Pages

Wednesday, April 7, 2010

VIRUS 6 BERADIK





6 VIRUS DALAMAN (VIRUS 6 BERADIK)

UMUMNYA Fatah membawa fahaman SEKULAR, malah BANYAK pimpinannya yang bersekongkol dengan pengganas nombor satu dunia iaitu Israel. Hal ini telah lama disedari oleh sebahagian besar penduduk Gaza terutamanya yang bersentuhan dengan para pejuang IKHWANUL MUSLIMIN di sana di bawah nama HAMAS. Mahu tidak mahu akhirnya Hamas terpaksa berperang dengan Fatah. Kata sebahagian orang, “Membawa si munafik untuk berperang bagi pihak kita adalah tindakan yang menguntungkan musuh.”

Umat Islam tidak akan mencapai kegemilangan kali kedua selagi kita mengharapkan bantuan daripada VIRUS-VIRUS DALAMAN Islam ini untuk berhadapan dengan musuh. Kita akan kalah sebelum pertempuran bermula. Sebab itu dalam Perang Badar, Allah ‘mencatas’ para munafik ini terlebih dahulu dengan membuatkan mereka tidak jadi berperang. Seandainya mereka dibawa sama, tidak mustahil tentera Islam akan tewas dalam perang pertama itu. Hal inilah pengajaran untuk kita sebagai umat akhir zaman.

Ada enam virus dalaman yang sangat berbahaya kepada perjuangan umat Islam hari ini. Saya mengistilahkannya sebagai ‘6 VIRUS DALAMAN’ sahaja walaupun ada yang mengesyorkan nama ‘VIRUS 6 JAHANAM’, mungkin pengaruh filem ‘6 Jahanam’ lakonan P. Ramlee. Kita tidak menafikan kewujudan virus-virus lain tetapi memberi keutamaan kepada yang paling cepat membawa kerosakan. Menjadikan 6 Virus Dalaman ini sebagai regu untuk kita berhadapan dengan musuh adalah tindakan yang berisiko tinggi.

Kita perkenalkan dulu 6 VIRUS DALAMAN ini:

1. SYIAH – yang nyata sesatnya. Ada juga aliran-aliran Syiah yang sefaham dengan Ahli Sunnah wal Jamaah dalam banyak hal.
2. WAHHABI – iaitu kaum Salafi Pelampau. Dikenali juga sebagai kaum Salafi Tua, Salafi Lapok, Kaum Tajdid Tua, Salafi Wahhabi dan lain-lain.
3. AJARAN SESAT – yang ini biasa kita dengar hal ehwal mereka dalam media
4. ISLAM LIBERAL & SEKULAR – Islam dilonggarkan untuk kepuasan nafsu diri dan nafsu musuh-musuh Islam. Agama dan kehidupan sering dipisah-pisahkan.
5. ANTI-HADIS – menolak hadis dan berhukum semata-mata dengan akal dalam menghuraikan al-Quran
6. QADIANI – Namanya Ahmadiah Qadiani. Satu ajaran sesat yang besar pengaruhnya dan kini menyelinap dengan lebih sistematik.

6 Virus Dalaman ini sebaiknya jangan dibawa berjuang, kelak mereka akan menikam dari belakang, kiri, kanan malah depan. Jika ada keperluan yang sangat mendesak, tidak mengapa. Apa salahnya Johor berpakat dengan Belanda untuk mengusir Portugis dari Melaka ASALKAN kenal had-had persepakatan itu.

Semua pihak terutamanya yang mendakwa diri mereka pejuang Islam mestilah berpadu tenaga untuk mengekang peyebaran 6 Virus Dalaman ini.

No comments:

Post a Comment