Pages

Saturday, May 1, 2010

15 Asas Jati Diri Muslim Cemerlang

Jati Diri # Dr. Azwira bin Abdul Aziz : Mengenali Musuh Yang Utama

Ketika Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadikan Adam ‘alaihi salam, Dia telah memerintahkan para Malaikat supaya sujud kepadanya (Adam). Maka bersesuaian dengan sifat mereka yang sangat patuh, para Malaikat semuanya sujud tanpa berdolak dalih lagi. Allah Subhanahu wa Ta’alaberfirman:

Maksudnya:

“Mereka tidak sekali-kali mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan mereka selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”[1].


Namun di sana ada satu lagi makhluk bernama Iblis yang pada asalnya mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala bersama-sama para Malaikat, tetapi dia tertipu dengan kehebatan asal kejadiannya lalu mengingkari perintah sujud tersebut dengan alasan bahawa asal kejadiannya lebih baik daripada asal kejadian Adam:

Maksudnya:

“Allah berfirman:
“Apakah yang menghalangimu untuk bersujud(kepada Adam) sewaktu Aku menyuruhmu?”

Iblis menjawab:
“Aku lebih baik daripadanya, Engkau ciptakan aku dari api
sedang Engkau ciptakan dia dari tanah”[2].


Alangkah peliknya sikap Iblis, dia tahu dan mengakui kekuasaan Allah yang menciptakannya tetapi tidak mahu menurut perintahNya. Sedangkan pengetahuan dan pengakuannya tersebut tidak ada sebarang makna jika tidak dibuktikan dengan amalan, bahkan ia akan mendatangkan kecelakaan kepadanya pada Hari Kiamat. Disebabkan keegoan dan penderhakaannya itu, Allah Subhanahu wa Ta’ala melaknat dan menghalaunya keluar dari Syurga:

Maksudnya:

“Allah berfirman: “Keluarlah kamu dari Syurga kerana kamu sangat terkutuk
dan sesungguhnya kamu dilaknat sehingga Hari Kiamat”[3].


Semenjak dari itu bermulalah permusuhan yang hebat dan perancangan jahat Iblis untuk membalas dendam ke atas Adam serta zuriatnya. Iblis memulakan strategi membalas dendamnya dengan segera membuat permohonan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala supaya ajal dan pembalasan azab ke atasnya ditangguhkan sehingga Hari Kiamat. Disebabkan hikmah yang tertentu, Allah perkenankan permintaannya itu, sepertimana FirmanNya:

Maksudnya:

“Iblis berkata: “Ya Tuhanku! (kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku
sehingga hari mereka (manusia) dibangkitkan”.

Allah berfirman: “(Kalau begitu) maka sesungguhnya kamu dari kalangan orang yang diberi tangguh sehingga hari yang telah ditentukan waktunya”[4].


Sayyid Qutb berkata (maksudnya):
Dia (Iblis) minta supaya ditangguhkan ajalnya bukan untuk menyesal atau untuk bertaubat di atas dosa penderhakaannya tetapi semata-mata untuk membalas dendam terhadap Adam serta zuriatnya sebagai balasan daripada laknat dan pengusiran Allah ke atasnya. Dia tidak mengaitkan sebab laknat Allah ke atasnya dengan penderhakaannya tetapi sebaliknya mengaitkannya dengan Adam[5].

Setelah berjaya mendapatkan penangguhan itu, maka dengan berani dan tegas Iblis menyatakan perancangan jahatnya untuk memperdaya dan menyesatkan manusia:

Maksudnya:

“Iblis berkata: “Kerana Engkau (Allah) telah memutuskan aku sesat,
maka aku akan sedaya upaya menghalang mereka (manusia) dari jalan Engkau yang lurus.
Kemudian aku akan mendatangi mereka dari depan dan
dari belakang juga dari kanan dan dari kiri,
sehingga Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur”[6].


