Pages

Thursday, April 15, 2010

Kaabah terbalik!



Diceritakan oleh
Datuk Ustaz Haji Ismail Kamus

KIRA-KIRA tiga tahun lalu, semasa mengerjakan ibadat umrah saya bertemu dengan seorang jemaah perempuan. Wajahnya memang cantik dan masih muda orangnya. Dia datang mengerjakan umrah bersama suaminya. Wajah suaminya nampak agak tua tapi daripada air mukanya yang lembut memang nampak baik orangnya. Manakala si isteri kelihatan agak garang. Wajahnya serius dan tegas.

Apabila sampai di Makkah, wanita tersebut tetap dengan caranya yang sentiasa hendak mengawal suami. Yang anehnya si suami jadi semacam khadam - suruh duduk dia duduk, suruh makan dia makan, suruh mandi dia mandi ... macam lagu P. Ramlee. Dia tidak membantah barang sedikit pun kata-kata isterinya. Daripada gelagat mereka itu, boleh diringkaskan bahawa si isteri adalah ibarat 'nyawa' kepada suaminya cuma dengan ekor mata sahaja wanita tersebut boleh mengarahkan suaminya. Atau dengan hanya menjeling saja suaminya sudah faham arahan isteri.

Kami cuma dapat memerhatikan saja perangai wanita tersebut. Hendak dinasihatkan khuatir akan berlaku pertelingkahan kerana sifat wanita itu nampak garang. Kalau dinasihat tentu sekali dia menolaknya. Tapi Tuhan Maha Kaya. Jika perbuatan kita menyalahi hukum agama maka lambat-laun akan ditunjukkan juga oleh Allah S.W.T. Selepas beberapa hari berada di Makkah, wanita berkenaan asyik termenung sahaja. Dia lebih banyak mendiamkan diri dan melayan perasaan.

Perubahan pada diri wanita tersebut disedari para jemaah lain tetapi disebabkan terlalu sibuk dengan ibadat masing-masing, mereka tidak mahu campur tangan atau bertanya kepadanya kalau-kalau dia menghadapi masalah. Akhirnya kisah pasangan itu hilang begitu sahaja.

Namun selepas bersama-sama mengerjakan sai dan mula mengerjakan tawaf, bermulalah kejadian yang tidak disangka-sangka. Hari itu wanita tersebut mengajak suaminya melakukan tawaf berjalanlah mereka beriringan, tetapi sebaik menoleh ke arah kiblat, tiba-tiba wanita itu ini minta suaminya berhenti.

"Bang! Berhenti bang! Ke tepi! Ke tepi!"

"Apa kena dengan awak ni?" tanya suaminya kehairanan.

"Cuba abang tengok Kaabah tu. Eee takutnya! Saya takut bang, saya takut!" kata wanita itu sambil memaling muka ke arah lain dan menutup mata dengan kedua-dua belah tapak tangan.

"Nak takutkan apa, inikan Kaabah yang mulia," nasihat suaminya supaya isterinya tidak takut dan mencuba lagi untuk tawaf.

"Dahlah tu ... tak ada apa-apa. Mari kita tawaf lagi," kata lelaki berkenaan.

Wanita itu melangkah semula untuk tawaf, tapi baru beberapa langkah, dia berhenti semula.

'Ya Allah," teriaknya sambil berlari ke tepi kerana ketakutan.

'Kenapa dengan awak ni?' tanya suaminya. Dia kelihatan cemas.

"Abang ... Kaabah terbalik! Nak hempap saya! " jawab si isteri.

"Ahh awak ni. Mana ada, elok aja Kaabah tu. Jangan mengarutlah. Itu perasaan awak saja," kata suamimya. Begitulah yang berlaku beberapa kali hingga akhimya wanita berkenaan menjerit - jerit ketakutan. Jemaah lain tercengang melihat dirinya. Apabila menyedari sesuatu yang tidak kena dengan isterinya, si suami menasihatkannya supaya duduk di barisan jemaah untuk berehat seketika.

"Tunggu sini sampai saya selesai tawaf," kata suaminya.

Akibat masalah itu, terlepas peluang wanita tersebut untuk mengerjakan tawaf. Begitulah seterusnya selepas beberapa hari perempuan itu masih gagal melakukan tawaf dengan sempurna kerana setiap kali melihat Kaabah, dia melihat Kaabah terbalik dan hendak menghempapnya.

Semasa berada di Makkah, lelaki tersebut bertungkus lumus menenangkan perasaan isterinya. Tetapi oleh kerana ketakutan yang dialami wanita itu gagal disembunyikan lagi, lama-kelamaan ramai jemaah yang tahu kegagalannya untuk tawaf

Akhirnya pada suatu hari wanita tersebut datang menemui saya sambil menceritakan masalah yang dihadapinya sejak datang mengerjakan umrah tiga hari lalu.

