Pages

Friday, April 16, 2010

TANDA-TANDA KEMATIAN


  Asalamualaikum,Bukan sahaja tanda -tanda akhir dunia 
 sahaja yang ada tetapi    kita sedari atau tidak, 
tanda -tanda kita nak mati pun ada, 

>> >  Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak 
>> >  adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan 
>> >  kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan 
>> >  kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW 
>> >  diriwayatkan masih mampu memperlihat dan 
>> >  menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara 
>> >  lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut 
>> >  dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam 
>> >  Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi 
>> >  tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu 
>> >  menyediakan dirinya untuk menghadapi 
>> >  sakaratulmaut secara sendirian. Beliau 
>> >  menyediakan dirinya dengan segala persiapan 
>> >  termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali 
>> >  cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala 
>> >  sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam 
>> >  Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas 
>> >  tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia 
>> >  untuk engkafankan bahagian mukanya. 
>> > 
>> >  Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada 
>> >  kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku 
>> >  zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan 
>> >  adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya 
>> >  dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan 
>> >  menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua 
>> >  tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang 
>> >  Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu 
>> >  orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini 
>> >  akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan 
>> >  sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. 
>> > 
>> >  Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan : 
>> > 
>> >  Tanda 100 hari sebelum hari mati. 
>> > 
>> >  Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada 
>> >  hambanya dan hanya akan disedari oleh 
>> >  mereka-mereka yang dikehendakinya. 
>> >  Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat 
>> >  tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak 
>> >  sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas 
>> >  waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung 
>> >  rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami 
>> >  getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya 
>> >  seperti daging lembu yang baru disembelih dimana 
>> >  jika diperhatikan dengan teliti kita akan 
>> >  mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. 
>> >  Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan 
>> >  berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda 
>> >  mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang 
>> >  setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi 
>> >  mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka 
>> >  yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan 
>> >  soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu 
>> >  sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar 
>> >  dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah 
>> >  peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada 
>> >  untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan 
>> >  yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. 
>> > 
>> >  Tanda 40 hari sebelum hari mati 
>> > 
>> >  Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. 
>> >  Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada 
>> >  ketika ini daun yang tertulis nama kita akan 
>> >  gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash 
>> >  Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun 
>> >  tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas 
>> >  kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita 
>> >  sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini 
>> >  akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan 
>> >  jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan 
>> >  merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun 
>> >  malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi 
>> >  kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan 
>> >  dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. 
>> > 
>> >  Tanda 7 hari 
>> > 
>> >  Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada 
>> >  mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di 
>> >  mana orang sakit yang tidak makan secara 
>> >  tiba-tiba ianya berselera untuk makan. 
>> > 
>> >  Tanda 3 hari 
>> > 
>> >  Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian 
>> >  tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan 
>> >  kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka 
>> >  berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita 
>> >  tidak mengandungi banyak najis dan ini akan 
>> >  memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita 
>> >  nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan 
>> >  bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya 
>> >  akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan 
>> >  jika kita melihatnya dari bahagian sisi. 
>> >  Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya 
>> >  akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak 
>> >  kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh 
>> >  ke depan dan sukar ditegakkan. 
>> > 
>> >  Tanda 1 hari 
>> > 
>> >  Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan 
>> >  merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu 
>> >  di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita 
>> >  tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar 
>> >  keesokan harinya. 
>> > 
>> >  Tanda akhir 
>> > 
>> >  Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan 
>> >  satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya 
>> >  akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik 
>> >  ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita 
>> >  terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri 
>> >  dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk 
>> >  menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang 
>> >  telah menghidupkan kita dan sekarang akan 
>> >  mematikan pula. 
>> > 
>> >  PENUTUP 
>> >  Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa 
>> >  kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara 
>> >  orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang 
>> >  akan diberi kesedaran untuk peka terhadap 
>> >  tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat 
>> >  persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan 
>> >  samada dari Allah SWT mahupun dari manusia 
>> >  sendiri dari segala dosa dan urusan hutang 
>> >  piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan 
>> >  sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah 
>> >  lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa 
>> >  tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh 
>> >  diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari 
>> >  kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun 
>> >  ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. 
>> > 
>> >  Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan 
>> >  berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk 
>> >  oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan 
>> >  kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam 
>> >  usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT 
>> >  samada di dunia mahupun akhirat. 
>> > 
>> >  Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah 
>> >  SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari 
>> >  kelemahan manusia itu sendiri. 
>> > 
>> >  Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah 
>> >  pesananku walaupun satu ayat' Sesungguhnya 
>> >  apabila matinya seseorang anak Adam itu, 
>> >  hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : 
>> > 
>> >  1) Sedekah/amal jariahnya 
>> >  2) Doa anak-anaknya yang soleh 
>> >  3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain 
>> > 
>> >  WALLAHUA`LAM

No comments:

Post a Comment