Dalam ayat yang lain:

Maksudnya:

“Iblis berkata: “Ya Tuhanku! Oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat,
maka pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik
(perkara maksiat) di muka bumi,
dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.
Kecuali hamba-hambaMu yang Ikhlas dari kalangan mereka”[7].


Iblis telah menyatakan dengan jelas bahawa bumi bakal menjadi lokasi peperangannya dengan manusia. Iblis juga telah mendedahkan bahawa rahsia senjatanya yang utama adalah At-Tazyin, iaitu memperhiaskan perkara maksiat supaya dipandang baik oleh manusia. Setiap manusia yang melakukan maksiat terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala bermakna dia telah terkena senjata Iblis.
Lebih mendalam tentang Iblis, dia adalah syaitan dari kalangan jin dan syaitan dari segi bahasa merangkumi seluruh jin dan manusia jahat yang menyimpang dari akhlak dan kebaikan[8]. Kedudukan syaitan sebagai musuh kepada manusia telah ditegaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta’alamelalui firmanNya:

Maksudnya:

“Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh,
iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan jin,
sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia)”[9].


Dalam ayat lain Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Maksudnya:

“Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagimu,
maka anggaplah dia sebagai musuh kerana sesungguhnya
dia hanya mengajak golongannya supaya menjadi penghuni Neraka yang menyala-nyala”[10].


Permusuhan syaitan dengan manusia mengatasi permusuhan manusia dengan sesama manusia. Jika manusia bermusuh dengan manusia yang lain, mereka digalakkan supaya berusaha sedaya upaya mencari jalan perdamaian, sedangkan permusuhan manusia dengan syaitan tidak ada jalan perdamaian sama sekali. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Maksudnya:

“Jadilah seorang pemaaf dan suruhlah mengerjakan yang maruf
serta berpalinglah daripada orang yang bodoh.
Dan jika syaitan mengganggu kamu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah,
sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”[11].


Dalam ayat lain Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Maksudnya:

“Tolaklah perbuatan buruk mereka dengan cara yang lebih baik,
Kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan,

dan katakanlah: “Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan,
dan aku berlindung (juga) kepada Engkau dari kedatangan mereka kepadaku”[12].


Dalam ayat lain lagi Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Maksudnya:

“Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik
dan perbuatan yang jahat.
Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik;
apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan
diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar,
dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai
bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”[13].


Menjelaskan maksud ayat-ayat ini Imam Ibn Kathir berkata (maksudnya):
Maka inilah tiga ayat yang tidak ada baginya ayat keempat pada maknanya. Bahawasanya Allah Subhanahu wa Ta’ala menyuruh supaya cuba berbaik-baik dengan musuh jenis manusia untuk mengembalikannya melalui tabiat asalnya yang baik kepada kasih sayang dan kejernihan, tetapi Dia (Allah) menyuruh pula supaya memohon perlindungan kepadaNya daripada musuh jenis syaitan kerana dia (syaitan) tidak menerima sebarang usaha kebaikan, bahkan apa yang dia inginkan hanyalah kebinasaan anak Adam, disebabkan betapa kuatnya dendam permusuhan antara dia dengan Adam sebelum itu[14].

Oleh itu setiap muslim harus sedar siapakah musuh utama mereka yang sebenar dan apakah jenis senjata yang digunakannya untuk menyerang mereka. Musuh utama tersebut ialah syaitan dan kuncu-kuncunya manakala senjata mereka yang paling utama ialah memperindahkan apa yang sebenarnya keburukan dan maksiat di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Dengan kesedaran ini, setiap muslim hendaklah mengambil langkah berwaspada bagi mempertahankan diri daripada serangan syaitan. Ini kerana syaitan sentiasa mencari peluang untuk melancarkan serangan dan jika berjaya, ia akan merosakkan jati diri seorang muslim.Hanya sahaja dunia itu untuk empat golongan:

  • (Pertama) hamba yang diberi harta dan ilmu oleh Allah, lalu dia bertaqwa kepada Tuhannya dalam (pengurusan)nya,
    dia menyambung silaturrahim dengannya dan dia tahu hak Allah padanya,
    maka inilah kedudukan yang paling baik.

