Pages
▼
Friday, April 16, 2010
Syaitan Khanaz dengan Manusia
Ceramah Dato Ustazah Masitah .... Kisah Syaitan bernama
Khanaz pernah dengar tak?
Cerita nya macam nie..Masa mula-mula Nabi Adam dan Hawa di Bumi. Syaitan
yang tak pernah mengenal
putus asa untuk menghancur kan anak cucu Adam, dok pikir2 cara nak kacau
anak Adam dari patuh dengan
suruhan Allah.
Suatu hari c Ibu Syaitan nie tengah dok pikir "Macam mana aku nak kena kan
anak cucu Adam"..dan tiba2
dia nampak anak dia yang bernama Khanaz. Lalu di panggilnya "Khanaz....mari
sini ikut mak...".
Lalu dia pun pergi menuju ke rumah Adam dan Hawa. Yang pada ketika itu Nabi
Adam baru saja meninggalkan
rumah untuk pergi kerja mencari nafkah. Dan tinggal lah Hawa keseorangan di
rumah, tiba2, pintu rumah
di ketuk, lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya "Siapa kamu.."
Ibu Syaitan menjawab "Tolong jaga kan anak saya...nanti saya akan datang
untuk ambil dia balik"
Hawa yang tidak mengetahui apa memberi pertolongan.
Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa "Anak siapa
nie..?",
Lalu Hawa menjawab "Tak tahu lah..tadi ada seorang wanita menyuruh kita
menjaga anak ini."
Adam berpikir dan " Ini mesti anak Syaitan, yang mahu menganggu anak cucu
kita..." ...
"Apa harus kita lakukan sekarang..?"tanya Hawa pada Adam.
Setelah lama pikir-pikir."Kita potong-potong daging nya sehingga kecil dan
gantung kan isi2 dagingnya
di pokok luar rumah kita.Nanti bila Ibu nya datang biar dia Nampak dan tahu
anak nya sudah tak de..."Idea Adam.
Keesokkan pagi harinya Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Adam sudah
keluar pergi kerja,
"Mana anak aku..."Tanya Ibu syaitan pada Hawa,
Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerang kan apa yang telah
mereka lakukan terhadap anak syaitan
"Anak kamu.....,,...Semalam Adam pulang ke rumah , lalu ia mengatahui yang
anak itu anak syaitan ....lalu sudah
kami kerat2 anak kamu dan kami gantung kan daging nya di atas pokok luar
sana..."terang Hawa.
"Oh...iye ker?..."jawab Ibu Syaitan dengan nada yang tidak risau.Kemudian
Ibu Syaitan meneriak memanggil anak nya"Khanazzzzz.....!!!" Tiba2 daging2
khanaz yang telah dikerat bergantungan
di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi
Khanaz kembali.....dan Ibu Syaitan masih
tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan Khanaz dan ia berpesan
akan kembali lagi esok hari nya,
Apabila Adam pulang dan terlihat lah ia akan anak Syaitan yang bernama
Khanaz itu lagi dan bertanya kan pada Hawa
kenapa anak Syaitan itu masih berada di rumah meraka.Hawa menerang apa yang
berlaku.
"Kita tak boleh biar kan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu
kita.." kata Adam.
"Apa harus kita laku kan lagi.."tanya Hawa.
"Begini..kita bakar anak Syaitan ini dan ...abu nya kita buangkan ke Laut,
biar abu nya di bawa arus laut dan Ibu nya
tidak akan dapat mendapatkan anak nya ini lagi..." terang Adam.
Keesokan pagi nya datang lah lagi Ibu Syaitan ini bertanya kan Khanaz
ketika Adam sudah keluar bekerja.
"Mana anak aku?" tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu sudah kami bakar dan abunya kami buang ke Laut!" jawab Hawa.
"Oh Iye ker? Kata Ibu Sayitan lalu meneriak mamanggil
"Khanaz!!!"...kemudian bercantum lah kembali daging Khanaz dari abu, dan
menjadi Khanaz kembali. kemudian
di serahkankan kembali pada Hawa untuk menjaga Khanaz.
Apabila Adam pulang, mendapati anak Syaitan itu masih berada di rumah nya
"Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu
kita"kata Adam.
"Apa harus kita laku kan ?" tanya Hawa.
"Begini saja lah...kita belah dua anak dia nie ..kamu telan sebelah, aku
telan sebelah. Habis cerita!" Cadang Adam.
Keesokan pagi, datanglah lagi c Ibu Syaitan bertanyakan anak nya ketika
Adam sudah keluar bekerja.
"Mana anak aku" tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu ...., kali ini kamu tak dapat balik anak kamu.."jawab Hawa.
"Kenapa..?"tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu telah kami telan....!" Jawab Hawa dengan penuh yakin.
"Iye ke...? Lalu Ibu Syaitan memanggil anak nya ½Khanaz !!!
Iye Mak....jawab Khanaz dari dalam badan Hawa..
Bagus anak ku..kamu duduk sana , jangan keluar2 .. Arah Ibu Syaitan pada
Khanaz.
Itu lah cerita dia kawan2...duduk lah Khanaz dalam tubuh badan manusia
sehingga hari ini dan hinggá hari kiamat.
Syaitan Khanaz nie tugas dia
- Bila kita makan ia pun makan, kita minum ia pun minum. Apa jer aktiviti
kita buat dia kan menyertai JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.
- Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was, tulah mana yang
tengah solat tu tiba2 tak ingat berapa rakaat dah kita solat.
- Buat kerja kita keliru dan ingat2 lupa "Eh dah buat ke Belum yer.."
ubatnya banyak kan dengan BERISTAGAFAR...
- Khanaz akan belari / bermain dalam darah kita...Ubatnya...banyakkan
Zikir..
Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khanaz
ini.
Pesan Rasulullah, setiap apa yang hendak kita laku kan mula kan lah dengan
baca BISMILLAH dan Doa.sekurang2nya BISMILLAH.
Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah
kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah.
Tengok bagaiman Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya anak
cucu Adam..
Surah An Nas jua mencerita kan hal Syaitan bernama Khanaz yang sentiasa
buat kita was-was. Walllahualam.
Apa-apa pun mulakan setiap kerja aktiviti dengan nama Allah BISMILLAH.
No comments:
Post a Comment