Pages

Sunday, May 16, 2010

Agen CIA Terlibat dalam Penculikan Dan Penyeksaan Umat Islam


Puluhan Agen CIA Dipenjara

Dianggarkan dua puluh atau tiga agen CIA dikatakan telah bersalah di satu majlis pengadilan Itali kerana  melakukan penculikan terhadap seorang warga  Mesir dalam operasi penangkapan dan pemindahan secara paksa.
Mangsa yang diculik ialah  Abu Omar (Usama Mustafa Hassan), diterbangkan ke Mesir. Abu Omar adalah seorang ulama kelahiran Mesir yang tinggal di Milan.
Pada bulan Februari 2003, dia diculik di jalanan  pada siang hari dan diterbangkan kali pertama ke Jerman dan kemudiannya  ke Mesir. Dia ditahan selama empat tahun dan mengaku pengalami penyiksaan.
Sekarang, 23 agen CIA dan dua warga Itali  dikatakan bersalah kerana melakukan penculikan. Inilah persidangan kali pertama yang melibatkan CIA dan operasi penangkapan dan pemindahan secara paksa.
Diantara agen yang dikatakan bersalah ialah  Robert Lady, mantan ketua CIA di Milan. Dia dijatuhi hukuman penjara lapan tahun, sedangkan para agen Amerika yang lain dijatuhi hukuman penjara lima tahun.
In-absensia
Semua warga Amerika itu diadili secara in-absensia. Amerika Syarikat menolak mengekstradisikan mereka ke Itali.
Kebajikan  keatas petugas yang melakukan operasi penangkapan dan pemindahan secara paksa adalah  luar biasa ini pernah digunakan oleh sebahagian besar presiden Amerika tetapi baru digunakan  di bawah pemerintahan George W Bush selepas serangan 11 September kebijakan ini telah digunakan secara meluas.
Lebih 3,000 terlibat dalam  dengan penerbangan rahsia yang diselenggarakan oleh CIA dengan menggunakan jet peribadi.
Presiden Bush telah membenarkan  penggunaan penangkapan dan pemindahan secara paksa  dengan mengatakan, Amerika Syarikat menghadapi ancaman yang belum pernah terjadi selama ini.
Tetapi kalangan pengkritik menyebut operasi penangkapan dan pemindahan secara paksa ini adalah  sebagai satu peluang penyiksaan tentera amerika  syarikat terhadap pihak lain terutama tahanan-tahanan penganut Islam. Mereka mengatakan, kebijakan dan keistimewaan undang-undang ini adalah  bertujuan untuk melangkahi undang-undang Amerika dan menempatkan para tahanan di tangan negara-negara yang terkenal dengan penyiksaan dan pelanggaran hak asasi manusia.

No comments:

Post a Comment