  • (Kedua) hamba yang diberi ilmu oleh Allah tetapi tidak diberi harta lalu dia berniat baik seraya berkata:
    “Sekiranya aku diberi harta, nescaya aku akan lakukan (perkara kebaikan) seperti apa yang dilakukan oleh orang itu”.
    Maka dengan niatnya itu, ganjaran pahala kedua-duanya adalah sama.

  • (Ketiga) hamba yang diberi harta oleh Allah tetapi tidak diberi ilmu, lalu dia membelanjakan hartanya tanpa ilmu,
    dia tidak bertaqwa kepada Tuhan dalam (pengurusan)nya, dia tidak menyambung silaturrahim dengannya dan dia tidak tahu hak Allah padanya,
    maka dia berada pada kedudukan yang paling buruk.

  • (Keempat) hamba yang tidak diberi harta dan tidak juga diberi ilmu oleh Allah, lalu dia berkata:
    “Sekiranya aku diberi harta, nescaya aku akan lakukan (perkara keburukan) seperti apa yang dilakukan oleh orang itu,  maka dengan niatnya itu dosa kedua-duanya adalah sama (dengan golongan ketiga)”[1].


Lihatlah bagaimana suatu angan-angan yang baik boleh memandu seorang manusia ke arah kebaikan dan mengangkat martabatnya di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala meskipun dia belum merealisasikan angan-angan tersebut. Dan lihatlah pula bagaimana suatu angan-angan yang buruk boleh mencampakkan seorang manusia ke lembah kehinaan di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala, meskipun dia belum melakukan kehinaan itu. Justeru Islam menggalakkan umatnya berangan-angan menjadi seorang hartawan yang pemurah, yang tahu menunaikan tanggungjawabnya sebagai hartawan. Demikian juga Islam menggalakkan umatnya berangan-angan menjadi seorang cerdik pandai yang bertaqwa, yang tahu beramal dengan ilmunya. 
Selain daripada perkara ilmu dan harta, umat Islam juga sangat digalakkan supaya berangan-angan bagi mendapatkan syahadah (mati syahid) di jalan Allah Subhanahu wa Ta’ala, sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

من سأل الله الشهادة بصدق
أنزله الله منازل الشهداء وإن مات على فراشه

Maksudnya:
“Sesiapa yang memohon kesyahidan daripada Allah dengan hati yang ikhlas,
nescaya Allah akan menempatkannya di tempat para Shuhada’,
meskipun dia mati di atas pembaringannya”[2].


Terdapat banyak nas Al-Quran serta hadith Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang menjelaskan kelebihan syahadah ini[3], antaranya firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

Maksudnya:

“Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati)
bahkan mereka hidup (secara istimewa)
di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.

(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka dan mereka meninjau khabar gembira mengenai orang
(Islam yang sedang berjuang) yang masih tinggal di belakang,

yang belum (mati dan belum) menyertai mereka, bahawa tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati”[4].


Manakala Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لشهيد عند الله سِتُّ خِصال:

يُغفر له في اول دفعة ويرى مقعده من الجنة

ويُجار من عذاب القبر

ويَأْمنُ من الفزع الأكبر ويُوضع على رأسه تاجُ الوقار الياقوتَةُ

منها خير من الدنيا

وما فيها ويُزَوَّجُ اثنتين وسبعين زوجة من الحور العِينِ

ويُشَفَّعُ في سبعين من أقاربه.

