Pages

Sunday, April 18, 2010

Mason-Mason Melayu Bahagian VI





Dalam siri yang lepas telah diterangkan tentang senario yang terdapat di dalam medan pertempuran,sebagai mukaddimah kepada semua pejuang Islam tidak kira dari mana-mana organisasi sekali pun;Pas,ABIM,JIM,Tabligh dan sebagainya.Kekeliruan Wahabi dan bahaya fahaman Syiah juga telah diterangkan secara sepintas lalu.Kini kita menyorot lebih mendalam lagi apa yang ada di dalam medan pertempuran itu,di mana setiap pemainnya beraksi.





"Dell'arte della guerra"





cuba kau tanya Faisal Tehrani
apa maksud Syiah Imamiah
nanti dia menyergah
"ayuh...menangislah...menangislah!"
cuba kau tanya Teresa Kok
apa maksud Keistimewaan Orang Melayu
perlahan-lahan dia menyebut
"dua biji telur dan sedikit kuah..."

tanya pada Dr. Asri
Apa makna Wahabi
jangan pula keluar istilah
'mystery'
ini bukan mainan jargon-jargon
ini masa depan bangsa
apa Faisal Tehrani kata?

Bahasa Politik

siapa Voltaire?
siapa Jean Jacques Rousseau?
Mereka tidak faham apa itu

Dilema Melayu

ini bahasa politik
universalnya adalah

mencucuk jarum sendiri



SEorang penulis Itali,yang juga seorang negarawan dan ahli politik telah menuliskan di dalam sebuah karyanya yang terkenal di kalangan ahli politik dunia terutama diktator-diktator,tentang kecerdikan.Beliau menulis,"kaedah pertama untuk menimbangkan kecerdikan seorang pemerintah ialah dengan melihat siapa yang berada di sekeliling dia".

Ini ada benarnya,kerana adakalanya seorang pemimpin yang berkaliber dan berbakat boleh jatuh kerana sahabat-sahabatnya.JIka pemimpin itu amat rapat dengan isterinya atau teman wanitanya,maka perempuan tadi juga berupaya menaikkannya atau menjatuhkannya hingga jatuh tersepuk dan diinjak-injak hina.Para penyokong yang zahirnya menyokong dan menjulang pemimpin itu,pada masa yang sama boleh menjatuhkannya berdebab di atas jalan raya.Pemimpin yang bodoh apabila dikelilingi manusia-manusia yang cerdik,maka kemungkinan besar dia akan nampak cerdik.Pemimpin yang cerdik namun para pembantunya kesemuanya adalah manusia dungu dan biol,cenderung 'membiolkan' pemimpin itu mencapai tahap biola dan dia akan nampak bodoh.Ini berlainan pula dengan kes para pelajar dalam satu bilik darjah.Pelajar yang pintar apabila duduk bersama-sama pelajar-pelajar dungu,ini akan menyerlahkan lagi kepintarannya.Begitu juga pelajar yang dungu apabila sekelas dengan para pelajar pintar,ini akan membogelkan lagi kedunguan dan kelembapannya.

Namun dari segi sosial,hukumnya terbalik.

Ini yang terjadi kepada Pas.Setelah bertahun-tahun berjuang di arena politik,Pas nampaknya amat sukar untuk bernafas di dalam kotak undi berbanding pesaing utamanya yang bukan sahaja duduk selesa di dalam kotak undi,malah boleh 'kenyang memakan' kertas-kertas undi tersebut.Bertahun-tahun Pas dan DAP berjuang secara berasingan dan cara ini nampaknya seolah-olah hidup segan mati tak mahu.Berhadapan dengan era Mahathir (1981-2003) yang memakan masa 22 tahun adalah detik-detik yang teramat sukar dengan polisi Mahathir yang bijak mengawal media dan keunikan sikap diktatornya.



