Pages

Tuesday, April 6, 2010

TAQIYAH SALAFI TUA



TAQIYAH SALAFI TUA

“Im Namen Allahs, des Allerbarmers, des Barmherzigen.”

Inilah tulisan yang dijanjikan kepada Brother Sword of Deen @ Pedang Tajdid yang juga rakan seperjuangan dari blog The Sharpest Swordhttp://swordofdeen06.multiply.com/ . Ditujukan juga khususnya kepada semua ‘Brothers of Pro-Tajdid’ http://protajdid.blogspot.com/ dan umumnya untuk semua, termasuklah teman-teman ‘Brothers of Pro-NAJDid’ http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=index . : )

Brothers I’m calling
From the valley of… Fresh Tajdid
With nothing to… claim

Read!
Think!
Discuss!
Buat keputusan! : )

Tulisan saya bertajuk SALAFI TULEN MENOLAK DEMOKRASIhttp://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=224&mode=&order=0&thold=0menerima nukilan Sword of Deen.

SWORD MENULIS:
Pertengkaran antara 'salafi'...cuma apa yang merisaukan, adakah pertengkaran ini adalah pertengkaran yang sebenarnya ataupun 'pertengkaran' yang telah di’orchestrate’kan (terancang)?

Saya ambil contoh mudah..seperti kita tengok cerita gusti di TV. Ramai yang suka. macam ‘real-time drama’ plak. Tetapi sebenarnya sape menang sape kalah sape paling hebat untuk sesuatu musim sudah ditentukan. Tetapi penonton ramai tak amik kira benda tu dan secara tak sedar 'pergustian' itu dianggap sebagai 'benar'.

Apa yang merisaukan saya ialah golongan 'salafi' ini mengrekrut ramai orang-orang Islam ke dalam kumpulan mereka. kemudian dengan ramai ini mereka mengisytiharkan perang kepada yang 'bukan dari mereka' seperti golongan tajdid segar.

Tetapi, semakin lama tajdid segar berjaya mempertahankan diri dan membongkar rahsia penyeludupan diri mereka dalam masyarakat.

Adakah mungkin mereka sengaja 'buat-buat gaduh' untuk mengatkan maksud di sebaliknya iaitu 'kami bukan seperti yang tajdid segar katakan..kami bukan satu team..cuba tengok, kamipun gaduh kan? Mana orang satu team gaduh...'

Apabila teori konspirasi saya dulu disiarkan, ramai jugak yang melenting dan 'terasa' tak tentu pasal.

Dan kerisauan kedua, orang-orang yang mereka rekrut ni semakin lama semakin suka bergaduh sesama Islam.

Inikah taktik Yahudi? Tak kira macam mana, mereka akan memperangkan umat Islam sesama umat Islam.
ALEX
Apa yang Sword gambarkan itu memang ada dalam minda saya sebenarnya. Insyaallah saya akan utarakan pandangan saya tentang hal ini melalui tulisan terbaru nanti. Siap saja, saya akan ‘publish’. : )

“O Owner of the Judgement Day, show us the straight path”.
Amin.
Sumbangsaran kami terhenti di situ.
Kini sambungannya.

ORKESTRA WAHABI
Pada pandangan saya yang dhaif ini, perbalahan antara kaum Salafi Tua @ Wahhabi memang wujud dan ada kalanya begitu meruncing lagi genting. Temasya ‘Laga Ayam’ antara sesama kaum yang mendakwa ‘akulah paling selamat’ ataupun ada juga yang berbunyi ‘akulah saja yang selamat’ daripada 73 golongan umat Islam ini benar-benar berlaku TETAPI… mereka ada satu IKATAN SEMULAJADI yang mempertautkan hati-hati mereka. Agaknya mungkin sesuai kalau kita katakan ia sebagai KONTRAK SOSIAL TAK RASMI para Salafi Tua ini. Huraian bahagian ini akan diperjelaskan di bawah nanti, pada bahagian klimaks ataupun kemuncak karangan ini.

LAKONAN PENGGUSTI
Jelas lagi bersuluh para ‘stunt man’ itu berlakon. Muhammad Ali dan Mike Tyson tumbuk pakai ‘glove’, kena sebiji yang ‘kaw’ boleh TKO ataupun KO. Jaguh-jaguh K1, UFC dan lain-lain seperti Royce Gracie, Ken Shamrock (bergusti pro sekejap dulu), Yilmaz dan lain-lain kena kunci sikit mengelejat mengaku kalah.

Yang hairannya Undertaker, Hulk Hogan, The Rock, Ric Flair, Sting dan lain-lain tumbuk tangan kosong, siap dengan siku, lutut, sepak kelangkang, tendang perut dan sebagainya tapi boleh bergusti sampai setengah jam. Kalau kena kunci, boleh bertahan. Siap buat lawak seolah-olah kena sawan dan kemudiannya berjaya melepaskan kunci dengan aksi yang luar biasa.

