Pages

Tuesday, April 27, 2010

Kaya kerana buku, filem Harry Potter

LONDON: Kuasa magis Harry Potter membolehkan pengarang
buku  dan pelakon filemnya meraih lebih 600 juta paun
 (RM3 bilion)  secara  keseluruhannya.
JUTAWAN...Grint (kiri) Radclife dan Emma.











JUTAWAN...Grint (kiri) Radclife dan Emma.

JK ROWLING...bilionair.

JK ROWLING...bilionair.


Novelis, JK Rowling dilaporkan meraih kekayaan peribadi
mencecah  519 juta paun (RM2.5 bilion) menerusi siri buku itu,
 menjadikannya  pengarang paling kaya di dunia ketika ini,
menurut  Senarai Orang Paling Kaya Britain yang dikeluarkan
akhbar Sunday Times.

Daniel Radcliffe, 20, yang membintangi filem adaptasi daripada
 buku JK, disenaraikan sebagai warga muda Britain kelima paling
 kaya dengan jumlah harta sebanyak 42 juta paun (RM207 juta).

Ia meletakkan dirinya di tangga lebih atas berbanding Putera
 William dan Harry yang menduduki tempat ke tujuh dengan
 harta peribadi masing-masing berjumlah 28 juta paun
(RM137 juta) dalam kategori 30 tahun dan ke bawah senarai itu.

Emma Watson, 20, yang memegang watak Hermione Granger
dalam  filem Harry Potter, disenaraikan ditangga ke sepuluh
dengan harta berjumlah 22 juta paun (RM108 juta).
Rakannya dalam filem berkenaan, Rupert Grint, 21, yang
memegang  watak Ronald Weasley pula menduduki tangga ke-12
dengan jumlah harta sebanyak 20 juta paun (RM98 juta).

Sementara itu, Robert Pattinson, 23, yang memainkan peranan
 sebagai  Cedric Dighisgory dalam filem Harry Potter and the
Goblet of Fire yang  diterbitkan pada 2005, berada di tangga
ke-14 dengan harta berjumlah  13 juta paun (RM64 juta).
Semua bintang Harry Potter itu mengalahkan penyanyi, Leona
 Lewis,
Charlotte Church dan Cheryl Cole yang masing-masing berkongsi
 tangga  ke-16 dan 20 dalam senarai Warga Muda Britain Paling
 Kaya.

Senarai utama yang dikeluarkan akhbar itu juga menunjukkan
pencapaian  golongan kaya United Kingdom sepanjang 12 bulan
 lalu walaupun Britain  bergelut menghadapi pemulihan ekonomi
yang rapuh.

Dalam tempoh setahun sahaja, kekayaan keseluruhan 1,000
orang paling kaya negara itu meningkat sebanyak 30 peratus
dan kekayaan mereka  meningkat lebih 77 bilion paun
(RM379 bilion) kepada 333.5 bilion paun  (RM1.64 trilion),
peningkatan tahunan terbesar dalam sejarah 22
tahun senarai itu.

Jumlah bilionair juga meningkat seramai 10 orang kepada
53 dengan  hartawan keluli, Lakshmi Mittal terus berada di
 tangga teratas selama enam tahun berturut-turut dengan
hartanya dianggar berjumlah 22,450 bilion paun
 (RM110 bilion). - Agensi














































No comments:

Post a Comment