Pages

Thursday, May 6, 2010

BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT




UNIT 1

KEMATIAN DAN ALAM BARZAH

Erti mati – Perpisahan ruh daripada jasad
Erti ajal- Berakhirnya tempoh kehidupan seseorang

ALAM BARZAH


Dari segi bahasa – Bermaksud pemisah
Dari segi istilah – Suatu kehidupan antara dunia dan akhirat.Juga alam bagi orang mati semen-
                             tara menunggu  Hari Kebangkitan semula pada Hari Kiamat.

Hukum beriman dengan Alam Barzah


Setiap muslim wajib beriman dengan alam barzah

Bekalan menghadapi mati


1. Bertaubat dan beristighfar
2. Melaksanakan segala perintah dan menjauhi laranganNya.
3. Berbuat kebaikkan dan berkasih sayang sesama manusia.
4. Melaksanakan amar makruf dan nahi munkar dalam masyarakat.
5. Memberikan sumbangan ke arah kemajuan negara Islam

PERBANDINGAN  ANTARA KUBUR ORANG BERIMAN DAN ORANG KAFIR


Kubur orang yang beriman
Kubur orang kafir @ orang fasik
 1. Kuburnya luas dan lapang
 2. Kuburnya bercahaya
 3. Kuburnya berbau wangi
 4. Rasa sekejap berada di alam kubur
1. Kuburnya disempitkan sehingga berte-
    mu tulang rusuk
2. Kuburnya gelap gelita
3. Kuburnya berbau busuk
4. Rasa lama berada dia alam barzakh
5. Tubuhnya digigit binatang-binatang
     berbisa.

Sebab perlu bersedia menghadapi kematian dan alam barzakh


 1. Manusia tidak boleh kembali ke dunia
 2. Supaya nyawa  keluar dengan mudah ketika melalui malaikalmaut mengambil nyawa.
 3. Mudah menjawab soalan Munkar nakir
 4. Selamat daripada azab kubur
 5. Selamat daripada azab api neraka



                                                                           - 1-

Hikmat mengingati mati dan alam barzakh



  1. Individu
    1. Istiqamah dalam ibadat dan bersifat zuhud
    2. Mendorong diri melakukan amalan soleh

  1. Masyarakat
    1. Mencegah kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat
    2. Ziarah – menziarahi serta membantu meringankan beban kematian

  1. Negara
    1. Bebas daripada menyalahgunakan kuasa
    2. Negara bertambah stabil dan maju


ERTI KIAMAT



Dari segi bahasa  - Bermaksud kebangkitan
Dari segi Istilah – Hari berlakunya kehancuran seluruh alam dan diikuti dengan manusia
                            dibangkitkan semula.


DALIL WAJIB PERCAYA KEPADA HARI KIAMAT


ان الـساعة لأتية لا ريب فيـها ولـكن أكـثر الـناس لا يؤمنون(59)


Maksudnya;
                   “ Sesungguhnya hari Kiamat pasti akan datang , tidak ada keraguan
                      Padanya , akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman “
                                                                                                      ( surah al-Ghafir ayat 59)


Bahagian Kiamat


1. Kiamat Sughra ( kecil ) – Kematian seseorang
2. Kiamat Kubra ( besar ) – Kemusnahan dan kehancuran seluruh alam







                                                                            - 2 -

Nama-nama Hari Kiamat


Dalam al-Qur’an Allah SWT juga menggunakan nama-nama lain bagi kiamat.Antaranya
Ialah seperti berikut::-

Nama-nama lain bagi Kiamat
maksudnya
1. Yaumul Hisab
Hari perhitungan
2. Yaumul Jaza’
Hari pembalasan
3. Yaumut Tanad
Hari panggil memanggil
4. Yaumul Fasl
Hari keputusan
5. Yaumud Diin
Hari pembalasan
6. Yaumun Nusyur
Hari kembali
7. Yaumul Waqi’ah
Hari yang mesti berlaku
8. yaumur Rajifah
Hari Gempa
9. Yaumt Taammah
Hari Bencana
10.Yaumul Hasyar
Hari perhimpunan
11.Yaumul Ghaasiah
Hari Pengsan
12.Yaumul Wa’iid
Hari ancaman
13.Yaumul Haaqqah
Hari peristiwa besar
14.Yaumul Qari’ah
Hari yang menggemparkan
15.Yaumul Zalzalah
Hari Kegoncangan/ gegaran
16. Yaumul Ba’ath
Hari kebangkitan
                                                                            