Hebatnya menyaksikan hempasan ke atas gelanggang (kanvas yang memang tak sakit apabila jatuh), lontaran ke tali (‘gerenti’ patah balik), dihempok dengan tong sampah (daripada jenis yang sama saja setiap kali- mudah penyek), dipukul dengan kerusi besi (mesti ada di tepi gelanggang) dan lain-lain.

Teknik-tekniknya pula memang memperbodohkan kita. Aksi tumbuk dan tendang biasanya disertai hentakan kaki ke lantai gelanggang supaya bunyi berdentum. Piledriver tapi kepala sentuh sikit saja gelanggang, kadang-kadang tak kena pun. Clotheline mesti di dada, tak kena tengkuk. Bodyslam kadang-kadang kaki jatuh dulu. Gorilla press tak boleh buat sekiranya orang yang dijulang tidak bekerjasama menekan bahu penjulang dengan tangannya. Suplex tak dapat dilaksanakan sekiranya mangsa tidak tolong melonjakkan diri.

Pendek kata, macam-macam KEPELIKAN (Sword lebih mahir bab pelik-pelik ni) yang menyeronokkan tontonan kita, termasuklah saya. : )

SALAFI WAHABI MEREKRUT PEJUANG
Sudah tentu. Perang sudah mereka laksanakan sejak puluhan malah ratusan tahun yang lalu. Kita yang tidak mahu berperang sama sekali terpaksa juga mengangkat senjata mempertahankan diri di samping berdakwah lemah-lembut agar mereka menghentikan penyerangan. Apabila jelas mereka bukan jenis yang boleh dibawa berunding dan mustahil akan berganjak daripada penyerangan mereka, kita terpaksa menyerang kembali untuk membebaskan ‘wilayah-wilayah’ Ahli Sunnah tulen yang telah dirampas ataupun yang sedang diperangi.

Timbul masalah baru, orang-orang jahil menyampuk menunjuk pandai meminta kita menghentikan usaha kita kerana dikatakan membawa perpecahan. Malangnya si jahil tidak pula menyuruh pihak yang menyerang berhenti menyerang terlebih dahulu!

Contoh:
Zionis menyerang wilayah Islam mereka diamkan. Apabila umat Islam Palestin membalas balik maka dituduh pengganas! Inilah Barat (umum).
Bosnia dihenyak mereka diam. Apabila Bosnia sudah berjaya menyusun tentera dan bertindak balas, mereka datang dengan pantas menjadi pendamai. Inilah Barat.
Umat Islam Ambon dan Maluku dibakar mereka diam. Apabila mujahiddin berjaya mengumpul tenaga, mereka campur tangan. Inilah Barat.

TAJDID SEGAR SEMAKIN BERJAYA
Saya pun berpandangan begitu. Beberapa orang yang selama ini cenderung kepada fahaman Salafi Tua @ Wahhabi berjaya dilunakkan, sekurang-kurangnya mereka kini menjadi neutral. Saya percaya teman-teman Pro-Tajdid yang lain pun berjaya meneutralkan fahaman banyak individu yang asalnya terkena virus Wahhabi (salah satu daripada Virus 6 Beradik). Malahan, ada sebilangan kecil daripada mereka menjadi pendokong dakwah Tajdid Segar pula. Sefaham saya juga, setakat ini individu yang asalnya PRO-TAJDID (Segar) belum ada yang berubah haluan kepada PRO-NAJDID ataupun berpendirian ‘tongah-tongah’. Untuk masa akan datang, wallahualam.

TEORI KONSPIRASI
Kepada para pembaca yang belum berkesempatan meneliti karya Sword ini, silakan kehttp://swordofdeen06.multiply.com/journal/item/60/Kepelikan_Mini_Jemaah2_Baru_Di_Malaysia_II_-_Teori_Konspirasi .

INI TAKTIK YAHUDI?
Tak pastilah siapa yang mula-mula mencipta taktik begini, namun ia memang sinonim dengan kaum Yahudi. Jadi biasanya orang akan sebut sebagai ‘taktik Yahudi’ saja. Samalah seperti mi segera, rata-rata orang sebut ‘maggie’ tak kira jenis apa. Begitu juga dnegan ubat gigi, banyak orang sebut ‘colgate’ walaupun ubat gigi itu berjenama Zaitun. Tahun 60-an 8o-an dulu, semua pinggan mangkuk mahal biasanya disebut ‘pyrex’ walaupun bukan jenama Pyrex. Tupperware satu lagi. Muazzin biasanya disebut Bilal walaupun Bilal bin Rabah sudah lama meninggal dunia.

Kumpulan ini, sewaktu mereka menyerang wilayah ataupun memberontak ke atas Daulah Islam Uthmaniyyah dulu, tak timbul pula soal ‘tidak harus’ melawan pemerintah beragama Islam tetapi ‘wajib’. Setelah mereka mendapat pemerintahan, pandai pula sebar ke seluruh dunia ‘tidak harus’. Salah satu alasannya sebagaimana yang disebut oleh Rasul Dahri, Nabi Musa yang lebih alim pun tidak melawan Firaun yang lebih zalim.

