Pages

Friday, April 2, 2010

JAWAPAN ARTIKEL ‘CINTA ASYURA DAN KARBALA’

Mohd Aizam bin Mas’od
Caw. Aqidah
Bah. Penyelidikan JAKIM
Penulis agak terkejut apabila terbaca artikel bertajuk ‘Cinta Asyura dan Karbala’
tulisan wartawan Utusan Malaysia, Helmi Mohd. Foad (HMF) bertarikh 7 Januari
20091. Apakah ia suatu dakyah Syiah atau keikhlasan untuk menyatakan
kebenaran? Kalau pun jawapannya sebuah keikhlasan, ia masih boleh diragukan.
Mengapa dibangkitkan isu aqidah Sunni-Syiah di sebalik apa yang melanda bumi
Gaza? Mengapa pula isu Palestin dikaitkan dengan semangat Asyura dan Karbala?
Apakah umat Islam perlu disyiahkan agar Zionis mampu ditumbangkan?
Jelas! Artikel ini hanya menyajikan fakta yang dangkal sama sekali. Tidak diketahui
sama ada ia ditulis oleh seorang penganut Syiah atau kerana tertarik dengan Syiah.
Menyeru umat Islam di sebuah negara berpegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah
supaya meniru sambutan Asyura dengan mengingati peristiwa Karbala seperti di
Iran, Iraq dan Pakistan adalah sesuatu yang biadap. HMF cuba beralasan dengan
mengiaskan sambutan tersebut tiada bezanya dengan sambutan Maal Hijrah yang
juga tiada dalilnya menurut al-Qur’an dan al-Sunnah.
Kiasan palsu yang direka oleh HMF ini langsung tidak mengenai ‘illah (alasan) antara
dua sambutan tersebut. Bukankah sambutan Maal Hijrah ialah sambutan
memperingati perjuangan Rasulullah SAW dan umat Islam dalam melakukan hijrah
dari Makkah ke Madinah al-Munawwarah. Tiada sesiapa pun di kalangan umat Islam
tanpa mengira apa jua ideologi dan mazhab yang mengingkari fakta sejarah ini.
Justeru, apa pula ‘illah sambutan mengingati peristiwa Karbala diadakan?
Perjuangan apakah sebenarnya yang mahu dibangkitkan melalui peristiwa tersebut?
Atau ia hanya satu bentuk penyesalan dan keinsafan yang kononnya mahu
ditonjolkan oleh satu pihak terhadap pengkhianatan yang dilakukan oleh tangan
mereka sendiri!
Bid’ah Asyura tajaan Syiah
Mengaitkan hari Asyura iaitu 10 Muharram sebagai hari memperingati peristiwa
Karbala juga amat menyalahi konsep kesyukuran yang dinyatakan oleh Nabi SAW
pada hari tersebut. Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh hadith Rasulullah SAW
yang sahih: “Rasulullah SAW tiba di Madinah, lalu beliau melihat orang-orang Yahudi
berpuasa pada hari Asyura (tanggal 10 Muharram), maka beliau bertanya: “Hari
apakah ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari yang baik. Ini adalah hari di mana
Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuhnya, maka Musa AS berpuasa pada hari
itu kerana syukur kepada Allah. Dan kami berpuasa pada hari itu untuk
mengagungkannya.” Nabi SAW bersabda: “Aku lebih berhak atas Musa daripada
kalian”, maka Nabi berpuasa Asyura dan memerintahkan puasanya”. (Riwayat
Bukhari dan Muslim)
1http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0107&pub=Utusan_Malaysia&sec=R
encana&pg=re_02.htm

No comments:

Post a Comment