Pages

Wednesday, April 28, 2010

PUASA RAMADHAN




I have move to new multimedia blog at http://faizar.multiply.com
RAMADHAN  http://faizar.onestop.net/ramadhan/
Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam Islam. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari.
Bulan Ramadhan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga sera sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ramadhan
ASAS PENENTUAN AWAL RAMADHAN DAN SYAWAL DARI SUDUT SYARAK
Oleh: Dato' Alim Panglima Haji Mat Jahya bin Haji Hussin Mufti Kerajaan Negeri Perlis
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/falak/kkerja2-asasramadansyawal.pdf
Menurut perspektif Islam, asas penentuan awal Ramadhan dan Syawal disandarkan kepada Al-Quran dan Sunnah yang menerangkan mengenai pergerakan cakerawala seperti matahari, bulan dan bintang bagi penentuan waktu yang disebut mawaqit.
Asas penentuan awal bulan hijriah yang digunakan oleh umat Islam khasnya dalam menentukan awal bulan Ramadhan dan Syawal adalah didasarkan kepada pergerakan bulan dan bumi mengelilingi matahari. Ia menjadi asas perhitungan awal bulan dan tahun yang mempunyai hubungkait yang rapat dengan ibadat puasa dan hari raya puasa. Al-Quran dan Sunnah memberi panduan kepada kita untuk membuat penentuan awal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah.
Para ulama' telah berbahas dengan panjang lebar berkenaan isu ini di dalam kitab-kitab mereka yang muktabar. Berdasarkan pedoman-pedoman ini, lahirlah tiga amalan yang berbeza dalam menentukan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah dengan kaedah berikut:
(a) Rukyah (melihat anak bulan)
(b) Hisab falak (pengiraan)
(c) Rukyah dan hisab dengan menggunakan kriteria imkanur-rukyah iaitu menggunakan hisab dalam menentukan kebolehnampakan anak bulan (hilal)
Perbezaan amalan dan cara di atas berlaku adalah berpunca daripada perbezaan dalam memahami dan mentafsir maksud ayat-ayat al-Quran dan hadis yang berkaitan. Malaysia mengamalkan cara penentuan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah dengan rukyah dan hisab berdasarkan kepada kriteria imkanur-rukyah.
Asas Penentuan Awal Ramadhan Dan Syawal Dari Sudut Syarak
Apabila membicarakan tentang asas penentuan awal Ramadhan dan Syawal dari sudut syarak, ia merujuk kepada panduan yang telah diterangkan oleh Allah S.W.T. dan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. kepada kita iaitu al-Quran, Sunnah dan pandangan ulama'. ..................
Kesimpulan 
Berdasarkan dalil-dalil al-Quran, hadis dan pendapat ulama' serta kajian astronomi moden, kaedah rukyah dan hisab sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana menepati kehendak syarak.
rujuk http://www.islam.gov.my/e-rujukan/falak/kkerja2-asasramadansyawal.pdf



PENETAPAN BULAN RAMADHANDikeluarkan oleh Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah.
http://www.compserv.sabah.gov.my/mns/allPDF/TAZKIRAH%2021%20081005%20Penetapan%20Bulan%20Ramadhan.pdf
"Puasalah kamu kerana melihatnya ( anak bulan ), berbukalah kerana melihatnya. Sekiranya kamu terhalang daripada melihatnya, maka sempurnakanlah bilangan Sya'ban selama 30 hari"
[ Bukhari (1810) dan Muslim (1080) ]

HURAIANPenetapan bulan Ramadhan adalah berdasarkan salah satu daripada 2 perkara berikut :
Pertama : Melihat anak bulan Ramadhan ( Ru'yah al-hilal ) pada malam 30 Sya'ban. ini boleh berlaku apabila seorang saksi yang adil menyatakan kesaksiannya di hadapan qadhi bahawa dia telah melihat anak bulan.

Kedua : Mencukupkan 30 hari bulan Sya'ban. Ini berlaku apabila susah melihat anak bulan disebabkan awan tebal ataupun saksi adil tidak datang menyatakan bahawa dia telah melihat anak bulan. Ketika itu disempurnakan bulan Sya'ban 30 hari kerana itu adalah asal keadaan selagimana tidak datang perkara lain yang bertentangan dengannya.