Tanda-tanda kiamat

Tidak seorang pun dapat mengetahui waktu berlakunya kiamatAllah SWT merahsiakan masa akan berlakunya kiamat agar manusia sentiasa berwaspada dan bersiap sedia menghadapi-
nya.
Walaupun kita tidak mengetahui bila berlaku kiamat tetapi Rasulullah SAW telah menjelaskan kepada kita tanda-tanda sebelum berlakunya kiamat.Ia terbahagi kepada dua iaitu tanda-tanda

 Tanda-tanda kiamat
Kecil dan tanda-tanda besar
                


     Tanda-tanda kecil

1.Segala urusan agama di-
   tadbir oleh orang yang
   bukan ahlinya
2.Anak derhaka kepada ibu
   bapa
3. Banyak berlaku pergadu-
    han dan peperangan
4. Manusia berlumba-
    lumba membina bangu-
    nan tinggi
5.Banyak berlaku gempa
    bumi dan bencana alam
6.Wanita berkelakuan dan
   berpakaian menyerupai
   lelaki dan sebaliknya
7.Maksiat berleluasa
8.Wanita lebih ramai dr lelaki
9.Bermuamalat dengan riba
10.Ramai wanita lebih se-
     lesa mendedahkan aurat
11.Masa semakin singkat









       Tanda-tanda besar

1.Hilang tulisan al-Qur’an
   daripada mushaf
2. Munculnya imam Mahadi
    untuk menegakkan Syariat
3. Keluar Dajjal merosakkan
    agama
4. Turunnya Nabi Isa a.s
5. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
6. Keluar Daabbatul Ardh
    (binatang perosak bumi)
7. Terbit matahari dari ufuk barat
8. Keluar Dukhan(asap Tebal)
9. Gempa bumi di timur,barat,
    dan semenanjung Arab
10 Api besar yang menghalau
     manusia menuju ke Pdg
     Mahsyar.Api itu bermula     
     Dari arah negeri Yaman





















                                                                                                  

GAMBARAN KEJADIAN KIAMAT DI 

DALAM AL-QUR’AN



1. Apabila langit terbelah dan bumi diratakan
2. Apabila bintang-bintang jatuh berserakan , lautan dijadikan meluap dan kubur-kubur
    dibongkarkan.
3. Apabila matahari digulung , gunung ganang dihancurkan , unta-unta bunting ditingalkan ,
    binatang-binatang liar dikumpulkan dan lautan dipanaskan.


ERTI PAHALA

 

Ganjaran baik yang disediakan oleh Allah SWT untuk hamba-bambaNya yang mematuhi

PerintahNya.

 


LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN PAHALA

 

1. Melakukan amalan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah

2. Bersungguh-sungguh mendalami ilmu Syari’ah

3. Beriltizam dalam melakukan kebaikkan secara bersungguh-sunguh

4. Berusaha memastikan setiap kebaikkan yang dilakukan berkualiti

5. Menghadiri majlis-majlis ilmu

6. Berdamping dengan teman-teman yang cinta dan suka melakukan kebaikkan

7. Berjihad menegakkan syari’at Islam

 


HIKMAT GANJARAN PAHALA 

 

1. Pendorong kepada rahmat dan kasih sayang Allah

2. Sebagai dorongan dan motivasi untuk melakukan kabaikkan
3. Melahirkan individu yang baik , berfikiran positif
4. Melahirkan masyarakat yang bertakwa kepada Allah SWT
5. Menjamin keharmonian dan kesejahteraan individu, masyarakat dan negara.


ERTI DOSA



Balasan buruk yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada hambaNya yang tidak
mematuhi perintah atau melanggar laranganNya.




