Pages

Wednesday, April 28, 2010

Iblis, Syaitan dan Segitiga Bermuda dan Formosa



Mari kita menyusuri asal usul iblis. Iblis ialah keturunan para jin. Iblis berketurunan Ja’an, sebenarnya dia sangat pandai dan mirip malaikat`tetapi kemudian Iblis berperangai buruk dan sombong. Dari Iblis ini turunnya syaitan, Syaitan adalah jin tetapi tidak semua jin itu syaitan. Sebab jin sepertimanusia ada yang baik ada yang jahat.
Anak-anak IblisSetelah Iblis kahwin dengan Jin perempuan yang menjadi pengikutnya, lalu dari perkahwinan itu turunnya anak-anaknya yang kemudian di sebut syaitan. Iblis mempunyai 5 anak yang masing-masing diberi tugas tertentu.


1 Yang Tua sekali bernama 
Tsabar
Tugasnya ialah bertanggung jawab memberikan musibah yang membuatkan manusia menyesal, mengeluh, meratap dengan rintihan kebodohannya.

2 Yang Kedua bernama 
AI-A’war
Tugasnya bertanggung jawab.terhadap maharajalela perzinaan. Dia menggalakkan orang melakukan maksiat dan menganggap maksiat zina itu satu keseronokan.

3 Yang Ketiga bernama Maswath

Tugasnya menyebar kebohongan yang kemudian didengar oleh orang dan bohong itu disambung ke seorang yang lain. Sehinggalah bohong itu menjadi merebak berleluasa.

4 Yang Keempat bernama 
Dasim
Iblis yang menemani seseorang ketika dia menemui keluarganya lalu memperlihatkan aib dan malu pada diri mereka sehingga orang itu marah.

5 Yang Kelima bernama Zainabur

Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. Merekalah yang menyebarkan pertengkaran, caci mencaci, perselisihan dan bunuh membunuh antara sesama manusia.

Mereka ini masing-masing mempunyai kerajaan yang sangat besar dan megah. Ada menteri, pemerintah, ada pejabat dan mempunyai wakil-wakil dan pengikut yang sangat banyakjumlahnya.
Syaitan-syaitan di Kerajaan AirDunia ini 72 peratus adalah air, sedangkan daratan hanya 28 peratus. Manusia hanya mendiami daratan yang hanya satu pertiga dunia itu. Itu pun belum semua dihuni oleh manusia. Sedangkan Jin, Syaitan dan Iblis yang sudaah terlebih dahului menduduki dunia ini sudah membuat kerajaan-kerajaan yang megah di perairan, bahkan sebahagiannya mendiami di daratan.

Semua makhluk halus sangat suka tempat diperairan di mana ada pertemuan dua arus, baik sungai dengan lautan ataupun lautan dengan lautan.

Mengapa? kerana di antara keduanya terdapat batas. misalnya dua sungai yang mengalirdi Chatgam di Pakistan Timur menuju ke kota Arakan, Burma, kedua saliran sungai itu dapat dilihat secara jelas dan terpisah satu sama lain. Kedua sungai itu mengambiljaluryang terpisah. Fenomena in juga terdapat di sungai Gangga dan Yamuna di kota Allahabad. Penelitian dan kajian membuktikan terdapat hukum yang pasti dengan benda-benda yang mengalir yang disebut hukum “Surface tension” yang memisahkan dua arus yang mengalir ditempatnya.

Pembatasan kedua aliran ini akan menimbulkan medan magnet yang sangat disukai oleh makhluk halus.

Kerajaan Iblis di bumi Iblis pun ada pusat pemerintahan yang mengendalikanjalannya, aktiviti kegiatannya dalam melakukan aksi dan kekacauan terhadap anak keturunan Nabi Adam dan Hawa. kadang-kadang timbul pertanyaan di mana letaknya pusat pemerintahan Iblis itu?
Markas besar dan pusat pemerintahan Iblis di muka bumi ini terletak di dua tempat.

1 Di Segitiga Bermuda
2 Di Segitiga Formosa dan Sekitarnya
Kenapa diberi istilah Bermuda dan Formosa?
A. Segitiga Bermuda
Istilah Bermuda asal mulanya dimaksudkan sebagai nama untuk bulan ketujuh kalendar Mesir, iaitu Naisan. Pada bulan ini petani menanam tebu dan kurma. Istilah ini kemudian di gunakan untuk menunjukkan suatu Segitiga imajinatif yang terletak di Lautan Atlantikj Segitiga Bermuda mempunyai keluasan 770,000 kilometer dan terdiri dari gugusan puau-pulau yang berjumlah 350 pulau. Pulau-pulau ini tersusuun seperti untaian manik-manik. Beberapa teluk kecil merupakan hujungnya terletak seluruhnya di Lautan Atlantik, 930 kilometer dari daratan Amerika.

Puncak Segitiga Imajinatif Bermuda di bahagian utara, terletak di pulau Bermuda. Sudut tenggaranya terletak di Puerto Rico. Penduduk nya berbahasa Sepanyol, di samping bahasa Inggeris. Ibukotanya bandar San Juan, sudut barat terletak di Miami Florida.

Banyak kejadian misteri berlaku di kawasan ini, bahkan menurut para peneliti daerah ini, segitiga bermuda merupakan daerah Elektromagnet. Daerah ini juga digelar Kuburan Atlantik yang tidak boleh ditangkap oleh setiap or-ang yang melakukan kajian dan menganalisa misterinya. Di situ terdapat singgahsana Iblis.
B Segitiga FormosaFormosa ialah nama untuk sebuah pulau yang terletak 145 kilometer di sebelah Timur daratan China yang dipisahkan oleh Selat yang disebut Selat Formosa. Formosaa adalah China Nasionalis yang lebih dikenali dengan nama Taiwan. Luas pulau itu sekitar35,961 kilometer dan ibukotanya ialah BandarTaipeh. Formosa terkenal kerana kedudukannya yang terletak di tenggara sebuah segitiga yang dikenali dengan nama “Perigi Syaitan” atau juga dikenali “Pusaran Syaitan” di m ana disitu juga terjadi berbagai-bagai peristiwa di mana hilangnya kapal dan kapal terbang yang sama hebat misterinya dengan Bermuda.