Dr. Mahathir adalah contoh seorang negarawan.Beliau bukan sekadar ahli politik.Dr. Mahathir (Tun) adalah 'a statesman' bukan sekadar 'a politician' tambahan pula seorang doktor biasa.Dr. Mahathir bijak 'memakai' jawatan Perdana Menterinya.Walaupun menghadapi saat-saat sukar untuk ke puncak terutamanya ketika mengalami konflik dengan Tunku Abdul Rahman,nampaknya harga mahal yang dibayar Dr. Mahathir untuk kerusi Perdana Menteri Malaysia amat berbaloi.Bak kata pepatah,alah membeli menang memakai.

Dr, Mahathir adalah seorang 'diktator'.Ini tidak boleh dinafikan.Semua orang tahu sikap 'tegas' Dr. Mahathir.Namun,Dr. Mahathir adalah contoh seorang diktator yang berperisa kemelayuan.Kediktatoran Dr. Mahathir ada 'style' yang tidak akan kita jumpa pada mana-mana diktator dunia yang lain.Periksalah Fidel Castro.Kajilah Muammar Gaddafi.Tanyalah pada Pol Pot.Anda tidak akan jumpa seorang diktator versi Dr. Mahathir.Seorang diktator Melayu yang aneh.



'Diktator Melayu Terakhir'

Pakar sejarah Malaysia patut membuat tesis tentang gaya diktator Melayu Dr. Mahathir.Kemudian bandingkan dengan Sultan Mansur Syah,pemerintah Melaka.Bandingkan dengan Hayam Wuruk,Maharaja Mahapahit.Dr. Mahathir bijak mengawal keriuhan di dalam politik Malaysia.Walaupun keriuhan yang dasyat akibat bekas timbalannya yang 'memberontak',namun Dr. Mahathir mampu menanganinya.Ketika itu seorang 'diktator' lain tewas dengan reformasi,namun Dr. Mahathir mampu menentang arus reformasi tanpa menggugah takhtanya.Walaupun kita tidak boleh membandingkan masalah yang dihadapi Suharto dengan Dr. Mahathir (Indonesia adalah berkali ganda luas dari Malaysia dengan jumlah penduduk yang amat ramai) namun kita boleh melihat keupayaan Dr. Mahathir mengawal Malaysia apabila jatuh ke tangannya.Mengapa kita katakan Dr. Mahathir sebagai seorang diktator berperisa kemelayuan?Kerana kita dapat melihat ciri-ciri pemerintahan yang bersifat tabiat orang Melayu pada perilakunya walaupun dalam acuan seorang diktator.Inilah sebab mengapa beliau dihormati oleh lawan dan kawan.


Diktator China seperti Mao Zedong tidaklah seperti 'Kediktatoran Melayu' ala Mahathir.Diktator-diktator Komunis China amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.Musuh-musuh politiknya diracun dan diseksa seperti haiwan.Sebab itu Chin Peng pun merengek-rengek mahu pulang ke Sitiawan kerana dia pun tahu orang-orang Melayu tidak sekejam dan 'sebinatang' komunis China walaupun penduduk negeri China sebangsa dengannya.Apa salahnya jika dia tetap tinggal di China,bukankah dia hidup selesa di tanah air nenek moyangnya?Atau ada 'agenda' yang lain?

Diktator Kemboja tidak mengamalkan Kediktatoran Melayu versi Mahathir.Pol Pot membunuh dan menyeksa berjuta rakyatnya hingga berjaya mengumpul koleksi tengkorak rakyatnya buat tatapan pelancong.Diktator Arab juga gagal menghayati konsep Kediktatoran Melayu.Saddam Hussein tidak pandai berpolitik dengan Yahudi dan Amerika sehingga membuat 'Syaitan-syaitan Besar' itu terancam.Lihat Dr. Mahathir.Malaysia masih selamat walaupun beliau mengutuk Yahudi terang-terangan di persidangan antarabangsa.Diktator Parsi seperti Khomeini pun diprovok Amerika apabila 'cuba meniru' gaya Dr. Mahathir.Apa silapnya Khomeini?