                                                                       -4-






PEMBAHAGIAN DOSA



BAHAGIAN
PENGERTIAN
CONTOH
Dosa besar
Perbuatan maksiat yang ditentukan hukuman di dunia
oleh al-Qur’an atau Hadis di-
beri amaran azab di Akhirat
1.Berzina
2. Memberi atau menerima
    rasuah
3. salah guna dadah
Dosa kecil
Perbuatan maksiat yang ditentukan hukuman di dunia
1. Tidak mengurus diri
2. Buang sampah di tempat
    awam
3. Lakukan perkara yang
    tidak berfaedah



LANGKAH-LANGKAH MENJAUHI DOSA


1. Memperbanyakkan amalan sunat bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT
2. Mendalami ilmu agama dan menghayati ilmu agama
3. Mendampingi ulama atau orang-orang berilmu
4. Sentiasa melakukan kebajikan dan beribadat
5. Meninggalkan kejahatan dan kemungkaran serta menunjukkan sikap tidak
    menyukainya
6. Mengelakkan diri daripada bergaul dengan orang yang melakukan kejahatan
7. Menjauhi tempat-tempat maksiat yang boleh mendorong melakukan dosa


CARA-CARA MENGHAPUSKAN DOSA



DOSA BESAR
DOSA KECIL
1.       Bertaubat
2.       Rela menjalani hukuman apabila
dihadapkan ke mahkamah dengan
hukuman yang setimpal berdasar-
kan Syari’at
3.       Memperbanyakkan istighfar kepada
Allah SWT
1. Melakukan kebajikan
2. Menunaikan ibadat fardhu
3. Melakukan amalan-amalan sunat
    seperti bersedekah , berwuduk dan
    membaca al-Qur’an
4. Memperbanyakkan istghfar kepada
    Allah SWT






                                                                   -5-

HIKMAT GANJARAN PAHALA DAN PEMBALASAN DOSA


HIKMAT GANJARAN PAHALA
HIKMAT PEMBALASAN DOSA

1. Memberi motivasi kepada manusia
    supaya sentiasa beribadat dan melaku-
    kan kebaikkan
2. Pendorong kepada rahmat dan kasih                     
    sayang Allah SWT
3 .Membentuk akhlak terpuji dalam diri
    individu
4. Melahirkan masyarakat yang bertakwa
    kepada Allah SWT
5. Berlaku amar makruf dan Nahi Munkar
    dalam masyarakat   

1. Untuk keadilan semua pihak
2. Sebagai ingatan kepada orang yang
    tidak melakukan dosa
3. Membersihkan diri orang yang ber-
    iman daripada dosa sebelum dimasuk-
    kan ke syurga
4. Menjaga kepentingan , maruah dan
    perpaduan dalam masyarakat
5. Menguji keimanan dan ketakwaan
    seseorang hamba.


HIKMAT ALLAH MENGADAKAN HARI KIAMAT


1. Diberi pengadilan terhadap perbuatan baik atau jahat
2. Supaya manusia menghitung diri sebelum mereka dihitung pada hari kiamat
3. Kehidupan manusia mempunyai matlamat untuk kebahagiaan yang abadi
4. Beriltizam dalam melaksanakan ketaatan
5. Segera bertaubat kepada Allah SWT
6. Melahirkan masyarakat yang beriman dan negara yang berpandukan syari’at Islam

PERKARA-PERKARA SAM’IYYAT



As-Sam’iyyat ialah perkara ghaib yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi
boleh diketahui dan difahami dengan mendalam melalui kajian daripada kitab suci
al-Qur’an.Antara yang terkandung di dalam as-Sam’iyyat ialah:-

1. Alam barzah
2. Padang mahsyar
3. asy-Syafa’at
4. al-Hisab
5. al-Mizan
6. as-Sirat
7. Syurga
8. Neraka
9.al-Kausar
10.al-‘arasy
11.al-Haudh



                                                                           -6-

AL-MAHSYAR


Dari segi bahasa : bermaksud tempat berhimpun
Dari segi istilah    : Tempat perhimpunan seluruh makhluk di akhirat setelah dibangkitkan
                               selepas dihidupkan semula.Manusia akan dihimpunkan di Mahsyar
                               untuk pengenalan di hisab amalan mereka.

KEADAAN DI MAHSYAR


Ketika di Mahsyar manusia terbahagi kepada dua golongan iaitu:-

1.Golongan anbia’ , aulia’ dan golongan yang beriman dan beramal soleh
                             - golongan ini tidak mengalami sebarang kesusahan dan
                               kesengsaraan di Mahsyar.Mereka berada dalam keadaan
                               selesa dan tenang.
2. Golongan kafir , munafik , fasik , dan banyak melakukan maksiat
                             - mereka berada dalam keadaan cemas , gelisah dan
                               menanggung pelbagai penderitaan sementara menuggu
                               perbicaraan.Ada yang berasa panas seolah-olah matahari  
                               berada sejengkal di atas kepala atau lebih dahsyat dari-
                               pada itu
 
