Pages

Wednesday, April 7, 2010

GERAKAN SYI'AH Dl NUSANTARA KINI



Oleh

Ust. Muhammad Rivai BatuBara

...............

THAILAND 

Dari 30 Mei hingga 13 Jun 1988 yang lalu, penulis bersama dua orang du'at telah pergi melawat Bangkok dan Thailand Selatan. Kami telah bertemu dengan Syaikhul Islam dan Perwakilan Rabithah Alam Islami di Bangkok dan dengan para du'at yang ada di Bangkok dan Thailand Selatan, di samping melawat kawasan-kawasan Yala, Pattani, Narathiwat, Stul, Trang, Pattalong dan Hadyai. Dari lawatan dan pembicaraan-pembicaraan tersebut dapat dikumpulkan tentang aktiviti-aktiviti Syi'ah di sana sebagai berikut; 

1. Di Bangkok kegiatan Syi'ah lebih ditumpukan di kalangan pelajar-pelajar Islam yang sedang menuntut di universiti- universiti, terutama universiti Ram Khanheang. 
2. Ada sejumlah pelajar yang dihantar ke Iran untuk mendalami Syi'ah dan setelah kembali ditugaskan untuk mengembangkan fahaman Syi' ah. 
3. Penerbitan Syi'ah “Dar Ahlul Bait" di Bangkok sangat aktif menerbitkan dan menyiarkan secara percuma risalah-risalah, majalah dan buku-buku Syi'ah dalam bahasa Siam, Arab dan Inggeris ke seluruh masjid, sekolah-sekolah Arab, sekolah- sekolah Kerajaan yang ada di Bangkok dan Thailand Selatan. Akhbar Al-Jihad disebarkan setiap minggu. 
4. Menyewa hotel-hotel selama dua atau tiga hari untuk membincangkan hikmah haji mengikut konsep Syi'ah, sehingga para peserta terpengaruh dengan fahaman mereka, seperti terjadi di Bangkok dan Nakhon. Juga mengadakan perbincangan yang berterusan dengan para pemuda dan pelajar. 
5. Di bandar Yala pada 27 Ramadhan 1408H yang lalu, mereka mengadakan demonstrasi dan berarak di sekeliling bandar Yala, dengan menjulang slogan-slogan Syi'ah dan gambar Ayatullah Khomeini dan pemimpin-pemimpin Iran untuk memperingati hari Quds. Para penunjuk perasaan didatangkan dari luar Yala dengan kerjasama pertubuhan pemuda di Yala dengan bantuan kalangan tertentu. Perarakan yang sama berlaku juga ketika memperingati hari Maulud Nabi sebelumnya. Ada beberapa orang tokoh di Yala berusaha mempengaruhi pemuda kepada Syi'ah. 
6. Di Pattani dan Narathiwat mereka aktif mengadakan ceramah -ceramah di beberapa tempat dan berusaha memujuk pemuda untuk dihantar belajar ke Iran. 
7. Di Stul, iaitu dekat kampung Salong, mereka baru saja selesai membangun masjid menjelang bulan Ramadhan 1408H. Masjid ini cukup menarik dan diberi nama masjid Al Imam al Baqir. Di dalamnya didapati kitab-kitab rujukan Syi'ah yang penting dan baru, selain batu-batu pipis kecil yang dipercayai dipergunakan pada waktu sujud dalam shalat mengikut ajaran Syi'ah. Dari maklumat yang diperolehi bahawa berdekatan dengannya akan dibuka sebuah madrasah. Berdasarkan kepada keadaan dan kedudukan masjid ini dipercayai bahawa ianya akan dijadikan pusat kegiatan Syi'ah di kawasan ini. 
8. Di dekat bandar Trang, sebuah lagi masjid Syi'ah bernama masjid Al Imam Al Mahdi, yang dibangun semenjak beberapa tahun yang lalu. Ketika kami sampai di masjid ini kami mendapati seorang guru muda yang telah mendapat pendidikan di Iran sedang mengajar sekumpulan pelajar-pelajar muda yang didatangkan dari berbagai daerah. Di dalam masjid ini juga penuh dengan kitab-kitab rujukan Syi'ah. Di sekelilingnya ada asrama pelajar yang dipenuhi dengan gambar Ayatullah Khomeini. Di dinding sebelah luar masjid ini ada tertulis: "Dengan namanya yang maha tinggi, bahawa Sayyid Muhammad Zaki telah meletakkan batu asas masjid Al Imam al Mahdi di Trang, Thailand: pada tarikh 10 Syawal 1405H/ 29-6-1985". Tulisan ini dalam bahasa Arab dan Siam. 
9. Selain dari itu pernah dilaporkan oleh sebuah akhbar di Bangkok, bahawa puak Syi'ah telah menggunakan masjid lama yang dibina pada kurun ke 17 di Pattani sebagai pusat kegiatan mereka. Pengikut-pengikut mereka didatangkan dari wilayah-wi1ayah Patta1ong, Trang, Nakhon si Tammarat dan Stul. Perbuatan mereka ini telah menimbulkan perbalahan di kalangan orang-orang Islam di Selatan Thailand, yang majoritinya pengikut Sunnah. Demikian dinyatakan oleh salah seorang anggotajawatan kuasa Hal Ehwal Islam di Yala. 

