Pages

Tuesday, April 27, 2010

Kesan Letusan Eyjafjallajokull Volcano di Iceland




Gambar Gunung Berapi  Eyjafjallajokull yang sedang memuntahkan laharnya

Kesan abu gunung berapi Iceland lebih buruk daripada yang dijangkakan. Abu yang muncul akibat letusan gunung tersebut telah melumpuhkan sistem pengangkutan udara Eropah.

Gambar ketika Gunung Berapi Eyjafjallajokull sedang menggelegak


International Air Transport Association (IATA) meramalkan syarikat-syarikat penerbangan menanggung kerugian pendapatan US$200 juta sehari. Ini tidak termasuk kos-kos lain melibatkan pejadualan semula dan penggunaan lencongan. Mungkin se baha gian syarikat akan terpaksa gulung tikar jika keadaan ini berterusan.

 Asap tebal menyeliputi pemandangan di sekitar Iceland

Kesan sebenar kepada ekonomi ialah kebekuan ekonomi akibat ketiadaan pengangkutan udara , bukan sekadar di Eropah malah di seluruh dunia. Tanpa pengangkutan udara , manusia tidak dapat bergerak untuk melaks ana kan tugas masing-masing , mesyuarat tidak berjalan , pertemuan terpaksa dibatalkan , persidangan dan perhimpunan besar terpaksa ditangguhkan. Sektor perkhidmatan dan pelancongan akan terjejas , tempahan hotel dan pusat peranginan terpaksa dibatalkan , kontrak tidak dapat dipenuhi.

Pengangkutan barangan tidak dapat dilaks ana kan , produk bernilai tinggi tidak bergerak , produk pertanian tidak dapat dihantar dengan segera , penghantaran produk kesihatan , perubatan dan saintifik tertangguh , sistem courier dan pos ekspres menjadi kelam kabut , alat ganti mesin dan kilang tidak dapat diperoleh.

 Pandangan dari udara - debu-debu hitamnya yang tidak mengandungi toksin ini sudah mula 'jatuh' di UK

Dalam surah ad-Dukhan , kita telah diberikan amaran baha wa kedatangan asap/kabut dari langit adalah sesuatu yang mengazabkan.
”Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata. Yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih. (Mereka berdoa): "Ya Rabb kami , lenyapkanlah daripada kami azab itu. Sesungguhnya kami akan beriman.” 
(Ad-Dukhan 44: 10-12)

Kita tidak mengatakan abu gunung berapi Eyjafjallajokull inilah yang dimaksudkan oleh Allah dalam ayat ini , tetapi yang penting , amaran Allah baha wa asap/kabut dari langit itu adalah salah satu azab bagi manusia dan merupakan salah satu tanda kedatangan kiamat.

Muslim perlu sentiasa sedar baha wa fenomena alam adalah tanda kebesaran dan kekuasaan Allah.

”Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi , dan pada pertukaran malam dan siang , ada tanda-tanda (kekuasaan , kebijaks ana an dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.” 
(Ali Imran 3: 190]

Bagi kita , letusan gunung berapi serta luapan abu terjadi dengan kudrat dan iradat Allah. Jelas kepada kita baha wa kuasa Allah jauh lebih tinggi , lebih hebat mengatasi kekerdilan teknologi ciptaan manusia. Kapal terbang manusia yang dianggap canggih tidak dapat terbang dan berfungsi hanya ker ana satu letusan daripada salah satu gunung berapi. Begitulah lemahnya manusia berbanding yang Maha Esa.

Debu dari Gunung Berapi Eyjafjallajokull boleh dilihat dengan jelas di laut berdekatan dengan Iceland

Sekarang ni , kilang kilang kita sudah mula kekurangan bekalan baha n baha n mentah akibat dari penerbangan udara yang tergendala rentetan dari letusan tersebut.

‘Kelumpuhan’ laluan udara melintasi Eropah ekoran abu gunung berapi , ‘menandingi penutupan besar-besaran’ perjal ana n udara yang dilakukan selepas berlakunya serangan 11 September 2001 ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC)

 Debu tebal menyelubungi kawasan ladang Dr angsh lid di Eyjafjoll , Iceland

Ketika ini , melalui kebanyakan negara Eropah , tidak banyak penerbangan beroperasi. Ia sudah pastinya menandingi penutupan secara besar-besaran yang dilihat selepas serangan ke atas WTC pada 9 September 2001. Selepas Al-Qaeda menyerang New York dan Washington pada 2001 , ruang udara Amerika Syarikat (AS) ditutup selama tiga hari , memaksa sistem penerbangan Eropah menangguhkan semua penerbangan rentas Atlantik.


--
Kekadang Allah menyempitkan
Supaya kita tak hanyut dalam kesenangan
Kekadang Dia melapangkan
Supaya kita tak selalu dipagut kesempitan
Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
Supaya tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya!


Jazakumullah Khairan Katsiran
Wassallam




This email is confidential and intended only for the use of the individual or entity named above and may contain information that is privileged. If you are not the intended recipient, you are notified that any dissemination, distribution or copying of this email is strictly prohibited. If you have received this email in error, please notify us immediately by return email or telephone and destroy the original message. - This mail is sent via Sony Asia Pacific Mail Gateway.


14 Images | View Slideshow | Download Selected | Download All  

 

No comments:

Post a Comment