                                                                 

AS-SYAFAAT



Dari segi bahasa : bermaksud permohonan meminta sesuatu kebaikkan untuk orang lain
Dari segi istilah    : Permohonan kepada Allah oleh Anbia’ dan solihin untuk umat dan orang
                              orang yang diizinkan mendapat syafaat


Syafaat terbahagi kepada dua iaitu:-


1. Syafaat ‘Uzma / Kubra / Besar – dikurniakan Allah kepada Nabi Muhammad saw  iatu
                                                        syafaat menyegera dan mempercepatkan Hisab /per
                                                        bicaraan di Padang Mahsyar

2.Syafaat Sughra / kecil  - juga dikurniakan oleh Allah kepada Nabi Muhammad saw iaitu:-
                                        1- Memasukkan orang soleh ke dalam Syurga tanpa hisab
                                        2- Menaikkan darjat seseorang di dalam Syurga
                                        3- Membebaskan orang beriman daripada api neraka
                                        4- Mengeluarkan orang beriman yang melakukan maksiat dari
                                            neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga
                                        5- Menentukan golongan yang sama berat  timbangan pahala
                                            dan dosa dimasukkan ke syurga


                                                                           -7-

PEMBERI-PEMBERI SYAFAAT


1. Rasul
2. Nabi
3. Malaikat
4. Sahabat Nabi
5. Aulia ( wali-wali )
6. Mukmin yang diizinkan Allah SWt
7. Ulamak
8. Syuhada
9 Kanak-kanak yang mati sebelum baligh
10 Ibu/ bapa

GOLONGAN YANG LAYAK MENERIMA SYAFAAT


1. Orang yang melazimkan diri membaca al-Qur’an
2. Orang yang sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW
3. Orang yang menziarahi Rasulullah SAW semasa junjungan masih hidup atau menziarahi
    maqam baginda setelah baginda wafat
4. Orang yang berdamping dengan para Ulamak
5. Orang yang mati syahid    


HIKMAH AL-MAHSYAR DAN SYAFAAT

AL-MAHSYAR
AS-SYAAFAAT

1. Mendorong seseorang itu menunaikan
    tanggungjawab seperti yang diperintah-
    oleh Allah SWT
2. Yakin terhadap keadilan Allah SWt
3. Sentiasa muhasabah diri dan memperbaik-
    ki kelemahan yang ada
4. Yakin bahawa amalan soleh boleh menye-
    lamatkan seseorang daripada kesengsa-
    raan di Mahsyar

1. Mendorong kasih dan cinta akan Rasulullah 
    SAW dengan membanyakkan selawat serta
    mencontohi akhlak baginda
2. Memuliakan para Ulamak
3. Membuktikan kasih sayang Nabi dan
    dan rahmat Allah kepada manusia
4. Membuktikan manusia memerlukan per-
    tolongan




AL-HISAB


Al- Hisab ialah kiraan / perhitungan amalan manusia di-dunia samada baik atau jahat
kecil atau besar.al-Hisab dilaksanakan di Mahsyar sebelum ditentukan hukuman samada masuk Syurga atau neraka.Orang yang dihisab amalannya dengan teliti adalah mereka
yang banyak melakukan kesalahan di dunia , manakala orang yang beriman dan beramal
soleh dihisab dengan mudah dan cepat


                                                                           -8-

DALIL AQLI TENTANG HISAB


Manusia perlu membuat pertimbangan sendiri tentang amalan-amalan baik dan buruk mereka
Sebelum sampai masa di hisab oleh Allah SWT

PROSES PELAKSANAAN AL-HISAB


Allah SWT menjalankan proses a-Hisab dengan penuh keadilan.Proses al-Hisab tersebut di-
jalankan seperti berikut:-

              1. Allah SWT akan menghitung semua amalan yang dilakukan oleh manusia samada
                  kecil atau besar dan tidak ada sesuatu yang dapat disembunyikan daripada perhi-
                  tungan.
              2. Semua amalan yang dilakukan akan ditayangkan semula pada hari akhirat kecuali
                  dosa yang telah diampunkan oleh AllahSWT
              3. Setiap manusia akan diberi buku catatan amalan yang ditulis oleh malaikat Raqib
                  dan ‘Atid sebagai bukti terhadap amalan baik atau jahat
              4. Terdapat orang yang dihisab dengan cara mudah dan terdapat orang yang dihisab
                  dengan cara yang susah
              5. Orang mukmin yang menyembunyikan keaiban saudaranya di dunia , Allah SWT
                  akan menyembunyikan keaibannya di akhirat