"Begini ustaz, dah tiga hari saya berada di mekah tapi masalahnya saya gagal, nak tawaf ustaz", katanya dengan keluhan yang memberat di dada.

"Setiap kali saya nak tawaf saya nampak terbalik. Kenapa ustaz? Apa salah saya ustaz? Cerita perempuan berkenaan.

Saya berkata: "Agaknya awak ni ada menuntut ilmu salah (hitam)." Sengaja saya berkata demikian untuk menduganya. Pada agakan saya, mungkin Kaabah itu terbalik sebab dia mengamalkan ilmu yang songsang, Kemudian ilmu songsang itu yang membawa mudarat kepada diri pengamalnya. Tapi itu agakan saya saja.

Namun apabila saya berkata demikian, wanita tersebut termenung lalu tunduk seketika. Setelah beberapa lama terdiam akhirmya dia mengaku tentang perbuatannya yang lampau mengamalkan ilmu hitam bertujuan menundukkan suaminya.

"Saya memang bersalah ustaz. Sebelum ini memang saya ada menuntut ilmu untuk menundukkan suami daripada seorang bomoh," katanya dengan linangan air mata.

Wanita itu seterusnya bercerita: Ini semua gara-gara dorongan hawa nafsu semata-mata supaya sentiasa dipandang cantik oleh suami."

Katanya lagi, ilmu hitam yang diamalkan sejak mula - mula berkahwin dulu memang mujarab. Oleh kerana suaminya kacak dan lawa orangnya dia khuatir wanita lain terpikat dengannya. Melalul ilmu penunduk daripada seorang bomoh handalan dia berharap suaminya dapat dimiliki sepenuhnya. Sejak itu suaminya sentiasa menuruti segala telunjuknya. Akibat sihir itu, lelaki berkenaan yang dahulunya ramah-tamah kini diam menikus. Hitam kata isteri maka hitamlah katanya. Kalau putili katanya maka putihIah akhlmya. Tidak dibantah walau sedikit pun.

Dengan sihir itu wanita tersebut mula menghambakan suaminya pula. Disuruhnya suaminya memasak, membasuh, menyidal pakaian, menyiram pokok bunga, basuh najis anak dan macam-macam lagi. Tidak ubah suaminya itu dibuat seperti pembantu rumah.

"Dulu memang saya queen control. Tapi ustaz, sekarang saya dah insaf. Saya menyesal sungguh-sungguh dengan perbuatan saya dulu. Saya jahil hukum agama, ustaz," katanya dengan sedih. Saya lihat wanita ini menyesal sungguh-sungguh. Beruntung juga kerana dia bertaubat semasa berada di tanah suci buktinya Allah masih sayangkannya.

"Kalau begitu awak kenalah mohon ampun kepada Tuhan atas perbuatan menganiaya suami awak. Awak juga kena minta ampun dengan suami awak," balas saya.

Saya lihat wajah wanita itu berkerut. Dia menitiskan air mata di atas kekesalannya. Ketika itu juga dia mengucup tangan suaminya sambil memohon ampun di atas perbuatannya yang Ialu. Bagaimanapun lelaki berkenaan seorang yang baik lantas memaafkan kesalahan isterinya itu seolah-olah tiada apa yang berlaku sebelum ini.

"Tak usah menangislah. Tak guna. Yang dah lepas tu biarlah. Usah diungkitkan lagi. Semua orang berdosa, abang pun ada buat dosa pada awak," kata suaminya.

Beberapa hari kemudian barulah perempuan itu dapat mengerjakan tawaf dengan sempurna. Dia datang semula menemui saya.

"Terima kaslh ustaz, saya dah boleh buat tawaf", katanya.

"Baguslah," kata saya sambil tersenyum melihat gelagat pasangan berkenaan. Saya lihat wanita itu kelihatan begitu terharu sekali.

Malah dia semakin tekun beribadat. Hasil keinsafan itu, suaminya dilayan seperti raja. Tiada lagi arah-mengarah seperti mula-mula tiba dahulu. Hubungan mereka berdua juga begitu bersopan santun dan lemah lembut setelah mendapat hidayah di tanah suci.

"Dalam pada itu ada juga orang mempelajari daripada mereka ilmu sihir yang boleh menceraikan antara suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat dengan sihir itu seseorang pun kecuali dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka telah pun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka pilib untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui." Surah al-Baqarah 2: 102

No comments:

Post a Comment