Pages

Sunday, April 18, 2010

Rahsia Simbol NAZI



oleh Ibnuyaacob
Semua orang mengenali perkataan NAZI dan semua orang juga tahu apa itu NAZI. Orang ramai sudah biasa dengan perkataan ini malah apabila menyebutnya pastinya teringatkan negara Jerman dan pemimpin diktatornya iaitu Adolf Hitler.
   
Namun, kita kurang didedahkan oleh asal usul nama NAZI itu sendiri. Pendedahan ini bukanlah suatu perkara baru, ianya telah lama didedahkan oleh kebanyakan ahli-ahli sejarah yang bukan berlatarbelakangkan Yahudi.
Asal Usul Perkataan NAZI
Sebenarnya perkataan NAZI bukanlah akronim bagi sesuatu pertubuhan. Ianya sebenarnya berasal dari suatu perkataan purba yang merujuk kepada sebuah suku Yahudi iaitu Ashkenazi.
(Ramai pengkaji sekarang membuktikan Ashkenazi bukanlah dari keturunan Yahudi Bani Israel yakni ia bukanlah dari pengikut Nabi Ibrahim a.s.)
Perkataan NAZI diambil dari 4 huruf hujung perkataan AshkeNAZI. Perkataan itu dikeluarkan oleh Dajjal dan dibangunkan inputnya sehingga menjadi suatu bentuk ideologi ekstrem.
Apa itu Ashkenazi?
Menurut Wessthea iaitu Pengarah Black Solidarity Terdapat dua kontradiksi di sini membabitkan asal usulnya. Fakta sejarah dari karangan sarjana Oxford dan juga PBB sendiri mengiktiraf Ashkenazi sebagai salah satu suku dari bangsa Yahudi Kuno.
Manakala para ilmuan sejarah era moden sekarang tidak mengiktiraf dan tidak mengesahkan fakta tersebut kerana fakta menyatakan Ashkenazi adalah seorang lelaki yang bukan dari keturunan Nabi Ibrahim tetapi dia adalah berasal dari keturunan Yafith anak Nabi Nuh a.s.
Secara faktanya juga Ashkenazi bukanlah golongan Sematik dan Hematik, Arab atau Parsi tetapi dari Eropah.
Pembentukan simbol NAZI
 Simbol NAZI adalah seperti gambarajah di bawah. Kelihatan seperti kipas yang dibengkokkan setiap hujungnya.
 
Namun sebenarnya ialah simbol tersebut adalah hasil gabungan dua huruf iaitu N dan Z. Huruf N jika diterbalikkan akan kelihatan seperti Z dan begitu juga sebaliknya.
N diambil daripada suku kata NA manakala Z diambil dari suku kata ZI.
Selain teori di atas, ada juga sebahagian pendapat mengatakan simbol NAZI itu berasal daripada salib yang dipatah-patahkan hujungnya. Kemudian terbentuklah suatu simbol yang seperti sekarang ini.
Jadi, apa kaitannya NAZI dengan Dajjal ?
Mungkin anda sendiri mengetahui jawapannya.
Wallahu’alam

No comments:

Post a Comment