Pages

Sunday, April 18, 2010

Pak Lah, Minyak dan Illuminati



oleh Ibnuyaacob
 
Saya tertarik dengan komen dengan salah seorang pengunjung Blog D’ iaitu:
“Saya rasa kenaikan harga minyak dunia adalah permainan Rockefeller dan Rotchild.. Boleh tak ibnuyaakub merungkai permasalahan ini dan adakah masalah kenaikan harga minyak negara yg pertama kali dalam sejarah negara dlm kadar yg paling tinggi iaitu 78 sen. Adakah syarikat halliburton ini terlibat secara tidak langsung dgn kenaikkan harga minyak di malaysia? Harap penulis dapat memberi penjelasan.. TQ..”
Soalan ini berdasarkan kenaikan harga minyak Malaysia pada beberapa minggu lepas yang meninggi macam roket Soyuz. Range Boy (pengunjung) memberi pendapat bahawa kenaikan harga minyak dunia adalah permainan Rockefeller dan Rothschild.
Saya setuju dengan pandangan itu!!
Namun jika dilihat dalam konteks kondisi Malaysia yang mencapai kenaikan 78 sen seliter, kita tidak boleh terlalu terlatah dengan permainan syarikat-syarikat minyak Illuminati dunia.
     
Ya, memang benar minyak dunia dikuasai Rockefeller dan Rothschild. Hatta di Malaysia sendiri pun syarikat Exxon Mobil, Esso dan Shell sudah lama bertapak di Ketereh, Terengganu iaitu sebelum penubuhan Petronas lagi.
Dan jentera-jentera gergasi pelantar minyak di Laut China Selatan juga bukan teknologi atau hak milik Malaysia. Petronas sekadar tuan rumah yang menggunakan namanya dalam setiap cari gali. Petronas juga adalah gerai minyak baru zaman Tun Razak.
Tetapi saya percaya kenaikan kadar 78 sen di Malaysia yang diumumkan oleh Pak Lah bukanlah kesan dari tekanan syarikat-syarikat Illuminati ini hatta syarikat Halliburton sekali pun.
Mengapa demikian?
Kadar minyak di Malaysia ditentukan sepenuhnya oleh Perdana Menteri dan kambing hitam (scapegoat) di Petronas iaitu Dato’ Hasan Merican. Malah kenaikannya telah pun dijangka oleh para pemerhati politik sebelum Pilihanraya Umum ke-12.
Sebelum PRU12, dalam beberapa ceramah perdana, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun memperingatkan seluruh rakyat Malaysia tentang kemungkinan kerajaan Pak Lah akan menaikkan harga minyak pada 14 April 2008 dengan kadar 70 sen.
Jangkaan Anwar tepat, tetapi kadarnya lebih tinggi iaitu 78 sen, lebih 8 sen dari kadar jangkaan. Saya percaya Halliburton tidak terlibat dalam urusan kenaikan harga minyak Malaysia.
Kita perlu ingat, di dalam lembaga pengarah Petronas, barisan-barisan eksekutifnya masih lagi terdapat saki baki “orang-orang Anwar” (bukan bermaksud Anwar mengupah agen, tetapi ada sebahagian eksekutif yang sukarela membantu kempen Pakatan Rakyat) seperti mana di DUN Sabah.
Tanpa maklumat orang-orang ini, mana mungkin Anwar berani berceramah dengan fakta 70 sen kadar minyak akan naik.
Kita juga perlu ingat, Petronas pada zaman Mahathir tidak pernah menghantar akaunnya untuk di audit oleh Juru Audit Negara. Dan juga tidak pernah mengeluarkan zakat mengikut kadar yang sepatutnya.
Kenaikan Adalah Kehendak Pak Lah Sendiri
Sebenarnya kenaikan minyak adalah kuasa penuh Pemimpin setiap negara. Kenaikan minyak Malaysia adalah kehendak nafsu Pak Lah sendiri. Keputusan beliau pula dipimpin oleh produk karat dari Oxford iaitu Khairy Jamaludin.
Pak Lah mungkin perlu cari wang saku lebih untuk syarikat-syarikat menantu dan kroni-kroninya yang banyak menghadapi bill-out.
Zaman Mahathir juga harga minyak menjadi persoalan kerana kerap dinaikkan, setiap 4 bulan selepas pilihanraya, maka harga minyak diumum kenaikannya. Cuma kenaikan harga minyak zaman Mahathir tidak seganas Pak Lah. Dan kenaikan ini juga memeranjatkan diktator tua itu.
Kita perlu ingat, pada ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, maka harga minyak kekal RM 1.30 seliter. Selepas itu, Anwar atas arahan Mahathir menaikkan sedikit kepada beberapa sen tetapi menerima tentangan dari NGO, pembangkang dan sebahagian rakyat. Dan pada ketika Anwar jugalah prestasi ringgit berada keadaan paling terbaik dalam Malaysia iaitu RM2.50 untuk satu dolar.
Saya sarankan untuk meneliti ekonomi Malaysia dengan lebih tepat, sila baca Harakah pada ruangan ekonomi tulisan Dr. Rosli Yaakop.
Wallahu’alam
P/S : Saya berusaha untuk tidak memasukkan hal-hal berkaitan politik Malaysia di dalam blog ini, namun begitu, saya terpaksa juga menyentuh sedikit sebahagian darinya kerana terdapat sedikit perkaitan antaranya.
Categories: Yahudi di Malaysia

No comments:

Post a Comment