Pages

Monday, April 12, 2010

Perihal MLM...


Gerakan Basmi MLM


Objektif:

* Mendidik dan menghalang masyarakat dari menyertai skim MLM dalam apa jua bentuk.


Pengertian MLM

* Secara umum ‘Multi Level Marketing' adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan).
* Biasa dikenali dengan istilah ‘Upline' (tingkat atas) dan ‘Downline' (tingkat bawah).
* Orang akan disebut ‘Upline' jika mempunyai ‘Downline'.
* Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat ‘vertikal' atas bawah mahupun ‘horizontal kiri kanan' ataupun gabungan antara keduanya.


Kenapa MLM adalah skim piramid?

* Lebih menitikberatkan aspek mencari downline dari menjual produk.
* Lebih ramai downline, lebih tinggi komisen, bukan komisen berdasarkan jualan produk.
* Anda mendapat komisen dari downline yang mencari downline, dimana anda mendapat komisen tanpa membuat kerja atau istilah 'atas angin'.
* Modal untuk menjadi ahli amat tinggi, dimana yuran keahlian lebih tinggi daripada harga produk yang wajib dibeli.
* Harga produk yang dijual secara pakej biasanya terlalu tinggi dari nilai produk tersebut.


Kenapa MLM adalah perniagaan yang kotor:

* Anda boleh menjadi kaya raya tanpa menjual produk, padahal syarikat-syarikat MLM tersebut selalu menyatakan bahawa mereka bukanlah skim piramid kerana mereka menjual produk.
* Anda dijanjikan pulangan berlipat ganda dengan kerja yang sedikit, tetapi hakikatnya lebih 90% dari yang menyertai MLM tidak mendapat balik modal.
* Anda diajar menipu untuk menarik bakal-bakal downline dengan janji-janji yang tidak masuk akal.
* Apabila anda menyertai MLM, anda memasuki satu 'sistem', bukanlah sebuah syarikat yang menjual produk sebagai 'nature of business'. Anda sebahagian daripada 'sistem' yang memanipulasi orang lain untuk keuntungan sendiri.
* Menjual produk dengan harga yang terlalu tinggi dari nilai sebenar.
* Segala kerja keras anda tidak berbaloi dengan pendapatan. Upline-upline mendapat pulangan berlipat ganda hasil usaha anda terutamanya pemilik syarikat MLM.
* Sistem 'pelan pemasaran' yang amat meragukan dari sudut Syariah.


Kenapa MLM perlu ditolak terutamanya oleh umat Islam:

* Janji-janji yang ditabur oleh upline anda hanyalah gimik semata-mata. Lebih daripada 90% ahli yang menyertai sesebuah MLM tidak mendapat kembali modal, apatah lagi untung.
* Terbukti merosakkan hubungan sesama manusia; kawan, sepupu, ibu bapa, rakan sepejabat.
* Anda perlu menipu untuk berjaya menarik masyarakat menyertai dibawah anda.
* Skim piramid yang bertopengkan MLM amat meragukan dari sudut Syariah.
* Pulangan (jika ada) tidak berbaloi dengan usaha anda, sedangkan upline yang mendapat komisen dari kerja anda. Anda pula hanya mendapat komisyen bila downline anda membuat kerja.


Alasan-alasan yang paling popular digunakan oleh agen MLM untuk menarik downline:

* Produk kami adalah produk pertama seumpanya di dunia.
* Kami bukan skim piramid, buktinya kami menjual produk.
* Jika anda gagal dalam MLM, itu kerana kelemahan anda sendiri, bukan kegagalan sistem MLM.
* Ini adalah peluang untuk anda menjadi jutawan dengan modal yang kecil.
* Waktu kerja yang fleksibel, singkat dan boleh dijalankan di mana-mana.
* Dengan pendapatan yang anda bakal lakukan dengan MLM, anda boleh bersara awal dan melancong ke seluruh dunia di usia muda.
* Pelan kami berbeza dengan MLM yang lain dipasaran. Pendek kata pelan kami unik.
* "Jika saya boleh, anda tentu boleh". Sebenarnya anda boleh menjadi jutawan hanya jika anda adalah orang terawal yang memasuki skim ini, iatu tidak lebih dari 10 orang terawal.