Bezanya,Dr. Mahathir mengutuk Zionis Yahudi secara 'cakap berlapik'.Diktator Parsi mengutuk Yahudi dan Amerika secara kasar ala-ala Kisra Parsi yang suka berperang.Dr. Mahathir mewarisi kebijaksanaan Tun Perak yang menggunakan KELEMAHAN yang sedia ada,menjadi KEKUATAN yang membuatkan musuh terpaksa beralah.Inilah gaya Kediktatoran Melayu.Sopan,lemah-lembut tetapi berbisa.

Zionist-Communist seperti DAP pun tidak boleh berbuat apa-apa apabila berhadapan dengan Dr. Mahathir.Sudah berapa kali Projek Tanjung Lim Kit Siang gagal di era Mahathir?Apa rahsia Mahathir?Segala media tidak kira,televisyen,suratkhabar mahupun majalah menjadi zombie yang di AUKU kan setaraf budak-budak universiti yang masih terpisat-pisat mahu menghabiskan pengajian.Tidak boleh bersuara.Kena ikut saja.Nasib baik era blog dan internet masih hijau di era Mahathir.Jika tidak tidak tahulah apa nasib blogger-blogger politik yang bersepah di luar sana.Sedangkan Tuan Guru Nik Aziz pun melampiaskan rasa marahnya dengan blog politik yang menyinggung perasaannya,inikan pula seorang diktator 'seganas' Dr. Mahathir.Agaknya penulis blog itu sudah lama 'digelek di tengah jalan'.


Akibat era Mahathir yang amat memeritkan,Pas menjadi begitu trauma dengan perjalanan politik yang begitu lembab.Teramat sukar untuk mengubah perlembagaan negara seperti yang diidamkan Pas;menegakkan sistem Allah di muka bumi Malaysia.Kenapa sukar?Penulis Itali tadi ada menuliskan,"Harus difikirkan bahawa tiada yang lebih sukar dari mengatur,tiada lebih keraguan untuk berjaya dan tiada lebih berbahaya untuk dibawa menerusinya berbanding cuba untuk mengubah sesuatu perlembagaan"

Setiap perlembagaan yang disetujui pasti ada pendokongnya.Dalam kes ini pendokong perlembagaan Sekular Malaysia ialah para Sekular Melayu.Para Sekular Melayu ini ada ciri-ciri khasnya.Antaranya,kurang mengambil berat tentang agama sendiri,mengamalkan Dasar Pandang Ke Barat dalam soal pemikiran dan gaya hidup dan mengamalkan politik mengisi perut sendiri.Sebab ketiga itulah yang digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk memperdayakan para Sekular Melayu ini bagi mengikut segala kemahuan mereka.Taburkan wang dan harta,maka para Sekular Melayu ini akan ketawa terbahak-bahak.Pas nampaknya terpaksa menghadapi karenah para Sekular Melayu ini.Malangnya para Sekular Melayu ini teramat ramai.Ia tidak seperti jumlah orang-orang Melayu yang menjadi Islam Liberal mahupun Syiah Melayu yang masih minoriti ditahap bersembunyi.Para Sekular Melayu ini sama akidah,ibadat dan pegangan agama seperti umat Islam yang lain,namun berbeza pendapat mengenai undang-undang dan politik pemerintahan.Mereka lebih mengagungkan undang-undang manusia dari undang-undang Tuhan.Para Sekular Melayu tidak sembahyang atas batu ataupun menepuk-nepuk peha ketika habis sembahyang namun mereka tidak percayakan keberkesanan undang-undang yang 'dicadangkan' Allah di dalam AlQuran.Ini berbeza dengan golongan Islam Liberal,mereka bukan sahaja tidak percaya tetapi berusaha 'meliberalkan' undang-undang Allah tadi supaya sama dengan undang-undang nafsu mereka.


