Pages

Thursday, May 20, 2010

Apa itu ILLUMINATI?



Printer-friendly versionHantar kepada rakan-rakan
Pada masa kita 'terbuai dengan keseronokan dunia, sibuk mencari kebendaan, harta, pangkat, duit, nama, dan sebagainya, sehingga kita 'TIDAK MENYEDARI' bahawa kita hampir-hampir atau yang lebih malang lagi, telah terkeluar dari simpulan 'IMAN'. Naudzubillahi min zalik. Dalam hal keadaan kita yang sebegitu rupa, terdapat beberapa insan yang 'memikir masalah umat Islam', yang berjuang mengajak umat Islam ke jalan yang benar, berjuang dalam pelbagai cara sama ada melalui perbuatan, lisan, tulisan dan walaupun hanya sekadar doa dan harapan agar umat Islam kembali menjadi umat Islam yang beragama yang berpandukan kepada AL-QURAN dan SUNNAH.
Saudara-saudaraku sekalian, kita sedang diperhatikan, diperalatkan, dipergunakan, diperdayakan, ditipu dan disesatkan oleh 'golongan-golongan' yang menjadi agen-agen sulit kepada syaitan laknatullah. Kerja-kerja halus yang dilakukan oleh 'agen-agen' ini begitu halus sekali hinggakan kita begitu 'asyik terpedaya' dengan agenda mereka. Artikel kali ini mengandungi sedikit informasi berguna yang telah dipetik dari tulisan saudara M.O (MistisFiles) mengenai salah satu pertubuhan 'rahsia' yang dikenali dengan nama ILLUMINATI.
illuminati
Illuminati (dari perkataan 'illuminate' bermaksud menerangi) adalah sebuah organisasi sulit terhasil dari gabungan pertubuhan kaum pagan khasnya Kabbalah-Yahudi dan kaum Kristian yang keluar dari agama mereka. Illuminati pada asalnya adalah berasaskan pengetahuan rahsia yang kononnya dicapai oleh kaum pagan sejak turun temurun yang lebih kepada dunia sihir, ramalan astrologi dan mistik sesat. Pengetahuan ini akhirnya diminati pula oleh kaum Kristian yang mula tidak percaya dengan agama mereka akibat kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalamnya termasuk kecelaruan konsep Triniti dan kesahihan Bible yang bercampur aduk dengan tulisan paderi.
Menurut sejarah moden Illuminati, pertubuhan ini telah ditubuhkan pada tahun 1776M oleh Adam Weishupt (ada yang mengatakan sebagai Adam Weishaupt yang mati pada tahun 1830M). Dia yang merupakan salah seorang anggota Freemasonry telah keluar dari Kristian dan menubuhkan pertubuhan ini. Sebelum itu, dia telah dikunjungi oleh tokoh-tokoh Yahudi Jerman untuk menarik dirinya ke dalam sarang Freemason dan mistik Kabbalah. Dia yang juga adalah seorang profesor Teologi di Universiti Angold Stadt, Jerman telah menganut fahaman Ateisme.
Perkataan Illuminati dinisbatkan kepada salah satu daripada kumpulan mazhab Yahudi iaitu kumpulan Illuminati yang dianggotai golongan bijaksana (hukama) Yahudi. Dalam bahasa Arab pula perkataan Illuminati bermaksud al-Nuraniyyin. Ini berasal dari salah satu nama Iblis yang dinisbatkan kepada 'bintang pagi' yang bercahaya terang atau dengan nama panggilannya ialah Lucifer. Oleh itu, perkataan ini diambil dari maksud Lucifer itu sendiri iaitu 'Pemegang Cahaya'. Pertubuhan ini dibiayai oleh Rothschid yang merupakan gedung kewangan Yahudi.
Adam Weishupt percaya bahawa dunia ini patut berubah mengikut kehendak Iblis dan dia juga percaya keamanan dan kestabilan berserta hidup gembira adalah mengikut sistem Iblis. Untuk mencapai matlamat ini, dia telah membuat HELAH dengan mengatakan dunia ini patut dipimpin oleh orang-orang yang berwibawa sahaja dan dia telah BERJAYA menarik lebih kurang dua ribu oranguntuk menjadi pelaksana kepada agenda yang telah dirancang olehnya dengan mendapat sokongan anggota Freemasonry peringkat tertinggi. Pengikut-pengikut ini memang mempunyai berkemahiran tinggi dalam semua aspek kehidupan dunia telah membina markas-markas sulit di seluruh dunia yang diberi nama sebagai 'Lodges of The Grand Orient' untuk melaksanakan agenda Dajal Laknatullahyang merekrutnya.
