Pages

Tuesday, May 25, 2010

Bidan terpotong jari bayi




GAMBAR menunjukkan tangan seorang bayi dibalut selepas jarinya dipotong oleh seorang bidan di Wolverhampton pada Jumaat lalu.


WOLVERHAMPTOM - Seorang wanita yang baru menjadi ibu, Jasvir Kainth, 28, hampir histeria apabila dia melihat seorang bidan terpotong sebatang jari anak perempuannya yang baru lahir semasa tali pusat bayi berkenaan dipotong, lapor sebuah akhbar semalam.
Suaminya, Parminder Kainth, 36, turut cemas melihat darah di bilik bersalin Hospital New Cross di sini, England pada Jumaat lepas.
Bayi baru lahir itu terpaksa dihantar ke Hopsital Kanak-Kanak Birmingham kira-kira 27 kilometer dari sini untuk menyambung semula jarinya yang terputus.
"Kami diberitahu bahawa bidan yang menyambut anak kami memiliki 22 tahun pengalaman dan kami tidak tahu bagaimana insiden seperti itu boleh berlaku," kata Jasvir.
Sementara itu, pihak pentadbiran Hospital New Cross menyatakan mereka masih menyiasat insiden tersebut. - Agensi

No comments:

Post a Comment