Pages

Thursday, April 15, 2010

Harga Sekeping Duit Syiling



Pada satu zaman dahulu, hidup sebuah keluarga yang mewah, tinggal di pinggir bandar.  Keluarga tersebut terdiri dari seorang lelaki, Mansur dengan isterinya , Mardiah juga lima orang anak kesayangan mereka. Mansur bekerja sebagai pedagang yang berjaya. Dulunya beliau hanyalah seorang pekerja bawahan, tetapi hasil usahanya, menyimpan serba sedikit gaji yang didapatinya, juga hasil kepercayaan majikannya terhadap sikap amanahnya, majikan mansur meletakkan kepercayaannya pada mansur untuk memperdagangkan barangannya.

Hasilnya, keuntungan yang diperolehi Mansur sangat banyak, lebih dari kebiasaan yang didapati oleh majikannya sendiri. Bermula dari situ, banyak ekpedisi dagangan diletakkan dibahu Mansur, sehinggalah Mansur berjaya membuka sendiri syarikat perdagangannya sendiri.

Setelah beberapa lama, anak-anak Mansur hasil pernikahannya dengan Mardiah, semakin membesar. Dari hari ke hari, Mansur mendapati anaknya yang pertama tidak menunjukkan minat untuk meneruskan usahanya selama ini. Hanya anak-anaknya yang lain yang menunjukkan minta sama ada pada pengajian atau meneruskan usahanya selama ini. Anaknya yang pertama hanya duduk bersantai sahaja sambil menghabiskan masa-masa yang ada.

Suatu hari, Mansur ingin mengajar anaknya harga sebenar sekeping  duit syiling yang didapatinya hasil dari titik peluhnya itu. Ketika itu, matahari sudah mencapai segalah, Mansur menghias laman rumahnya dengan pokok-pokok bunga yang baru dibelinya.

Ketika sedang ralit pada kerja-kerja itu, anaknya yang pertama, khairul , keluar dari pintu rumahnya memakai kasut ingin berjalan-jalan keliling kampungnya.

Mansur tersedar seraya memanggil anaknya itu kesisinya.

” khairul, ayah mahu esok petang kamu memberikan ayah syiling yang paling berharga bagi kamu ”   ujar Mansur dengan nada agak tegas.

”ek..ek… duit syiling apa ayah?…emas?..perak?..” khairul agak terkejut dengan perintah ayahnya.

”ikut suka kamu , asalkan duit itu kamu rasa ianya paling berharga bagi kamu” kata Mansur sambil meneruskan kerjanya.


keesokannya, Khairul menceritakan kepada ibunya tentang apa yang diperintahkan ayahnya, sambil meminta ibunya agar membantunya.

Mardiah mengeluarkan syiling emas yang disimpannya, lalu diberikan pada anaknya.

Petang itu, Mansur mencari ayahnya di taman rumahnya, sambil membaca sekeping syiling emas yang diberikan ibunya pada sebelah pagi tadi.

”Ayah, ini duit syiling yang ayah maksudkan” sambil menghulurkan duit syiling emas pada ayahnya.

Mansur mengambil duit syiling emas yang diberikan anaknya, terus dicampakkan duit tersebut ke dalam kolam yang berada berhampiran tempat istirehatnya.

”Ayah tidak percaya ini duit syiling yang kamu rasa ianya paling berharga. Kamu perlu bagi ayah duit syiling yang paling berharga bagi kamu”

Keesokan paginya, ketika bersarapan pagi, khairul bangun seperti kebiasaannya, lebih lewat berbanding adik-adiknya. Menuju ke dapur untuk bersarapan sambil menceritakan apa yang terjadi semalam pada ibunya.

Ibunya, Mardiah memberikan duit syiling perak pula pada anaknya.

Petang itu, Khairul menuju ke taman di halaman rumahnya, tempat kebiasaan istirehat ayahnya.

”ayah, ini duitnya ”

Mansur mengambil duit syiling perak dari tangan anaknya, melihat-lihat duit syiling tersebut sambil terus melemparkan duit syiling itu ke dalam kolam di hadapannya.

”Ayah masih tidak percaya ini duit syiling yang paling berharga bagi kamu ”

Buat kali kedua, khairul merasa kecewa. Bingung dengan apa yang dikehendaki ayahnya.


Keesokan paginya, ketika bersarapan, kahirul menceritakan apa yang terjadi semalam pada ibunya.

” Mungkin rasanya, ayah kamu mahu duit syiling gangsa rasanya. tapi duit syiling itu tiada dalam simpanan ibu ”

”Jadi, macam mana ibu?  khairul mahu cari dimana duit syiling tu? ” khairul baingung juga takut jika tidak berjaya mendapatkan duit syiling gangsa seperti yang diaktakan ibunya.

” ibu tidak tahu, tapi mungkin jika kamu berjalan di bandar kamu akan jumpa ”

Khairul terus keluar pagi itu menuju ke bandar. Sedang dalam jalan-jalan, dia melihat satu papar tanda , mengatakan :

”’Pekerja diperlukan , upah tiga syiling gangsa satu hari ” Lorong siku tiga, Bangunan No 2.

Setelah dicari bangunan yang dicari, dan berjumpa dengan tuan punya iklan yang dimaksudkan, khairul mendapat kerja. Dia bekerja sungguh-sungguh, agar petang itu dia boleh memberikan duit itu pada ayahnya. Fikir khairul, mungkin ayahnya mahu dia memberikan duit gangsa.

Petang itu, khairul pulang , dicari ayahnya ditamannya, dan diberikan pada ayahnya.

”Ayahnya tanpa berbicara apa, mengambil duit tersebut seraya terus dibuangnya ke dalam kolam lagi, seperti hari-hari sebelumnya.

Khairul merasa tindakan ayahnya pada petang itu melampau , kerana duit syiling gangsa yang diberikannya hari itu, adalah hasil titik peluhnya membanting tulang sepanjang hari. Terus tanpa berfikir panjang, kahirul terjun ke dalam kolam tersebut, mencari-cari duit syiling gangsa yang dilempar ayahnya dengan mengusap-ngusap dasar kolam itu.

Sambil khairul terus mencari-cari duit syiling gangsa itu, ayahnya , Mansur berkata :

” Sekarang baru ayah percaya bahawa duit syiling yang kamu berikan itu adalah duit yang paling berharga bagi kamu.  Ayah tidak pernah menyimpan duit syiling gangsa. Dan ayah percaya duit itu kamu dapat dengan bekerja. Itulah harga sebenar duit syiling yang selalu kamu gunakan sebelum ini. ”

Ketika itu, khairul baru tersedar, apakah niat sebenar ayahnya menyuruhnya mencari duit syiling . Dia juga sedar bahawa betapa sukarnya ayahnya mencari kekayaan sehingga hari itu, dan ayahnya mahu dia menghargai apa yang dimiliki ayahnya itu. Betapa berharga duit syiling gangsa itu sehinggakan dia sanggup masuk terjun ke dalam kolam , yang tidak dibuatnya ketika duit syiling emas dan perak dilemparkan ke dalam kolam itu.

Sejak dari hari itu, khairul mula berubah sikap dan tabiat. Dia mula rajin bekerja untuk meneruskan usaha yang dilakukan ayahnya selama ini.

Nilai sekeping duit sangat berharga, dia sudah mula menghargai duit ketika sudah merasa susahnya mengapai sekeping syiling gangsa.

No comments:

Post a Comment