Pages

Thursday, May 27, 2010

4 Petugas Terowong Rahsia Mati Kerana Kesan Gas Beracun Dari Tentera Mesir

http://www.arrahmah.com/images/stories/10/gazav.jpg
Tentera Mesir mengepam gas beracun ke dalam terowongan yang berada di perbatasan Gaza-Mesir yang biasa digunakan oleh penduduk Gaza untuk menyelundup  barang-barang keperluan seharian sejak Israel melakukan sekatan ekonomi kepada penduduk Palestin . Empat penduduk Palestin mati di dalam terowongan tersebut pada hari Rabu lepas ( 24/4/2010 ) dan mencederakan beberapa orang petugas lain . Mesir melakukan demikian kerana menunaikan kehendak israeil agar terowong tersebut dapat ditutup secepat mungkin.
Israel dan Mesir telah bekerjasama sejak 2007 untuk menutup perbatasan sejak Hamas mengambil alih kuasa pemerintahan di Gaza dan tidak mengakui pemerintahan di bawah Mahmoud Abbas yang kini hanya memerintah di wilayah Tebing  Barat.
Doktor di hospital Gaza, Hamdan Abu Latifa mengesahkan kematian empat petugas tersebut disebabkan kesan gas beracun .
Pemerintah Mesir menolak dakwaan tersebut tanpa memberi apa-apa komen tentang insiden tersebut.

No comments:

Post a Comment