Pas cuba berhadapan dengan mereka secara politik.Namun gaya politik Pas agak kasar.Pas kekurangan dari segi 'public relation' dan gaya politik Pas meniru gaya Revolusi Iran.Akhbar Harakah dan ceramah berapi-rapi Pas membuktikannya.Padahal orang Melayu tidak sesuai dengan politik agresif gaya Arab,Parsi dan India ini.Hanya Anwar Ibrahim saja yang pandai membawa politik gaya Revolusi Iran ini hingga menyapu beribu-ribu orang Melayu menyokongnya.Orang Melayu suka diampu dengan kata-kata manis dan lembut.Orang Melayu tidak gemar dipaksa.diperintah dan dirotan-rotan.JIka dibodek dengan harta benda,lagi cair.Tetapi bukan semua.Ada segelintir sahaja.Sebab itu Barisan Nasional pandai menggunakan wang ketika pilihanraya.Sudah bertahun-tahun BN menggunakan taktik ini namun agak kurang berkesan di masa ini sejak polisi Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) yang berlembut dengan kebebasan media.Orang Melayu hari ini tidak lagi seperti orang Melayu dikala Dr. Mahathir menjadi 'raja'.Gaya pentadbiran Pak Lah yang agak liberal ditafsir oleh sesetengah pihak sebagai 'lembik',kurang tegas dan 'mengikut kata menantu'.Keterbukaan Pak Lah yang anti-diktator diambil kesempatan secukupnya oleh pihak Chauvinist dan Oportunis yang memerap dikala era Mahathir.Inilah masanya untuk beraksi!!

Soal DEB dan Hak Keistimewaan Melayu yang dahulunya hanya berani dibualkan oleh kaum-kaum lain di dalam kelambu ketika mahu tidur,kini menjadi perdebatan terbuka antara ahli politik dan NGO-NGO.Patutlah Dr. Mahathir menjadi teramat marah dengan NGO-NGO ini sehingga mahu 'menggelek mereka di tengah jalan'.NGO-NGO ini hanya bekerja untuk memporak-perandakan sosio-politik masyarakat.Mereka selalunya jarang memikirkan kesan terhadap keharmonian tetapi lebih memperjuangkan apa yang difikirkan betul pada mereka.Ahli-ahli politik Chauvinist dan Ultrakiasu mula terloncat-loncat memainkan isu perkauman yang menyentuh perasaan kaum Melayu.Golongan Ultrakiasu ini semakin dibayangi perasaan 'kiasu' akibat saka dari kiasu-kiasu di Pulau Singa lebih-lebih lagi apabila seorang ahli politik UMNO mengangkat keris.Betapa traumanya golongan Ultrakiasu ini dengan keris mengenangkan peristiwa keris-keris terbang 'mencucuk' mereka ketika Tragedi 13 Mei dahulu.Betapa sensitifnya mereka dengan keris padahal mereka tidak pula mahu belajar memahami betapa sensitifnya orang Melayu/Islam dengan isu babi,arak,azan dan hak-hak Keistimewaan Orang Melayu.

SEBENARNYA GOLONGAN CHAUVINIST SEPERTI ULTRAKIASU DAN PENGGANAS LTTE HANYA BERJUANG ATAS PERUT SENDIRI BUKAN UNTUK KAUMNYA DAN KEHARMONIAN NEGARA.

Hari ini kita lihat pemimpin Hindraf menyaman seorang pemimpin politik dan akhbar-akhbar.Menariknya,yang disaman itu adalah pemimpin DAP dari kaum India sendiri.Antara akhbar yang disaman oleh Hindraf adalah akhbar-akhbar India,The Star dan portal Malaysiakini.Ini terjadi kerana kononnya Hindraf telah melesapkan wang hasil sokongan pihak-pihak yang bersimpati dengan perjuangannya.Klise dalam drama Tamil nampaknya ditayangkan sekali lagi.Adakah Hindraf telah tersalah saman?SEpatutnya Hindraf menyaman Utusan Malaysia bukan Malaysiakini.