HIKMAT ALLAH MENGADAKAN AL-HISAB


1. Supaya manusia berwaspada melakukan sesuatu dalam kehidupan
2. Supaya manusia takut melakukan dosa kerana semua perbuatan akan dihisab
3. Menunjukkan keagungan dan kekuasaan Allah SWT
4. Mendorong manusia supaya menegakkan keadilan dan menjauhi kezaliman
5. Menggalakkan manusia melakukan kebaikkan untuk mendapat ganjaran daripada
    Allah SWT di dunia dan di Akhirat













Memberi motivasi ke arah melakukan amalan soleh

Membentuk masyarakat yang
sanggup berjihad memperta-
hankan kesucian Islam







                                                                           -9-

AL-MIZAN


AL-Mizan ialah neraca timbangan keadilan untuk menentukan seseorang itu akan masuk
Ke syurga atau ke neraka.Pada hari akhirat semua amalan manusia akan dijelmakan dalam
Bentuk jirim dan diletakkan di atas al-Mizan , timbangan yang menyeluruh ,tepat dan adil.

KEPENTINGAN BERIMAN KEPADA AL-MIZAN

1. Beriman kepada al-Mizan juga termasuk dalam rukun iman(Percaya kepada hari akhirat)
    Ia merupakan perkara ghaib yang perlu diimani oleh setiap orang muslim
2. Timbangan amalan baik atau sebaliknya adalah penting untuk menentukan kedudukan
    manusia di akhirat nanti
3. Mereka yang berat timbangan amalan baiknya akan ditempatkan di syurga , manakala
    sesiapa yang ringan timbangan amalan kebaikkannya akan menerima balasan
    neraka.



1. Membuktikan keadilan Allah yang mutlak
2. Mendorong manusia melakukan amalan
    soleh
3. Mencegah manusia daripada melakukan
    kejahatan
4. Melahirkan manusia yang bersifat adil dan
    tetap pendirian
5. Membentuk sifat takut terhadap balasan
    buruk pada Hari Kiamat







Hikmah beriman
kepada al-Mizan








     







PERBEZAAN DI ANTARA PERTIMBANGAN DI DUNIA DENGAN AL-MIZAN DI AKHIRAT

PERTIMBANGAN DI DUNIA
AL-MIZAN DI AKHIRAT
1. Saksi-saksi terdiri daripada manusia yang
    melihat / terlibat di dalam kejadian yang di-
    bicarakan
2. Pertuduhan dibaca berdasarkan laporan
    yang dibuat oleh pendakwa
3.Rayuan boleh dibuat setelah hukuman di-
   jatuhkan
4. Terbatas dan tidak terjamin ketepatannya
5. Terdedah kepada pengaruh emosi dan
    diskriminasi
6. Boleh berubah-ubah
1. Saksi-saksi terdiri daripada anggota badan
    sendiri
2. Pertuduhan dibuat berpandukan catatan
    Roqib dan ‘Atid
3. Syafaat hanya diberi kepada orang yang
    beramal soleh
4. Menyeluruh , adil dan telus
5. Dilaksanakan tanpa dipengaruhi emosi
    atau diskriminasi
6.Tetap dan tegas




                                                                          -10-

As-Sirat


Dari segi bahasa:- bermaksud jalan
Dari segi istilah :- ialah titian yang merentang di atas neraka menuju ke Syurga

Sabda Rasulullah saw:-

             ولجهـنم جسـر أدق مـن الشعـر وأحد مـن السيف

(رواه أحمد)

Maksudnya:- Pada neraka jahannam itu ada satu titian yang lebih halus daripada
                      Rambut dan lebih tajam daripada mata pedang.

Keadaan manusia ketika meniti titian as-Sirat


1.Pergerakan orang yang beriman semasa melalui titian as-Sirat bergantung kepada amalan
   masing-masing ketika hidup di dunia:-
a)       Ada yang bergerak pantas seperti kilat
b)      Ada yang bergerak seperti angin
c)       Ada yang bergerak seperti kuda yang berlari
d)      Ada yang berjalan kaki
e)      Ada yang merangkak
f)         Ada yang mengesot
2. Orang kufur kepada Allah mereka akan tergelincir ke dalam neraka semasa melalui titian
    as-Sirat

Amalan supaya berjaya melintasi as-Sirat


a) Istiqamah melakukan kebaikkan seperti taat kepada ibibapa dan mematuhi peraturan
    sekolah
b) Mematuhi hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah seperti solat,tidak minum arak dan tidak
    melakukan zina
c) Memelihara diri supaya tidak tergelincir daripada manhaj Allah SWT seperti percaya kepada
    Rukun Iman dan melaksanakan Rukun Islam.

Hikmat beriman kepada as-Sirat


1. Meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT
2. Memberi kesedaran beramal salih semasa di dunia
3. Memberi keinsafan kepada manusia agar menjauhi larangan Allah SWT
4.Memberi motivasi kepada manusia berlumba-lumba kearah kebajikan
5.Membuktikan kekuasaan dan keadilan Allah SWT




                                                                          - 11 -



Maksud Syurga


Dalam Bahasa Arab disebut sebagai   الجنـة  yang bererti sebuah taman yang indah dipenuhi dengan pelbagai nikmat keselesaan.
Menurut syarak Syurga ialah suatu tempat yang dipenuhi dengan nikmat yang disediakan oleh
Allah SWT untuk hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh selepas mereka dibang-
Kitkan semula pada hari akhirat.

Kepentingan beriman kepada Syurga


1. Melengkapkan rukun Iman dan memastikan kesahihan aqidah
2. Menggalakkan manusia melakukan kebaikkan

Darus Salam


Darul Khuldi


 a-Makwa


Nama-nama
Syurga


   ‘Adnin


 An-Na’im


a-Firdaus
3. Meyakinkan bahawa kebaikkan akan diberikan ganjaran baik pada Hari Akhirat









Maqama Amin
                                                           







Bukti kewujudan Syurga


1. Terdapat banyak ayat al-Qur’an dan Hadis yang menerangkan tentang syurga.
    Contohnya dalam al-Qur’an disebut – disediakan syurga bagi orang yang bertakwa     أعـدت للمتقين            
2.Rasulullah saw pernah nelihat syurga dalam peristiwa Israk dan Mikraj
3.Nabi Adan a.s dan Hawa pernah tinggal di Syurga
4.Batu hajar aswad berasal dari Syurga
5.Terdapat para sahabat yang dijanjikan dengan syurga pada Hari Akhirat contohnya
   Sumayyah dan keluarganya.








                                                                          - 12 -



Ketinggian nikmat Syurga




Allah menyediakan segala kesenangan ,kesukaan dan kelazatan syurga untuk hambanya
Yang beriman dan bertakwa.Antara nikmat-nikmat syurga ialah:-




Kata-kata aluan dan
ucapan lunak yang di-
ucap kepada penghuni
Syurga
























Hikmat Allah menyediakan Syurga


1.Suopaya manusia patuh dan taat kepada Allah dan melakukan amalan soleh
2. Mengingatkan manusia bahawa setiap pengorbanan didunia akan diberi ganjaran
    yang istimewa di Akhirat
3. Menjadi bukti kebesaran dan rahmat terhadap hamba yang beriman dan beramal soleh
4. Memberi kesedaran kepada manusia bahawa nikmat dunia adalah sedikit , terlaku rendah
    nilainya dan tidak kekal





- 13 –




Neraka

Neraka ialah tempat balasan siksa yang disediakan Allah SWT kepada orang kafir dan orang Islam yang melakukan dosa

Nama-nama Neraka



    Saqar


    Jahannam

      Hawiah



     Sai’ir

    Jahiim



       Lazhaa



     Hutomah





Bukti kewujudan neraka


1.Terdapat banyak ayat al-Qur’an dan hadis yang menceritakan tentang neraka .Contohnya:-
   disediakan neraka itu bagi orang kafir                  أعدت للكـافرين
2.Rasulullah pernah melihat neraka dalam peristiwa Israk dan Mikraj
3.Tentera bergajah yang dipimpin oleh Abrahah telah dimusnahkan dengan batu ‘Sijjil’
   yang didatangkan dari neraka
4.Api yang digunakan pada hari ini membuktikan kewujudan api neraka yang panas
   70 kali ganda
5. Di dunia manusia membuat penjara untuk menghukum penjenayah.Sudah tentu di-
    Akhirat pula Allah yang Maha Adil menyediakan neraka untuk menghukum orang yang
    mengingkarinya

