Pages

Thursday, April 1, 2010

Terkejut akaun ada AS$88 bilion





VIRGINIA - Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS), Stephanie Hickman terkejut mendapati akaun banknya mengandungi wang simpanan sebanyak AS$88,888,888,888.88 bilion (RM290 bilion), lapor sebuah akhbar semalam.
Perkara itu berlaku semasa dia dan suaminya memeriksa baki akaunnya di sebuah bank di sini, Sabtu lepas.
Memilih untuk tidak membelanjakan wang itu, mereka kemudian menghubungi SunTrustBank bagi melaporkan kesilapan tersebut.
Namun, sangkaan bahawa masalah itu dapat diselesaikan dengan mudah meleset apabila pihak bank memberitahu, ia tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu mereka.

STEPHANIE HICKMAN


"Kami tidak dapat mengeluarkan wang AS$150 (RM489) milik kami kerana akaun kami telah dibekukan. Semuanya dibekukan termasuk kemudahan perbankan dalam talian," kata wanita itu kepada stesen televisyen NBC.
Akaun Stephanie dibekukan buat sementara waktu menyebabkan dia terpaksa mencari sumber lain untuk berbelanja. - Agensi

No comments:

Post a Comment