Golongan ini sebenarnya amat suka berbohong dan hipokrit.Mereka suruh kerajaan hapuskan ISA.Mereka berkokok dan mengajak orang Melayu berkokok sama apabila ramai orang termasuk pemimpin politik mereka ditahan di bawah ISA.Padahal sudah bertahun-tahun orang-orang Melayu berjuang sendirian untuk pembebasan mangsa-mangsa ISA sejak dari Operasi Lalang hinggalah Peristiwa Al-Maunah.Namun yang kasihannya orang-orang Melayu hanya berkokok sendirian.Bagi golongan Ultrakiasu dan pengganas LTTE ketika ini "mind your own business".Namun percayalah,apabila golongan Ultrakiasu naik memerintah,mereka akan wujudkan ISA ini tetapi dalam versi mereka.Mereka akan disiplinkan rakyat Malaysia dengan gaya Komunis Moden.Lihatlah pemerintahan Lee Kuan Yew di Singapura.Gaya ini sesuai dilakukan di sebuah pulau kecil dengan orang Melayu menjadi minoriti dan kaum Cinanya yang menghambat harta benda tanpa pandang kiri dan kanan apatah lagi menyentuh soal sensitiviti.TETAPI INI AMAT TIDAK SESUAI DILAKUKAN DI MALAYSIA.

Mengapa mereka suka berbohong dan bersikap hipokrit?Penulis Itali tadi ada jawapannya:

"Kelicikan dan pembohongan seringkali menyerlahkan khidmatnya berbanding cara kekuatan"

Namun Pas tidak mengkaji masalah ini sedalam mungkin.Demokrasi bukanlah tempat orang-orang yang jujur dan warak.DEmokrasi bukanlah arena untuk si lurus bendul.Demokrasi adalah kandang 'babi-babi' berbulu ayam berkeliaran di dalamnya.



JIka Pas tidak berhati-hati dalam soal ini maka Pas akan tersantap 'babi-babi' berbulu ayam ini.Pas mesti pandai membaca permainan mereka ini.Ibarat bermain Poker,Pas kena tahu peraturan dan helah-helah permainan ini baru boleh bermain semeja dengan pemain-pemain lain.Kini Pas dilihat begitu asyik dengan apa yang didapatinya setelah bertahun-tahun berjuang.Tidak dinafikan,apa yang didapati oleh Pas hari ini lebih baik dari era Ustaz Fadhil Nor dan pemimpin Pas sebelumnya.Pas dan DAP tidak akan duduk semeja kecuali atas 'rahmat' suatu peristiwa.Apa dia?Reformasi Anwar Ibrahim.Nampaknya Anwar Ibrahim telah menjadi tok kadi untuk menikahkan dua parti yang amat berbeza ideologi ini.Bagaimana konsep Negara Islam boleh bercampur-maur dengan Socialist 'Malaysian Malaysia' State di dalam satu kawah gulai?Tidak tahu bagaimana tetapi Anwar Ibrahim memang chef yang pelik cara berpolitiknya.Mungkin jika tiada reformasi Anwar Ibrahim,Pas dan DAP adalah dua orang yang tidak sekepala selamanya.