Kepentingan beriman kepada neraka


1. Melengkapkan Rukun Iman dan memastikan kebenaran Aqidah
2. Menghalang manusia melakukan maksiat
3. Menambahkan keyakinan bahawa setiap kejahatan akan diberikan balasan kejahatan

Keperitan azab neraka


1.Api neraka sangat panas dan boleh meleburkan segala yang dihumbankan kedalamnya.
   Kepanasannya semakin hari semakin bertambah.Warna api neraka hitam pekat kerana
   terlampau panas.
2. Wajah penghuni neraka jahat dan hodoh kerana dibakar api.Kulit mereka digantikan dengan
    kulit baru apabila disambar api.Badan mereka dijadikan besar supaya bertambah azab.
3. Penghuni neraka sentiasa dalam kesengsaraan,mereka juga tiada peluang bertaubat.
    mereka meraung kesakitan,mengherdik sesama sendiri,menyesal dan menangis sehingga
    keluar air mata darah serta berputus asa dan mmengharapkan mereka kembali menjadi
    tanah.

-         14 –
4.Makanan penghuni neraka ialah buah ‘Zaqqum”daripada pohon yang berduri yang keluar
   dari dasar neraka jahim.Apabila dimakan menjadi kotoran minyak yang mendidih didalam
   perut. Jika setitik daripadanya jatuh kebumi akan membinasakan seluruh kehidupan dunia
5.Minuman penghuni neraka ialah air danur ( Air yang keluar daripada bangkai atau mayat
   yang busuk ),kotoran darah dan tanah penghuni neraka dan air panas yang menggelegak
   yang menghancurkan isi perut
6.Penghuni neraka diazabkan dengan pelbagai bentuk siksaan.Contohnya tangan mereka di
   belenggu ke leher, dibelit dengan rantai yang panjang 70  hasta dan dipatuk oleh binatang –
   binatang yang amat berbisa seperti ular serta kalajengking

Langkah menghindari amalan yang menjurus ke neraka

 

1. Menginsafi keperitan azab api neraka

2. Berdoa supaya Allah SWT memberikan kekuatan menghindari maksiat dan godaan syaitan

3. Melaksanakan hukum-hukum berdasarkan Syariat Islam

4. Segera beristighfar dan bertaubat apabla terlanjur melakukan dosa

5. Mendampingi orang alim

 

Hikmat Allah SWT mengadakan Neraka

 

1. Balasan untuk orang yang mengingkari kewujudan Allah dan perintahNya

2. Menepati janji Allah yang disebutkan didalam kitab-kitab suci

3. Setiap dosa dan kesalahan yang terlepas hukuman di dunia tidak terlepas menerima

    hukuman Allah SWT
4. Menunjukkan Allah SWT berkuasa melakukan apa sahaja yang dikehendakkinya
5. Membuktikan keadilan mutlak Allah SWT pada Hari Kiamat


Penghayatan Nilai


1. Berazam tidak akan melakukan kemungkaran dan dosa
2. Takut dan gerun dengan azab Allah SWT
3. Berwaspada dalam setiap tindakan














                                                                          - 15 -



PERSEDIAAN MENGHADAPI HARI AKHIRAT



MAKSUD HARI AKHIRAT


Hari Akhirat ialah hari yang kekal abadi sesudah hari kiamat.Ia merupakan alam yang baru yang diwujudkan oleh Allah SWT selepas kebangkitan semula manusia.


Dalil wujudnya Hari Akhirat


يؤمـنون باالله واليوم الأخـرة ويأمرون بـالمعروف وينهون عن

المنكر ويسـرعون في الخيرت وأولـئك من الصـلحين ( 112)


Maksudnya:

                 “  Mereka beriman kepada Allah SWT dan Hari Akhirat , mereka menyuruh kepada
                    yang makruf dan mencegah yang munkar dan bersegera mengerjakan pelbagai
                    kebajikan , mereka itu termasuk orang yang soleh ”
                                                                                                  ( Surah Ali-Imran ayat 114 )


KEPENTINGAN PERSEDIAN MENGHADAPI HARI AKHIRAT


1. Supaya manusia mencukupkan bekalan untuk Hari Akhirat
2. Supaya manusia tidak tergolong dikalangan orang yang rugi
3. Agar umat Islam mendapat ganjaran yang baik daripada Allah SWT
4. Sebagai ingatan kepada manusia bahawa segala amalannya di dunia akan mendapat
    pembalasan  di Akhirat








