Pages

Saturday, April 3, 2010

Tiket jadi mahal kerana Harimau Malaya



HARIMAU betina bernama 'Courtney' ini antara dua ekor Harimau Malaya yang diserahkan kepada Zoo Mini Kemaman semalam.


KEMAMAN - Pengunjung Taman Rekreasi dan Zoo Mini Kemaman, Bukit Takar di sini perlu membayar dua kali ganda harga tiket berbanding biasa untuk memasuki pusat pelancongan itu mulai pertengahan bulan ini.
Ini bermakna pengunjung zoo itu nanti perlu membayar tiket RM10 berbanding RM5 sebelum ini manakala kadar bagi kanak-kanak pula daripada RM3 kepada RM5.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, kenaikan harga tiket itu bagi menampung kos pengurusan selepas zoo itu menerima 'ahli' terbarunya iaitu dua ekor Harimau Malaya dari Zoo Melaka.
"Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira pertambahan kos yang perlu ditanggung pihak pengurusan zoo termasuk kos menjaga dua ekor harimau ini,'' katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan dua ekor harimau tersebut di sini semalam.
Dua ekor Harimau Malaya itu masing-masing diberi nama 'Chiko' iaitu spesies jantan berusia dua tahun dan pasangannya yang lebih tua, 'Courtney' berumur tujuh tahun.

No comments:

Post a Comment