau, telah diberikan oleh seorang kawan yang bertugas sebagai anggota polis (tak tahu di negara mana) yang telah mencuba dan mengesahkannya.Ia juga berguna apabila memandu pada waktu malam. Apabila hujan turun dengan lebat sekali, kebanyakan orang akan mempercepatkan pengelap cermin depan mereka, namun penglihatan masih belum begitu jelas.Sekiranya anda menghadapi keadaan seperti itu, cuba gunakan cermin mata gelap anda (apa jenis pun boleh) dan lihat perubahannya.Menurut e-mel yang dikirim kepada saya, tiba-tiba pemandangan anda menjadi jelas sekali seolah-olah tiada hujan.Anda boleh cuba sendiri.Jadi, pastikan anda selalu menyimpan kaca mata gelap dalam kereta - untuk menangkis cahaya matahari dan juga pada waktu hujan lebat sekali.Menurut e-mel itu lagi, anda akan terus melihat titik-titik hujan tetapi penglihatan anda tidak teradang. Anda dapat lihat di mana titik hujan akan melantun balik di permukaan jalan.Ia dapat menghapuskan penglihatan yang teradang apabila ada kereta lain yang berada di depan kereta anda atau jika anda sedang mengekori kereta lain.Cubalah.Satu lagi petua yang saya terima ialah jangan sekali-kali memandu dalam hujan dengan menghidupkan kawalan kelajuan (cruise control) kereta.Seorang wanita berusia 36 tahun telah menemui kemalangan. Waktu itu, hujan turun. Meskipun tidak lebat, keretanya tiba-tiba seperti terapung dan melayang selepas itu.Mujur beliau tidak cedera parah, tetapi amat terkejut dengan kejadian yang tiba-tiba itu.Beliau kemudian menjelaskan apa yang berlaku kepada anggota skuad peronda lebuh raya.Anggota skuad peronda itu kemudian memberitahu beliau apa yang harus diketahui oleh semua pemandu - jangan memandu dengan menghidupkan sistem kawalan kelajuan semasa hujan.Wanita itu berkata beliau hanya mahu berhati-hati dengan menghidupkan sistem itu untuk mengekalkan kelajuan yang konsisten dalam hujan.Tetapi anggota skuad peronda itu berkata apabila sistem kawalan kelajuan dihidupkan, kereta anda akan mula tergelincir apabila tayar tidak lagi mencengkam permukaan jalan dan kereta anda akan memecut lebih laju hingga boleh menyebabkan kereta melayang.Wanita tadi mendapati selain anggota skuad peronda itu, satu-satunya pemandu lain yang mengetahui hal ini adalah seorang lelaki yang pernah terlibat dalam kemalangan yang sama.Sesetengah kenderaan tidak akan membolehkan anda menghidupkan sistem kawalan kelajuan jika pengelap kereta anda juga dihidupkan.
No comments:
Post a Comment