                                                                            - 16 -




FAKTOR-FAKTOR  UNTUK
MENCAPAI KEJAYAAN
DI DUNIA DAN DI AKHIRAT





                   AKHIRAT
1. Berpegang kepada akidah Ahli
    Sunnah wal Jama’ah
2. Menyempurnakan ibadat-ibadat
    wajib dengan sebaik-baiknya
3. Memperbanyakan amalan sunat
4. Melaksanakan Amar Makruf
    Nahi Munkar dalam kehidupan






                      DUNIA
1. Istiqamah dalam setiap peker-
    jaan yang baik.
2. Bersungguh-sungguh dan rajin
3. suka membantu orang lain
4. Berakhlak dan berkeperibadian
    mulia
        













AMALAN SOLEH SEBAGAI BEKALAN

Amalan soleh yang dapat dijadikan bekalan menghadapi Hari akhirat adalah seperti berikut:-

AMALAN SOLEH
HURAIAN ATAU CONTOH
Menuntut ilmu


Berakhlak mulia

Jihad


Bersedekah


Menjaga hubungan dengan Allah dan manusia
Menuntut ilmu yang bermanafaat serta menyampaikan ilmu kepada orang lain

Membantu guru dan menjaga kebersihan sekolah

Berjaya meningkatkan potensi diri serta berjaya mengatasi
tipu daya , godaan nafsu dan syaitan

Memberi bantuan sama ada berbentuk kebendaan atau
perkhidmatan.

Taat kepada perintah Allah SWT dan berkasih saying se-
sama manusia

AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR

AMAR MAKRUF
NAHI MUNKAR
1. Menjaga harta sekolah
1. Menasihati rakan yg ponteng sekolah
2. Mematuhi disiplin sekolah yg ditetapkan
2. melaporkan kepada guru jika berlaku per
    gaduhan dan peras ugut
3. Menjaga kebersihan persekitaran sekolah
3. Mencegah perbuatan meniru dalam pepe-
    riksaan
4. membantu guru dan rakan yang memerlu-
   kan bantuan
4. Menghindarkan diri daripada merokok dan
    melepak


                                                                             - 17 -
KESAN BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT

1.INDIVIDU

a) Menunaikan ibadat dengan khusyuk dan mengharapkan keredhaan Allah SWT.
b) Bercakap dengan percakapan yang baik dan bermanafaat
c) Bersikap adil terhadap diri sendiri.
d) Melakukan amalan kebajikan

2. KELUARGA

a) Berkasih sayang dan hormat menghormati antara anggota keluarga
b) Menunaikan hak sebagai anak,ibubapa dan sanak saudara
c) Mewujudkan suasana ibadat dalam rumahtangga seperti membaca al-Qur’an , berzikir  dan
    berpuasa sunat.
d) Menampilkan rumahtangga yang bersih, harmoni dan ceria kerana mengamalkan sunnah
    Rasulullah SAW.
e) Membentuk institusi keluarga yang menjadi contoh dalam masyarakat.

3. KELUARGA

a) Masyarakat hidup dalam keadaan aman dan tenteram
b) Mewujudkan masyarakat yang menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
c) Bekerjasama dalam meningkatkan kualiti hidup
d) Masyarakat yang tidak iri hati terhadap kejayaan  orang lain

CIRI-CIRI ORANG YANG BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT



  IBADAT


Melakukan perkara yang bermanafaat dan menggunakan masa lapang , dan
kesihatan untuk menambahkan amal ibadat dan kebajikan.
  




















                                                                                 - 18 -

Text Box: LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN IMAN KEPADA HARI AKHIRAT







* Menuntut ilmu supaya dapat mengenal Allah
  dan meyakini kebenaran janji Allah kepada
  orang yang beriman.

* Berzikir dan bertahlil sama ada secara ber-
  sendirian atau dalam majlis zikir.

* Berfikir dan mengambil iktibar daripada ben-
  cana alam.

* Menziarahi dan menunaikan solat jenazah
  serta mengiringi jenazah ke kubur.

* Menyelidik dan mengkaji ayat al-Qur’an
  yang menerangkan peristiwa Hari Akhirat.

* Mengadakan program berunsur dakwah
  seperti forum,ceramah dan bengkel ber-
  temakan Hari  Akhirat.




No comments:

Post a Comment