Namun persoalannya,sejauh mana 'pernikahan mereka'?Adakah secara Mut'ah ala Syiah ataupun kekal hingga ke anak cucu?Adakah hanya propaganda untuk jatuhkan BN ataupun hingga menyentuh dasar-dasar parti?Selepas Umno dan BN dijatuhkan,bagaimana polisi kerjasama mereka?Dalam soal ini,Pas seolah-olah 'terpaksa' meliberalkan prinsip-prinsipnya demi menjaga kesatuan Pakatan Rakyat.Ahli Pas yang tidak berpuashati isu arak terpaksa dimarahi untuk menjaga hati DAP di dalam Pakatan Rakyat.Ini samalah seperti memarahi anak sendiri yang bergaduh dengan anak jiran demi untuk menjaga hati jiran sebelah padahal anak jirannya itulah yang memulakan pergaduhan.Pas menjadi terlalu asyik dengan kemenangan pilihanraya yang lepas hingga sanggup bertoleransi secara membazir kepada PKR dan DAP.Padahal kemenangan Pas dalam pilihanraya bukan diberi oleh Pakatan Rakyat.Allah Yang Maha Berkuasa yang memberi kemenangan kepada Pas.JIka Pas terpaksa membelakangi amal makruf nahi mungkar,maka ingatlah Allah Maha Berkuasa menjatuhkan Pas untuk pilihanraya seterusnya sebagai peringatan.Berpolitik biar bijak.Politik bukan seperti menadah kitab kuning di surau-surau.Politik adalah ibarat bermain santau.Jika bukan orang lain yang kena santau,tuan punya santau yang kena geruhnya.ALLAH MEMBERI PELUANG KEPADA PAS ADALAH UNTUK PAS MEMBUKTIKAN JANJINYA UNTUK MENEGAKKAN SISTEM ALLAH.


Namun jika Pas leka dengan permainan DAP dan PKR,alamat Pas akan menjadi sesat dan termalu sendiri.Ketika umat agama lain konsisten menggunakan peluang yang terbuka akibat orang Islam Malaysia terutamanya Melayu yang asyik berpolitik,Pas semakin ragu-ragu,termanggu-manggu untuk mengangkat tangan;setuju atau tidak malah perlu mengkaji dulu adakah pendirian Pas dalam sesuatu isu tidak menyinggung konsep Pluralisme DAP,kaum-kaum lain dan agama-agama lain.Biarlah Islam dibelakangkan asalkan hati-hati penganut agama lain dapat dijaga.Ini berbeza ketika Pas hanya memegang Kelantan dahulu,betapa bersemangatnya Pas menentang sikap Pluralisme Umno-BN seolah-olah Pas lebih Islam dari UMno.Tetapi apabila Pas berada pada posisi memegang beberapa negeri dan berkuasa memerintah negeri-negeri yang mempunyai penduduk bukan Melayu/Islam yang ramai,Pas menjadi terketar-ketar dan hanya mengikut telunjuk Pakatan Rakyat.Pas seolah-olah menipu diri sendiri.Penulis Itali tadi kembali menyambung:

"Manusia biasanya boleh membohongi diri sendiri dalam perkara-perkara besar,namun jarang sekali dalam perkara-perkara tertentu"


Perhatikan isu nama Allah yang direbutkan oleh organisasi Kristian yang ada agenda sendiri.Pas kena sensitif dengan isu ini bukan mempolitikkannya.Pas boleh mempolitikkan isu PPMSI dan bahasa tetapi BUKAN AGAMA.Tambahan pula Pas adalah parti berasaskan agama.Agaknya jika Umno dan BN bersetuju dan menyokong nama Allah ini digunakan oleh Kristian,maka mungkin Pas akan bertukar corak pendirian.Siapa tahu?Tujuan pihak Kristian merebutkan nama Allah jelas untuk tujuan dakyah atau lebih mudah sebagai usaha dakwah mereka,bukan sebagai hak asasi,kemanusiaan,liberal atau ntahapaapantah.Macam-macam alasan ahli politik Pas yang berfahaman Islam Liberal ini berceloteh.Sampai ada yang menunjukkan ayat Quran yang didakwanya bukti umat lain ada memanggil Allah bagi Tuhan mereka.Padahal umat Yahudi memanggil Tuhan mereka Yahweh,Elohim atau Jehovah.Kristian memanggil Tuhan Bapa sebagai God,Tuhan Anak sebagai Jesus dan yang ketiga adalah Holy Spirit.Inilah dinamakan Trinity.Ayat Quran itu membahasakan Allah kerana memudahkan kefahaman Nabi Muhammad.Sebagai contoh,

Orang-orang Yahudi berkata: "Uzair itu putera Allah" dan orang Nasrani berkata: "Al Masih itu putera Allah". Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dilaknati Allah-lah mereka; bagaimana mereka sampai berpaling?