ISI UTAMA KITA KALI INI (KLIMAKS/ KEMUNCAK)

Kristian Katholik dengan Kristian Protestan punyai sejarah berdarah yang panjang. Selain itu berlaku juga perbalahan dengan lain-lain mazhab Kristian seperti Ortodoks, Anglican, Yehovah Witness, Kristian Unitary dan sebagainya. Tapi, apabila mereka berasa terancam dengan umat Islam, dengan pantas sebahagian besar daripada kumpulan-kumpulan ini membina kesatuan tenaga.

Syiah ada banyak aliran. Antara aliran-aliran ini saling tidak serasi. Ketidaksetujuan sering tercetus sejak zaman-berzaman. Tetapi, apabila mereka berasa terancam dengan Ahlus Sunnah, bagai air mengalir laju kebanyakan mereka membentuk kesatuan untuk bertindak balas.

Begitu jugalah dengan pembawa fahaman Tajdid Tua @ Wahabi ini. Ada lima enam kelompok yang utama dan antara mereka saling berbalah hingga ke tahap sesat-menyesat. Di Indonesia dan dunia Arab, situasi ini memang jelas. Di negara kita setakat ini masih didominasi dua kelompok besar (walaupun pada hakikatnya tidak sebesar mana) iaitu aliran Asri (mereka yang terpengaruh dengan ajaran Dr. Asri) dan aliran Dahri (mereka yang terpengaruh dengan ajaran Ustaz Rasul Dahri). Khilaf antara mereka hingga ke tahap syirik-mensyirik sama ada secara langsung ataupun tidak. Tetapi ingat, apabila kedua-dua puak berasa terancam dengan Ahlus Sunnah sejati, dengan serta-merta para pendokong kedua-dua puak bersekutu.

Sungguhpun ada dalam golongan Dahri yang melabel golongan Asri sebagai ‘Salafi Murtad’, sekiranya mereka terdesak, dengan siapa mereka akan merujuk? Tidak lain golongan Asri juga. Dengan siapa mereka akan membina pakatan? Puak Asrilah yang paling hampir dengan manhaj mereka. Betul kan?

Penganut fahaman Syiah terkenal dengan konsep TAQIYAH. Rupa-rupanya ada kaum Syiah yang melabelkan aliran Asri sebagai WAHABI TAQIYAH. Syiah bertaqiyah, Wahabi pun ada bertaqiyah juga. Saudara sepusat sepusing, mak lain-lain bapak asing-asing. Apabila difikir-fikirkan, ada benarnya juga kata-kata mereka ini.
Seperti aliran Dahri, sekiranya aliran Asri tertekan dan perlukan sekutu, siapakah yang akan mereka cari? Tidak lain aliran Dahri juga!

Dalam usaha untuk memenangi hati masyarakat, aliran Asri terpaksa melonggarkan banyak pegangan mereka sekalipun jika dilihat kepada sumber-sumber asal, tindakan mereka ternyata menjauhi sunnah. Aliran Dahri pula teguh dengan ‘sumber-sumber asal’ dan tidak gentar sekiranya mereka tidak dapat memenangai hati masyarakat, yang penting bagi mereka ‘sunnah’- tidak ada kompromi. Dari situasi ini, golongan Dahri adalah Wahabi Tulen manakala golongan Asri Wahabi Taqiyah. Tapi taqiyah mereka sementara belum dapat kuasa. Sudah dapat pemerintahan nanti, fahaman mereka akan merapat kembali dengan fahaman aliran Dahri.

Sumber-sumber asal (menurut Wahabi) mengatakan kenduri tahlil arwah bidaah, tapi ada golongan Asri yang dibenarkan menyertai majlis tersebut asal tidak mengambil bahagian- duduk untuk elak kutukan orang saja. Taqiyahlah namanya kan?
Sumber-sumber asal (menurut Wahabi) mengatakan tidak harus berpecah dan mewujudkan berbilang jemaah, namun ada golongan Asri bertaqiyah dengan menunjukkan manis muka kepada kepelbagaian jemaah seperti PAS, Ikhwanul Muslimin, Jemaat Islami, PKS dan lain-lain. Terpaksa buat begitu untuk membanyakkan sokongan.
Sumber-sumber asal (menurut Wahabi) tidak mengharuskan amalan-amalan kaum sufi tetapi ada aliran Asri bertaqiyah menyatakan sokongan kepada Tok Kenali, Syeikh Abdul Qadir Jilani, Tariqat Hasafiah dan lain-lain.

PELERAIAN

La tahzan… tak akan ke mana fahaman Salafi Tua ini (penulis buku La Tahzan pun rupanya sudah dihukum kafir oleh seseorang daripada kaum inihttp://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=72 ). Mereka nampak sedikit kuat kerana berlindung di sebalik media dan penguasa. Dari segi kehujahan dalam beragama, sudah lama mereka tersungkur. Lebih bahaya, mereka ini juga berpotensi untuk bekerjasama dengan Islam Liberal sekiranya terdesak.

Berhati-hatilah.

‘PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT’
‘BERTUHANKAN ALLAH, BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD’

Bersama Dakwah PRO-TAJDID, bukan PRO-NAJDID : )

No comments:

Post a Comment