Jika kita perhatikan sistem perundangan kita di Malaysia, jelas terbukti bahawa pemimpin kita tidak melaksakanakan sistem perundangan seperti yang termaktub dalam Al-Quran & Sunnah. Pemimpin kita lebih 'rela' menggunakan sistem perundangan barat dalam urusan pentadbiran negara kita. Pelbagai persoalan, andaian dan spekulasi yang timbul akibat daripada situasi ini.
Mungkin salah satu alasan yang paling kuat untuk diutarakan ialah, Malaysia adalah salah satu daripada negara yang menjadi jajahan inggeris satu ketika dahulu, maka sistem perundangan dalam pentadbiran negara mestilah ikut cara mereka (barat). Andai kata 'lah' kita guna pakai alasan ini sebagai hujah mengapa Malaysia tidak menjalankan sistem perundangan Islam dalam pentadbiran negara, maka jelas bahawa Adam Weishupt dan konco-konconya yang dipelopori oleh DajjalBERJAYA menawan minda kita.
Adakah kita patut menyalahkan pemimpin-pemimpin yang ingkar dan tidak mahu melaksanakan sistem perundangan Islam? Jawapannya adalah Ya & Tidak.
Kenapa pula kita tidak patut menyalahkan mereka? Kerana, kita juga bertanggungjawab dalam hal ini.
Apa kena mengena dengan saya pula, saya hanya rakyat biasa, saya bukan pemimpin? Ya betul, kita bukan dari kalangan ahli politik, jauh sekali pemimpin, tetapi, seperti yang kita sedia maklum, negara kita mengamalkan sistem demokrasi, iaitu rakyat mempunyai hak untuk memilih pemimpin. Secara ringkasnya kita ada 'share' dalam menentang usaha-usaha sebilangan umat Islam yang berjuang untuk melaksanakan hukum-hukum Allah dalam negera kita, kerana kita menyokong 'mereka-meraka' yang tidak gemar kepada hukum-hukum Allah. Bukankah itu hasil daripada usaha kita? Fikir-fikirkan...
Sebenarnya apa kaitan semua ini dengan topik ILLUMINATI? Oh.. Mungkin anda terlupa mengenai artikel yang anda baca pada perenggan di atas tadi, sila semak semula perenggan tersebut di sini. Bagaimana? Adakah anda telah memahami perkaitannya?
Oleh yang demikian, memang benarlah bahawa minda umat Islam masa kini belum MERDEKA dari jajahan konco-konco dajjal.
Tujuan asas Illuminati ialah menguasai dunia dan isinya. Salah satu agenda terbesar mereka ialah mewujudkan satu sistem pentadbiran kerajaan yang dikenali sebagai Kerajaan Satu Dunia. Dengan itu mereka dapat melaksanakan apa jua kehendak mereka sendiri. Namun begitu mereka bukanlah yang sebenar-benarnya memegang kuasa di Illuminati ini. Terdapat 'The Hidden Hand' yang memantau mereka. Dia adalah Dajal Laknatullah, manusia berwatak syaitan yang dilengahkan (ditangguhkan) ajalnya.
Lihatlah di persekitaran anda, seperti yang ditulis pada awal-awal artikel ini, betapa umat Islam tidak begitu kisah mengenai hal-hal agama, hanya sibuk dengan hal-hal dunia. Ini juga di antara kejayaan para agen-agen dajjal untuk melalaikan umat manusia khususnya Umat Islam ini daripada melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.
Bersama-samalah kita berusaha untuk 'keluar' dari kemelut ini. Mudah-mudahan Allah memberikan kita petunjuk hidayah.
~
Share/Save

No comments:

Post a Comment