Pages

Monday, May 3, 2010

77th annual illumination of Rockefeller Center Christmas Tree



Assalaamu’alaikum w.b.t……. Masih ingat dengan nama Rockefeller? Bagus, itulah nama salah satu keluarga dalam Illuminati.  Di sini bukan untuk menceritakan secara panjang lebar tentang keluarga Rockefeller kerana ianya sudah sedia dimaklumi. Tetapi di sini saya hanya ingin menyelitkan beberapa gambar perayaan yang ke 77 pokok krismas Rockefeller center yang diadakan baru-baru ini di New York.
Adakah pokok krismas itu betul-betul digunakan untuk memperingati Hari Lahir Yesus, atau adakah ianya untuk memperingati pokok Evergreen yang tumbuh setelah kematian Namrud / Nimrod dan menjadi pujaan isteri merangkap ibunya iaitu Semiramis dan digunakan untuk memperingatinya dari dulu hingga kini?
Lihatlah pokok krismas yang bergemerlapan dan sambutan yang penuh meriah. Cuma sila perhatikan di puncak pokok tersebut, apa yang anda dapat lihat?  Ya, matahari  yang bersinar / illuminate.
The 77th annual Rockefeller Center Christmas Tree pada 2 Disember 2009
Pelakon wanita iaitu Jane Krakowski memperkenalkan Presiden dan CEO NBC iaitu Jeff Zucker (kiri) ,  pemilik Rockefeller Center iaitu Jerry Speyer dan Datuk Bandar New York City iaitu Michael Bloomberg.
Simbol matahari bersinar / illuminate di puncak pokok krismas.  Maka tidak hairanlah jika Illuminati juga menyambut KRISMAS, kerana walaupun jika ada mereka mengatakan bahawa Yesus yang diingati, sebenarnya bukan Yesus yang diperingati oleh mereka, tetapi Namrud.
Sumber foto dari  China Daily
Berikut adalah petikan dari tajuk  Raja Namrud dan kaitannya dengan Illuminati tentang sejarah pokok Krismas.  Sila baca dan hayati cerita dengan teliti.
Dari catatan-catatan kuno, jumlah kejahatan dan kezalimannya (Namrud) amat banyak, di antaranya, dia mengahwini ibu kandungnya sendiri yang bernama Semiramis. Setelah Namrud meninggal dunia, ibu yang merangkap sebagai isteri tersebut menyebarkan ajaran bahawa Roh Namrud tetap hidup selamanya, walaupun jasadnya telah mati. Dia membuktikan ajarannya dengan adanya pohon Evergreen yang tumbuh dari sebatang kayu yang mati, yang ditafsirkan oleh Semiramis sebagai bukti kehidupan baru bagi Nimrod yang sudah mati. Untuk mengenang hari kelahirannya, Namrud selalu hadir di pohon Evergreen ini dan meninggalkan bingkisan yang digantungkan di ranting-ranting pohon itu. 25 Disember itulah hari kelahiran Namrud. Dan inilah asal usul pohon Natal yang dirayakan oleh orang-orang Kristian pada Hari Raya Natal / Krismas.

No comments:

Post a Comment