(QS. at-Taubah (9) : 30)

Ini bukanlah alasan orang Yahudi dan Nasrani memanggil Tuhan sebagai Allah.Ayat ini adalah dalam konteks Allah s.w.t mengkhabarkan bahawa orang Yahudi dan Nasrani mengada-ngadakan pembohongan atas diri-Nya,maka Allah ketika menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad membahasakan diri-Nya sebagai Allah.Takkanlah Allah s.w.t berkata:

"Uzair itu putera Yahweh" dan orang Nasrani berkata: "Al Masih itu putera God". Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka...."

Sudah tentu apa yang ingin Allah maksudkan itu tidak difahami oleh Nabi Muhammad s.a.w dan orang-orang Arab Quraisy dan ini akan mengelirukan orang-orang Arab dan unta-unta mereka.Siapa Yahweh?Siapa pula God??Unbelievable!Like Ripley's Believe or Not!

Orang Yahudi dikenal membahasakan Tuhan sebagai Yahweh,Yehowa,Elohim atau Adonai.Adakah ahli politik tersebut tidak pernah belajar sejarah agama-agama lain?Nampaknya ahli politik ini perlu dipaksa menaiki mesin masa dan melihat sendiri adakah orang-orang Yahudi menyebut nama Allah di dalam Solomon Temple.Perkataan 'Allah' itu sendiri ada struktur binaannya dalam bahasa Arab dan bukan kata yang baru atau pelik dalam budaya orang-orang Arab,pada masa yang sama juga sebenarnya asing bagi orang-orang Nasrani,Majusi dan Yahudi.Vatikan sendiri tidak memanggil nama Allah bagi 'God' mereka.Hanya gereja di Indonesia sahaja dan Herald-The Catholic Weekly yang beria-ria mahu memakai nama Allah ini sebagai MEMUDAHKAN USAHA DAKWAH DAN DAKYAH MEREKA KE ATAS ORANG-ORANG MELAYU YANG DUNGU DAN ASYIK DENGAN HIBURAN.





Bayangkan apabila sampai masanya,orang-orang Kristian akan berkata:

"Mengapa pandang serong dengan kami?Tuhan kami Allah jua sama macam tuan-tuan,kami juga menyembah Allah.Kami tahu Allah itu Tuhan Semesta Alam.Dia yang mencipta kami dan tuan-tuan.Cuma kami juga percaya Jesus adalah Anak-Nya.Itu sahaja.Dan sebenarnya agama tuan-tuan sudah silap.Kristianlah agama yang benar kerana Allah sudah angkat Jesus sebagai Rasul-Nya bukan Muhammad.Muhammad sudah rampas takhta Jesus.Jesus ini lebih maksum dari Muhammad.Malahan AlQuran yang tuan-tuan baca itu adalah hasil karya Muhammad.Marilah kita bersatu atas nama Allah.Beriman dengan Jesus,nanti tuan-tuan diberkati-Nya.

Lagi satu,Tuhan Allah tidak memberatkan orang-orang yang sesat macam tuan-tuan.Bila bertaubat senang saja,tuan pergi ke gereja dan duduk dalam bilik kecil,nanti paderi akan datang dan tuan hanya perlu mengaku kesalahan.Father akan ampunkan dosa tuan-tuan dan tuan-tuan akan bersih dari dosa...berkat Tuhan Allah!"

Akhirnya Kristian akan diterima seperti Syiah,yang mengaku bertuhankan Allah dan bernabikan Muhammad namun membuat pelbagai bidaah dan kesesatan.Selepas itu ada orang yang bersimpati dengan Kristian,berpendapat orang-orang Kristian dan Islam semuanya menuju jalan yang sama iaitu Allah,cuma caranya yang berbeza.Yang seorang naik motor,yang seorang naik kereta...oh,tidak mengapa,akhirnya jumpa Allah juga.Buat apalah nak bergaduh-gaduh?Rasulullah tidak suruh umatnya yang menyembah Allah supaya bergaduhan sesama sendiri...

