Kita perlu melihat bahawa perbezaan yang besar terjadi dengan golongan syi'ah ialah akibat berbezanya kita dalam menilai sumber. Kebanyakan nas yang mereka dijadikan alasan oleh golongan syi'ah bagi membina mazhab atau pegangan mereka lahir dari sumber yang jelas tidak kukuh, tidak sahih berdasarkan kacamata kita. Perbezaan sumber dan pendekatan sumber membawa kepada world-view dan bentuk amalan yang berbeza. Dari segi kaedah pengambilan hukum, golongan Syiah menggunakan kaedah songsang. Mereka bermula dengan membina satu kerangka pandangan, pemikiran dan aliran yang diasaskan di atas motif dan sumber-sumber mereka sendiri. Kemudian mereka memilih hujjah yang sesuai dari kitab sahih kita untuk `justify' pegangan mereka. Misalnya mereka melihat imam-imam mereka sebagai ma'sum, himpunan 'hadis-hadis' oleh ulama mereka sebagai lebih tinggi martabatnya daripada himpunan hadis-hadis sahih yang berenam (sihah sittah) dan sebahagian sahabah yang meriwayatkan hadis dalam Kitab-kitab sihah sittah sebagai 'menyeleweng' dan `kafir' (astaghfirullah). Pandangan mereka yang sedemikian lantas menjadikan hadis yang diriwayatkan oleh sahabat-sahabat besar ini sebagai tidak sah dalam sistem usul fiqh mereka. Dari fahaman politik mereka, mereka membenci beberapa orang sahabat, semuanya dengan motif politik; Aishah (r.a), Abu Hurairah (r.a), Abu Bakar (r.a) dan Umar (r.a) mempunyai kedudukan yang terkutuk di sisi mereka, dengan sebab-sebab yang kita boleh fahami. Oleh itu, mereka mengumpulkan himpunan `hadis' lain yang dijadikan sumber rujukan utama yang boleh menegakkan motif politik mereka. Himpunan kata-kata oleh (kononnya) Saidina Ali (r.a.) dan imam-imam mereka yang lain diletakkan sebagai sumber rujukan sekunder yang penting dalam pegangan mereka. Himpunan-himpunan ini tidak menepati kriteria `sahih' yang dipersetujui oleh ulama-ulama hadis dari kalangan ahlus-sunnah. Sumber sedemikian bercanggah dengan prinsip-prinsip 'kekukuhan sumber' yang telah saya utarakan dalam bab-bab sebelum ini dalam siri ini. Nah, daripada sumber-sumber inilah mereka membina aliran, mazhab atau kerangka pemikiran mereka. Dari situ lahir cerita-ceriti sejarah yang pelik, kisah-kisah umpama hikayat penglipur-lara. Bagi kita yang mementingkan kesahihan sumber, kisah sebegini hanya layak dibakul-sampahkan! Tetapi Syiah mengutip kisah-kisah ini, menokok-tambah apa yang perlu dan kemudian memberikan kredibiliti dengan memberikan nama-nama kitab yang sedap disebut, memberikan title dan gelaran yang hebat-hebat kepada penglipur-lara berkenaan. Daripada sumber-sumber karut ini lahirlah pandangan mengenai sejarah awal kehidupan para sahabah yang berbeza daripada apa yang kita biasa fahami daripada kitab-kitab hadis sahih kita. Dari himpunan `hadis' mereka perjalanan hidup beberapa sahabah bertukar menjadi 180 darjah! Berdasarkan kerangka pemikiran ini, mereka ini datang melihat pula apa yang ada di dalam kitab-kitab hadis sahih kita dan mengutip HANYA hadis-hadis yang boleh dijadikan hujjah untuk fahaman karut mereka. Hadis-hadis ini mungkin tidak sampai 1% daripada himpunan hadis sihah sittah. Mereka tinggalkan lebih 99% hadis sahih lain yang memberi gambaran positif tentang Aishah (r.a), Abu Hurairah (r.a), Abu Bakar (r.a) dan Umar (r.a). Mereka tinggalkan lebih 99% hadis yang memberikan hujjah yang kuat tentang kelebihan para sahabat berkenaan, tentang pandangan Nabi terhadap mereka secar peribadi, tentang kelayakan Abu Bakar dan Umar terhadap kekhalifahan dan seumpamanya. Sebaliknya mereka kutip, putar belit dan mengambil hujjah secara out-of-context beberapa hadis sahih kita yang walaupun qat'i dari segi thubut (kekukuhannya) tetapi dhanni (kabur) dari segi dilalahnya. Hujjah yang inilah yang digunakan untuk menegakkan, justify, fahaman karut yang telah mereka bina berasaskan kitab- kitab karut-marut mereka. Di sini jelaslah bahawa kita dan mereka bertitik-tolak dari sumber yang berbeza. Maka akan berbezalah juga struktur kefahaman, pegangan dan amalan yang terbina di atasnya. Saya berkeyakinan kita tidak akan dapat mencapai titik pertemuan jika berdebat dengan mereka kerana mereka bermula dari lain, sedangkan kita bermula dari yang lain pula. Kita Bermula Di Sini, mereka bermula di Sana. Oleh itu, selayaknya kita ucapkan.. Lakum Deenakum wa Li yadeen. Baca lagi di sini: http://www.freewebs.com/omar61/khasmengenaisyiah.htm
Pages
▼
Bagus tulisannya tidak terlalu berat, sesuai dijadikan tahap pertama pengenalan syiah.....Tahniah.
ReplyDelete