Daripada Ibnu Abbad ra katanya, seorang Arab Badwi datang menemui Rasulullah saw lalu berkata :
"Sesungguhnya aku telah melihat anak bulan Ramadhan. Sabda Baginda : "Apakah kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah?" Katanya : "Ya". Tanya Baginda :
"Apakah kamu menyaksikan bahawa Muhammad itu utusan Allah?" Jawabnya : "Ya". Sabda Baginda : "Wahai Bilal, isytiharkan kepada orang ramai hendaklah mereka berpuasa pada esok hari". ( Disahihkan oleh Ibnu Hibban di dalam Mawarid az-Zham'an (870) dan Al-Hakim (1/424).

Dengan ini, apabila anak bulan kelihatan di suatu negeri ( bandar ), maka penduduk negeri ( bandar ) yang berhampiran dengan negeri yang melihat anak bulan itu wajib berpuasa. Ukuran jarak jauh dan dekat adalah berdasarkan kepada perbezaan matla' ( tempat terbit anak bulan ).
Berdasarkan sebuah hadith lain yang panjang yang diriwayatkan oleh Muslim (1087 ), para ulama mengatakan :
Apabila puasa tidak diwajibkan terhadap penduduk negeri yang jauh lalu seseorang penduduk negeri yang telah melihat anak bulan bermusafir ke negeri tersebut, maka hendaklah dia berpuasa bersama mereka di akhir bulan walaupun dia telah menyempurnakan puasa selama 30 hari. Ini kerana disebabkan perpindahannya ke negeri tersebut, dia dianggap salah seorang dari mereka. Dengan itu dia mesti mengikut hukum mereka.

Sesiapa yang bermusafir dari negeri yang tidak melihat anak bulan ke negeri yang melihat anak bulan, dia hendaklah berbuka ( berhari raya ) bersama mereka sama ada dia telah berpuasa 28 hari ( disebabkan
Ramadhan pada penduduk setempat hanya 29 hari ) ataupun dia berpuasa 29 hari ( kerana Ramadhan di sisi mereka sempurna 30 hari ).

Walaubagaimanapun, jika dia berpuasa selama 28 hari sahaja, hendaklah dia mengqadhakan puasanya selama sehari kerana satu bulan bukanlah 28 hari.

Sesiapa yang pada waktu paginya berada di negeri yang merayakan hari raya, lalu bermusafir negeri yang jauh dan penduduknya masih berpuasa, wajib baginya menahan dirinya untuk baki hari tersebut sebagai
mengikuti penduduk negeri tersebut.

http://www.islam.gov.my/ppi/almanak/falak/almanak2006.html 
Kajian Kebolehnampakan Hilal http://fizik.um.edu.my/angkasa/start_taskbar.htm
1.       Kajian Kebolehnampakan Hilal
2.       Bagaimana Penetapan Awal Bulan Islam Ditentukan?
3.       Cara Penetapan Awal Ramadhan, Awal Syawal dan Awal Zulhijjah
4.       Apakah Kriteria Imkanur-Rukyah?
5.       Awal Bulan Qamariah
6.       Persoalan-persoalan yang sering ditanyakan berkaitan awal Ramadhan, Syawal  dan Zulhijjah
1. Kajian Kebolehnampakan HilalSalah satu daripada bidang penyelidikan Makmal Fizik Angkasa ialah Kajian Kebolehnampakan Hilal. Kajian penyelidikan ini dibuat di Baitul-Hilal Telok Kemang, Negeri Sembilan, dilakukan pada setiap akhir bulan Islam iaitu pada 29hb dengan menggunakan teleskop Meade  LX200 12". Kajian ini telah dijalankan sejak tahun miladiah 2000 bermula bulan Muharram tahun hijriah 1421 hingga sekarang.
Kajian ini penting untuk dijalankan kerana hilal adalah asas dalam penetapan awal bulan dalam Kalendar Islam. Tujuan kajian ini  dijalankan bagi memastikan hisab yang  diguna-pakai di negara kita bertepatan dengan rukyah (kedudukan sebenar anak bulan). Selain tujuan tersebut di atas, kajian ini dijalankan adalah untuk mengumpul data-data kenampakan hilal bagi memperkemaskan lagi kriteria Imkanur-Rukyah.
Selain data bulan, kedudukan matahari terbenam, suhu, tekanan dan pembiasan dan kecerahan langit turut dicatat.
2. Bagaimana Penetapan Awal Bulan Islam Ditentukan?Di Malaysia, penentuan awal bulan Islam (Qamariah) bagi tahun Hijriah berdasarkan kepada kaedah Rukyah dan Hisab. Kaedah ini digunakan terutamanya bagi menentukan 3  bulan utama Islam iaitu awal Ramadhan, awal Syawal dan awal Zulhijjah. Bagi setiap bulan yang lain dari 3 bulan utama diatas, kaedah yang sama juga digunakan terutamanya bagi tujuan pembinaan Kalendar Islam.
3. Cara Penetapan Awal Ramadhan, Awal Syawal dan Awal Zulhijjah
Rukyah :

Rukyah ialah melihat anak bulan (hilal) pada 29hb di tempat-tempat rasmi seluruh Malaysia dengan mata kasar atau dengan bantuan peralatan-peralatan optik yang canggih seperti teleskop, teodolit, Total Station dan binocular dan dikendalikan oleh mereka-mereka yang pakar dan terlatih.

Pada petang 29hb Sya'aban, 29hb Ramadhan dan 29hb Zulkaedah pada setiap tahun, Jawatankuasa melihat anak bulan peringkat negeri akan melaksanakan rukyah di 28 buah tempat cerapan rasmi di seluruh Negara. Jawatankuasa ini terdiri daripada :

1.      Mufti Negeri (sebagai pengerusi dan ketua rombongan)
2.      Kadi Besar
3.      Pengarah Jabatan Ukur Negeri (beragama Islam) atau wakilnya (beragama Islam)
4.      Setiausaha Majlis Agama Islam
5.      Seorang Ahli Falak

Sekiranya hilal iaitu anak bulan kelihatan, maka keesokan harinya ditentukan sebagai  awal Ramadhan, awal Syawal dan awal Zulhijjah, tetapi sekiranya anak bulan tidak kelihatan,  hisab  kedudukan bulan yang berpandukan kepada kriteria Imkanur-Rukyah iaitu keboleh-nampakan hilal akan diguna-pakai bagi penentuan awal Ramadhan, awal Syawal dan awal Zulhijjah. Mereka yang terlibat dalam pengiraan kaedah ini juga adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam ilmu astronomi.
Tarikh melihat anak bulan dan penetapan tarikh puasa dan hari raya diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Malaysia dan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja melalui media masa menjelang tibanya tarikh berkenaan.
Hisab :
Hisab ialah menentukan kedudukan anak bulan (hilal) pada petang 29hb Qamariah berpandukan stesyen rujukan rasmi di Kg Ateamu, Sandakan, Sabah iaitu tempat paling timur di Malaysia dan stesyen rujukan rasmi di Tanjung Chincin, Langkawi, Kedah iaitu tempat paling barat di Malaysia.

4. Apakah Kriteria Imkanur-Rukyah?
Bermula tahun 1993, Negara-negara anggota MABIMS (Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura) bersepakat menerima-pakai kriteria Imkanur-Rukyah bagi menentukan awal Ramadhan dan awal Syawal, di mana sebelum matahari terbenam ijtimak (apabila bulan, bumi dan matahari berada di garisan atau longitud yang sama) telah berlaku pada 29hb  Qamariah  dan melalui perkiraan anak bulan dianggap boleh kelihatan sekiranya tidak terlindung oleh keadaan cuaca apabila kiraan memenuhi salah satu syarat-syarat berikut:


 
·        Ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang daripada 2o dan jarak lengkung bulan-matahari tidak kurang daripada 3o atau
·         Ketika hilal  terbenam, umur hilal tidak kurang daripada 8 jam (selepas ijtimak berlaku)
 
 
Pada tahun 1995 barulah penentuan awal Zulhijjah dan bulan-bulan lain dibuat berpandukan kriteria Imkanur-Rukyah.
Dalam erti kata lain, bagi menentukan awal Ramadhan, Syawal, Zulhijjah dan bulan-bulan qamariah yang lain, rukyah dan hisab berpandukan kriteria yang telah disebutkan tadi merupakan kaedah yang diguna-pakai di negara kita.