SEbab itu dalam kes ini,penting memahami makna kalimah Syahadah yang kita ucapkan dalam solat.Kita mengaku Allah adalah Tuhan dan kita mengaku Nabi Muhammad adalah pesuruhnya,tetapi mengapa kita redha dengan cara yang lain dari apa yang nabi tunjuk?JIka nabi s.a.w tunjuk kepada kita hanya menaiki helikopter sahaja cara untuk menuju Allah,mengapa kita kata cara bas,cara kereta dan cara motor pun boleh menuju Allah???

Tidak mustahil jika ketika itu umat Kristian mengadakan Hari Ratapan Jesus Disalib.Para peratap Jesus akan mencucuk-cucuk tubuh mereka dengan paku-paku.Mereka juga menyebat-nyebat tubuh sendiri mengenangkan tubuh Jesus yang didera oleh tentera Pilatus.Mereka akan menjerit-jerit "O Jesus...O Jesus....The Martyr.."(Ya...Jesus...ya Jesus....ya Syahida...).Maka orang-orang Melayu yang terpinga-pinga akan bertanya,mengapa?mengapa?

Orang Kristian akan menceritakan kisah-kisah The Passion of Jesus yang menyayatkan hati,lebih sadis dan sayu daripada kisah-kisah Karbala lantas berkata:

"JIka tuan boleh menangis kerana Hussein cucu Muhammad,mengapa tuan tidak boleh menangis kerana Jesus atau Isa ini,kerana dia adalah Rasul-Nya seperti Muhammad!!"

Ketika itu si Melayu yang dungu akan terlompat lalu berkata, "Ya...menangis...ayuh...menangislah!!" tanpa mengkaji siapakah yang berkata itu dan mengapa kita mesti bersama mereka.

Mengapa Pas tidak sedar perkara ini?Takut dengan bayang-bayang Anwar Ibrahim dan DAP?Adakah Pas semakin enak bermimpi?Lihat,ketika Pas bermimpi orang-orang bukan Islam sudah berani menentang fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.Dahulu ada istilah kafir-mengkafir,namun kini wujud pula istilah wahabi-mengwahabi.Syiah Melayu yang selama ini menyorok sudah mampu bergelak ketawa meng'wahabi'kan sesiapa sahaja yang menentang doktrin sesat mereka.Anehnya golongan Wahabi mengatakan tokoh-tokoh mereka (katanya Jamaluddin Al-Afghani adalah berfahaman Syiah) adalah ejen-ejen Yahudi dan British.Syiah pula mendakwa Sheikh Abdul Wahab adalah ejen British juga.Mana satu yang betul?

Dua-dua kepala tak betul.Menghuru-harakan pemikiran umat Islam tetapi bila bertembung menghuru-harakan diri masing-masing.Akhirnya menjadi cacamarba,cacamarca.

Pas harus bangkit dari tidur.Bak kata Magskin ACAB (kini menjadi Megat yang berserban dan berdakwah) dalam lagu 'Bangun',Pas harus bangun dari tidur yang panjang sejak reformasi Anwar Ibrahim hingga kini.Pas mesti mengkaji adakah sejak aku berkawan dengan DAP,ada menggerakkan selangkah untuk menegakkan hukum Hudud ataupun sistem Allah di muka bumi?Tepuk dada tanya iman sendiri.

Ingat kembali kata-kata penulis Itali ini:"kaedah pertama untuk menimbangkan kecerdikan seorang pemerintah ialah dengan melihat siapa yang berada di sekeliling dia".

Maka adakah DAP dan PKR selama ini menampakkan Pas bergerak lebih Islam dari sebelumnya?Tepuk dada tanyalah iman sendiri






tanya pada Khalid Samad
apa makna 'Allah'
jangan pula keluar istilah
Trinity
ini bukan mainan jargon-jargon...









*Penulis Itali itu ialah Niccolò Machiavelli (1469 - 1527)

No comments:

Post a Comment