Kenapa syarikat MLM jarang dikenakan tindakan walaupun boleh dibuktikan mereka mengamalkan sistem piramid:

* Pemilik syarikat MLM tersebut mempunyai hubungan politik yang sangat kuat.
* 'Pelan pemasaran' yang sangat kompleks beserta dengan skim bonus yang pelbagai memudahkan mereka memutar belit fakta.
* Menyatakan bahawa mereka menjual produk sebagai punca pendapatan yang utama, walhal produk hanyalah pengalih perhatian dari operasi sebenar.
* Kurang menerima aduan dari bekas agen MLM yang gagal, kerana mereka sudah ditanam di dalam minda bahawa "jika anda gagal dalam MLM, ia kerana kegagalan anda sendiri, bukan kegagalaan sistem MLM."Jadi mereka berasa bersalah terhadap diri sendiri.
* Mempunyai dana yang besar untuk 'menutup' mulut pengadu-pengadu yang ingin membuat laporan.


Kenapa ramai yang taksub dengan MLM?

* Kononnya dengan memasuki MLM anda boleh mengecapi segala impian anda yang mustahil dikecapi jika anda bekerja makan gaji.
* Sesi motivasi setiap minggu tersebut mempunyai unsur-unsur 'mind control' (nyanyi beramai-ramai, istilah-istilah yang sama diulang-ulang)
* Disajikan dengan gambar-gambar orang-orang yang telah berjaya dalam bidang MLM yang mana hampir kesemuanya adalah palsu
* 'In state of denial.' Tidak sanggup mengakui kebodohan sendiri setelah menyertai skim MLM, lalu cuba memperbodohkan orang lain supaya nampak seolah-olah pandai.
* Kononnya MLM adalah jenis pasaran terbaru, yang mana jika anda lambat, maka anda akan ketinggalan. Perlu diingat bahawa MLM sudah wujud sejak awal abad ke-20, jadi tidak masuk akal untuk mengatakan bahawa MLM adalah gerbang baru pasaran runcit.
* Kebanyakan ahli yang memasuki MLM adalah dari golongan yang berpendapatan rendah, maka janji-janji bahawa mereka boleh menjadi jutawan dalam masa 2-3 bulan sememangnya akan membutakan hati mereka.
* Perlu diingat bahawa desakan boleh membawa kepada pemikiran yang tidak rasional.


Untuk renungan:

* Hampir kesemua produk yang ditawarkan oleh syarikat MLM berasal dari negara luar, biasanya Eropah. Ini adalah kerana jika anda ingin menyiasat kesahihan pengilang produk tersebut, agak sukar kerana jarak yang jauh. Halaman web, e-mail dan nombor telefon boleh dicipta oleh sesiapa saja. Pokoknya anda tidak boleh melawat kilang tersebut untuk melihat dengan mata anda sendiri.
* Logikkah harga sebotol minuman 'kesihatan' berharga RM300? Pernyataan bahawa ia mahal kerana menggunakan teknologi baru atau bahan mentah yang sukar didapati tidak dapat dibuktikan secara sahih. Sijil dan anugerah boleh dibuat oleh sesiapa sahaja.
* 8/10 daripada rakan/saudara/keluarga anda yang ada pengalaman dalam MLM pasti memberi komen yang negatif. Kenapa?
* Jarang- jarang kita mendengar arkitek, jurutera mekanikal, doktor atau juruterbang memasuki MLM. Sebaliknya semua datang dari golongan yang tak pernah 'cukup duit'.
* Di Malaysia, ada hampir 1700 syarikat MLM yang beroperasi secara sah dan haram.
* Berapa ramai yang bergelar jutawan hasil dari MLM?
* Jika anda menyertai MLM, anda lebih ditekankan mengenai 'sistem', bukan 'produk'.
* Hampir semua syarikat MLM menawarkan produk kesihatan.
* Jika peratusan yang gagal dalam MLM adalah 90%, adakah 90% rakyat kita bodoh?
* Kebanyakan syarikat MLM yang bertahan lebih dari 5 tahun biasanya mempunya cabang-cabang perniagaan yang lain seperti hartanah dan sebagainya. Tetapi syarikat yang semata-mata MLM akan tutup kurang dari 5 tahun.
* Cuba anda cari perbezaan skim Pak Man Telo dan MLM yang anda ketahui. Bandingkan perbezaan tersebut dan tentukan sama ada relevan atau tidak perbezaan tersebut.
* Piramid yang tidak mempunya 'tapak' akhirnya akan roboh. Anda tidak boleh membina sesuatu tanpa asas, ia pasti akan roboh.


http://basmi-mlm.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment