Pages

Sunday, April 18, 2010

Puaka enjin nombor 13




KETUKAN serta jeritan terus kedengaran di laluan bilik dandang nombor 13 hingga menimbulkan rasa ngeri dan seram bagi pelawat kapal Mary Queen hingga kini.


SEPERTI bahan artifak kuno, bangunan lama dan misteri individu, kapal turut menjadi saksi terhadap pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan.
Tidak terlepas, sebuah kapal yang sehingga kini menjadi sebutan orang ramai kerana dikaitkan dengan pelbagai insiden mengerikan.
RMS Queen Mary merupakan salah sebuah kapal yang dikatakan cukup hebat pada eranya. Ia memulakan pelayaran sulung pada 1936.
Sejak tahun itu, kapal tersebut sudah merentasi Atlantik lebih daripada 1,001 pelayaran termasuk menjadi kapal perang ketika Perang Dunia Kedua.
Menerusi laman web Ghost Source, terdapat beberapa tempat seram yang menjadikan kapal tersebut seperti berpenunggu sejak sekian lama.
Dikenali juga dengan nama The Grey Ghost ketika perang, warna yang terpantul dari badan kapal itu cukup memberi kesan menyeramkan dan mampu menyamar dengan baik ketika ia merentasi laut.
Berkecai tubuh
“Cerita paling popular terletak jauh di dalam perut kapal. Bilik kedap air nombor 13 paling digeruni. Menurut cerita, seorang petugas bomba bernama John Peddar yang sedang menggerudi terperangkap di dalam bilik itu secara tiba-tiba.
“Tekanan kuat dalam bilik itu menyebabkan tubuh Peddar berkecai. Ia berlaku pada tahun 1966,” lapor laman web tersebut.
Semenjak kejadian mengerikan itu, episod seram yang menghantui pekerja serta pengunjung kapal tersebut bermula dengan lebih galak.
Malah, pengalaman sepasang pelancong, yang bergurau mengajak roh Pedder bersama-sama mereka melawat kapal itu turut menerima padah.
“Sebaik hendak ke tingkat atas kapal, pasangan tersebut terasa wajah mereka seperti dipalit minyak gris. Lebih pelik, kapal itu telah lama tidak menggunakan bahan tersebut manakala pasangan itu langsung tidak pernah menyentuh minyak gris,” ujar laman web tersebut.
Penipu terbakar
Dalam versi lain membabitkan seorang anak kapal, John Henry yang menipu untuk mendapatkan kerja di atas kapal tersebut. Tidak lama kemudian, dia didapati terbakar secara tiba-tiba dan mati ketika bergelut memadamkan api.
Hingga kini, bunyi ketukan dapat didengar di samping cahaya api yang terang keluar dari bilik enjin nombor 13, lapor laman web yourghosttories.com.
Di bilik itulah lelaki tersebut menemui ajalnya, demikian catatan dalam laman tersebut yang tidak putus-putus dikunjungi peminat paranormal.
Kematian dan kehilangan aneh membabitkan kapal tersebut turut melibatkan kawasan kolam renang dan kabin penginapan. Kes paling popular ialah kehilangan seorang penumpang yang tidak dapat dijelaskan hingga kini.

QUEEN Mary kekal menyimpan teka-teki dan misteri aktiviti paranormal yang menuntut penjelasan meskipun berusia 50 tahun dan bertukar fungsi sebagai kapal hotel.


Pelacur mati
Kisah bermula selepas penumpang tersebut meminta seorang krew kabin mencari pelacur untuk menjadi teman tidurnya tetapi kejadian itu bertukar seram apabila tiba keesokan harinya.
Kru kapal yang ditugaskan mengemas bilik tersebut terkejut apabila menemui mayat wanita terbujur kaku atas katil tersebut. Lelaki itu pula, tidak dapat dikesan manakala beg serta daftar masuk lelaki tersebut turut lesap.
Bukan sekali kejadian itu berlaku, malah ia terus menghantui kru kapal tersebut hingga kini walaupun kapal tersebut telah berusia hampir 70 tahun.
Di samping itu, terdapat cerita lain yang terus terpahat dalam sejarah panjang kapal tersebut. Kali ini kelibat seorang wanita berpakaian seperti wanita era 30-an.
Menerusi laman web itu juga, Adolf Hitler sewaktu perang dunia kedua pernah menawarkan ganjaran AS$250,00 (AS$1=RM3.19) serta anugerah tertinggi ketenteraan kepada pegawainya yang mampu menenggelamkan Queen Mary.
Untuk mengelakkan kejadian itu, pengemudi Queen Mary berhempas pulas dan belayar secara zig zag di Lautan Atlantik hinggal akhirnya menyebabkan ia terlanggar sebuah kapal kecil milik tentera British, HMS Curacao.
Hantu askar British
Insiden tersebut menyebabkan 300 penumpang Curacao terbunuh. Meskipun terselamat, Queen Mary mengalami kerosakan teruk.
Lanjutan dari insiden tersebut, kapal itu kembali belayar namun suara-suara ngeri roh tentera Brtain yang terkorban mengerang dan menjerit mula kedengaran terutama di bahagian yang berlanggar dengan Curacao.
Kini, setelah kapal tersebut dilabuhkan secara kekal dan ditukar menjadi kapal hotel di Long Beach, California, bilik-bilik di aras paling bawah kapal dilaporkan masih mempunyai aktiviti paranormal.
“Ia seolah-olah menunggu satu kitaran kejadian berdarah untuk berulang kembali. Sesiapa pun tidak dapat menjangka bila,” ungkap penulis di dalam laman web itu.

No comments:

Post a Comment