Puncak Segitiga Formosa ini terletak di Pulau Gilbert di Laut Kuning, daerah ini disebut dengan “Kuburan Kapal dan Kapal Terbang”. Sudut Timur lautnya terletak di pulau Formosa. Segitiga Pusaran Syaitan Formosa disebut sebagai daerah yang lebih merbahaya dari Segitiga Bermuda.
Daerah Formosa merupakan kawasan Segitiga pusaran air yang tersembunyi. Bukti-bukti ilmiah menunjukkan bahawa kawasan tersebut merupakan pertemuan antara arus air panas dan air sejuk.

Bahkan ada rahsia yang terungka dari alam Jin. Semua tempat yang merupakan antara aliran air panas dan air sejuk adalah kawasan yang digemari oleh Iblis dan pembantu-pembantunya sebagai pusat pemerintahan kerajaan dan negara Iblis.





Seperti yang anda dapat dilihat dalam peta-peta di atas, kedua-duanya berada di garisan tengah Bumi dan satu di sebelah barat (Segitiga Bermuda) dan satu di sebelah timur (Segitiga Naga). Kedua-duanya seperti sudah dirancang dan ada maksud yang tertentu.

Kedua-dua tempat ini sangat popular dengan kehilangan kapal, pesawat dan kehilangan-kehilangan misteri lain apabila melalui kawasan tersebut. Tetapi bukan kesemua yang melaluinya akan hilang, tetapi sejarah banyak membuktikan betapa terlalu banyak yang sudah menjadi korban dan akhirnya sepi tanpa berita (missing in action) di kawasan itu.

Mengapa kapal atau pesawat boleh ghaib dengan tiba-tiba di situ?
Ini lah yang menimbulkan tanda-tanya ramai manusia dan pelbagai pendapat telah diutarakan.

1. Ada yang mengatakan kerana medan magnet yang menarik ke dasar laut, kerana tempat itu berada di garisan Agonik (Agonic line), di mana utara magnetik sama dengan utara geografik.

2. Ia juga merupakan tempat pertemuan arus sejuk dan arus panas, yang boleh mewujudkan medan magnet. Juga diakui adanya wap yang naik dari air kawasan tersebut.

3. Ada yang mengatakan kapal-kapal tenggelam kerana adanya gas methana dan terjadinya proses Methane hydrate yang mengurangkan ketumpatan air.

4. Adanya satu kawasan yang diberi nama ‘Blue Hole’, tetapi ia masih diragui kerana Blue Hole tidak mampu untuk menyedut kapal-kapal besar.

5. Terjadinya ribut dan ombak laut yang amat besar menenggelamkan kapal-kapal yang melaluinya.

6. Ada pula pendapat mengatakan mereka diculik oleh makhluk asing yang tinggal di situ.

7. Dan tidak kurang yang mengatakan mereka diculik oleh kerajaan jin dan iblis.

Maka teori sekadar tinggal teori. Tetapi pendapat yang terakhir itu ada banyak relevannya dari segi kerohanian kerana ada banyak sebab. Antaranya;

- Iblis dan jin telah banyak yang lari ke kawasan lautan dan dasar laut.

- Syaitan amat suka bermain-main di tempat antara cerah dan gelap, sejuk dan panas.

- Dajjal telah bersepakat dengan kerajaan Iblis, dan mereka mahu meniru dan melawan istana Nabi Sulaiman dahulu, lalu mereka bina singgahsana kristal di tengah lautan.

Maka timbul pula soalan, mengapa mereka mahu menculik manusia? Maka di situ tidak pastilah apa tujuan mereka. tetapi andaian-andaian boleh dibuat kerana mungkin mereka perlukan tenaga manusia untuk bekerja dengan mereka, mungkin mereka mahu mengkaji tentang tubuh badan manusia, mungkin mereka mahu mengawal manusia yang mereka culik itu dan menjadikannya spy bagi mereka dan macam-macam andaian lagi boleh dibuat kerana penculikan itu ada logiknya berdasarkan kepada banyak faktor.

Dan begitu juga dengan teori-teori yang berkaitan dengan sains tadi, semuanya ada logiknya. Cuma yang mana paling tepat masih menjadi misteri. Bukan sekadar misteri nusantara, tetapi Misteri Antarabangsa! Dan mungkin ia juga ada kaitan dengan misteri tenggelamnya benua Atlantis suatu masa dahulu.

Semua tempat yg merupakan pertemuan dua laut, yakni pertemuan antara aliran air panas dan sejuk, adalah kawasan yang dipilih oleh Iblis dan pembantu-pembantunya sebagai pusat pemerintahan kerajaan dan negaranya.
Seperti yg dimaksudkan oleh Nabi Muhammad saw. ketika beliau melarang seseorang untuk duduk di antara tempat yang panas dan yang teduh. Beliau mengatakan, “Itu adalah tempat duduk syaitan”.
Walaubagaimanapun terpulang untuk kita percaya atau tidak mengenai rencana ini. Kerana tiada sumber yang benar-benar tepat mengenai fenomena segitiga syaitan ini. Tetapi kita sedia maklum bahawa antara titik panas dan sejuk merupakan tempat kesukaan iblis dan syaitan.

No comments:

Post a Comment