Maksudnya:
“Bagi orang yang mati syahid di sisi Allah ada enam perkara:
Diampun baginya pada titisan darah yang pertama, dapat melihat tempatnya di Syurga,
dilepaskan dari azab kubur serta aman dari ketakutan yang dahsyat,
diletakkan di atas kepalanya mahkota kemuliaan dari mutiara-mutiara yaqut
yang (nilai) sebutirnya lebih baik daripada dunia dan segala isinya,
dikahwinkan dengan 72 orang bidadari Syurga yang bermata indah
dan diberi (hak) syafaat untuk menolong 70 orang ahli keluarganya yang terdekat”[5].


Disebabkan kelebihannya yang besar, maka para syuhada’ bercita-cita untuk kembali semula ke dunia bagi menikmati syahadah mereka berulang kali. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallammenerangkan hakikat ini:

والذي نفسي بيده
لو لا أن رجالا من المؤمنين يكرهون أن يتخلفوا بعدي
ولا أجد ما أحملهم عليه
ما تخلفت عن سرية تغزو في سبيل الله

والذي نفسي بيده
لوددت أني أقتل في سبيل الله ثم أحيا
ثم أقتل ثم أحيا
ثم أقتل ثم أحيا
ثم أقتل.

Maksudnya:

“Demi (Tuhan) Yang (memegang) nyawaku di TanganNya,
Jika bukan kerana kaum lelaki beriman tidak suka tertinggal di belakangku,
sedangkan aku tidak mempunyai kenderaan untuk membawa mereka bersama,
nescaya aku tidak akan tinggalkan walau satu peperangan di jalan Allah.

Demi (Tuhan) Yang (memegang) nyawaku di TanganNya,
sesungguhnya aku berangan-angan jika aku terbunuh (di medan jihad) aku dihidupkan semula,
kemudian aku terbunuh (sekali lagi) dan aku dihidupkan semula,
kemudian aku terbunuh (sekali lagi) dan aku dihidupkan semula,
kemudian aku terbunuh (sekali lagi)”[6].


Dalam hadith lain Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

ما من أحد يدخل الجنة يحب أن يرجع إلى الدنيا
وأن له ما على الأرض من شيء
غيرُ الشهيد

فإنه يَتَمنَّى أن يرجع فَـيُقتلُ عشْرَ مرَّات
لمِا يرى من الكرامة.

Maksudnya:

“Tidak ada seorang pun yang telah memasuki Syurga berkeinginan untuk kembali semula ke dunia
tanpa mendapat sebarang habuan dunia sedikitpun,
kecuali seorang yang (telah mati) syahid,

sesungguhnya dia bercita-cita untuk kembali (ke dunia) supaya dia terbunuh sebanyak sepuluh kali
kerana melihat kepada kemuliaan (syahadah) itu”[7].


Umat Islam digalakkan supaya bercita-cita mendapatkan shahadah bukan kerana mengejar kelebihannya semata-mata, tetapi bagi mengelak diri mereka daripada terpalit dengan ciri-ciri kemunafiqan, seperti mana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

من مات ولم يغز و
لم يحدث نفسه مات على شعبة من نفاق.

Maksudnya:

“Sesiapa yang telah mati, sedangkan dia tidak pernah menyertai peperangan
atau tidak pernah bercita-cita untuk menyertainya, maka dia mati di atas satu cabang kemunafiqan”[8].

 

 

Hadith-hadith di atas jelas menunjukkan kepada kita betapa Islam menggalakkan umatnya memasang angan-angan suci yang lahir dari lubuk hati yang tenang dan ikhlas, dan yang terbina di atas matlamat dan tujuan yang murni. Ini kerana di samping mendapat ganjaran kebaikan di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala, ia juga mampu memantapkan jati diri mereka.

Sebaliknya Islam melarang mereka daripada memasang angan-angan jahat yang lahir daripada nafsu kebinatangan yang buas, dan yang terpasak di atas naluri kesyaitanan yang keji kerana di samping menjanjikan balasan siksaan yang tidak terperi ia juga akan menghakis jati diri.


No comments:

Post a Comment