Awal bulan Qamariah (Muharram hingga Zulhijjah) bermula pada waktu maghrib (matahari terbenam) hari "terlihatnya" hilal. Kecanggihan teknologi dan perkiraan sekarang memungkinkan kita untuk membuat perkiraan tentang kedudukan bulan dengan tepat. Bagaimanapun, samada hilal boleh dilihat di sesuatu lokasi atau tidak agak sukar untuk dijangkakan. 
Kebolehnampakan hilal bergantung kepada beberapa faktor seperti keadaan cuaca, ketinggian bulan ketika maghrib, jarak lengkung bulan-matahari ketika maghrib, tempoh masa antara matahari terbenam dan bulan terbenam, pencemaran udara, peralatan optic, pencerap dan sebagainya. Oleh itu, kaedah penetapan kriteria Imkanur-Rukyah (Kebolehnampakan hilal) yang mengambil kira faktor-faktor tersebut digunakan bagi menentukan permulaan bulan Islam. Kriteria ini boleh disesuaikan berdasarkan laporan-laporan rukyah yang dibuat dari masa ke semasa.

Soalan    :  Kenapa pada hari pertama kita berpuasa atau berhari raya, anak bulan telah kelihatan besar   dan tinggi di langit? 
Jawapan:  Seperti yang telah dijelaskan, penentuan awal puasa dan hari raya adalah berdasarkan kepada rukyah dan hisab yang menerima-pakai kriteria Imkanur-Rukyah iaitu tidak kurang dari 2oketinggian di atas ufuk dan tidak kurang 3o jarak lengkung bulan-matahari atau umurnya tidak kurang dari 8 jam. Sekiranya pada waktu hilal terbenam 29hb bulan Islam, umur anak bulan  7 jam selepas berlakunya ijtimak dan ketinggian 1o dari ufuk, maka pada awal puasa atau hari raya, umur anak bulan menjadi 31 jam kerana ditambah dengan 24 jam dan ketinggian anak bulan menjadi 13o  kerana ditambah dengan 12o (untuk 1 hari ketinggian bulan 12o). 
Soalan    :   Waktu  kita di Malaysia adalah lebih cepat 5 jam dari  Arab Saudi? Mengapa puasa dan hari raya, mereka selalunya mendahului kita? 
Jawapan:  Kita berbalik kepada Kriteria Imkanur-Rukyah. Katalah ijtimak berlaku pada pukul 2 petang waktu Malaysia. Apabila matahari terbenam (katalah jam 7.00 malam), umur anak bulan pada ketika itu baru mencecah 5 jam atau ketinggian dari ufuk 1o dan jarak lengkung 3o. Keesokan harinya kita tidak berpuasa atau berhari raya kerana tidak menepati kriteria yang telah ditetapkan. Tetapi, apabila menjelang matahari terbenam di Arab Saudi, umur hilal tentu telah melebihi 8 jam dan pada keesokan  harinya mereka mula berpuasa atau berhari raya.


Oleh                 : Pn Saedah  Haron
Penasihat          : Prof. Dr. Mohd Zambri Zainuddin
Rujukan           : 1)  Dr. Azhari Mohamed (JUPEM)
                        : 2)  Unit Falak JAKIM



------------------------------------------------------------------------------------------------------

PUASA
http://hadisjakim.islam.gov.my/hits.asp?ID=960
  Tuntutan Berpuasa
  Kelebihan Puasa Dan Ganjarannya
  Rukun- rukun Puasa
  Perkara- perkara Yang Membatalkan Puasa
  Bulan Ramadan
  Qadha Puasa
  Puasa Sunat
  Puasa Yang Ditegah
lagi di http://faizar.onestop.net/ramadhan/

No comments:

Post a Comment