..................

INDONESIA

Selanjutnya untuk mendapatkan gambara yang lebih jauh mengenai perkembangan Syi’ah di Indonesia kini, penulis telah pergi mengunjungi Dewan Dakwah Islamiah Indonesia di Jalan Keramat Raya 45 Jakarta dari 24-28/1/1990 yang baru lalu. Di antara beberapa maklumat yang dapat penulis catitkan ialah:

1. Ekoran daripada revolusi Iran tahun 1979, ramai daripada kalangan angkatan muda, pada tahun 1980 telah dapat kesan kegiatan Syi’ah di Cempaka Putih Jakarta atas usaha seorang Doktor yang telah berhasil mempengaruhi sejumlah anak-anak muda dan mahasiswa.
2. Dengan tersebar luasnya buku-buku dan risalah-risalah yang datang daripada Iran, pengkajian terhadap Syi’ah dan pengaruhnya semakin meluas ke tempat-tempat lainnya.
3. Pada tahun 1981, beberapa orang pergi ke Qum Iran atas undangan Iran dan membawa pulang literatur Syi’ah serta mengembangkan fahaman Syi’ah di Indonesia.
4. Kini tempat-tempat penting yang menjadi gerakan Syi’ah ialah: Jakarta, Bandung, Tasikmalaya, Pekalongan, Jokjakarta, Surabaya, Bangil, Malang, Jember, Lampung, Palembang, Bengkulu, Padang, Medan, Ujung Pandang dan Menado.
5. Sasaran utama mereka untuk masa kini ialah para remaja dan mahasiswa, terutama mereka yang agak kosong dari asas-asas pengetahuan agama. Mereka sangat aktif mengadakan diskusi-diskusi dan perdebatan-perdebatan dalam majlis-majlis yang diadakan khas untuk itu. Di Bandung ada sebuah majlis ta'lim yang dikenali dengan Al Ashar sebagai sarana untuk membina fikrah Syi' ah di kalangan mahasiswa di bawah asuhan seorang cendiakawan dan penulis terkena yang menjadi pensyarah di UNPAD (Jalaludin Rahmat). Beliau dianggap sebagai marja' Syi'ah dan sangat aktif mengunjungi bandar-bandar dan tempat-tempat yang menjadi gerakan Syi'ah. 
6. Mereka juga telah berhasil membuka beberapa pesanteren. Di antaranya ialah pesanteren Yapis di Bangil, sebuah pesanteren di Pekalongan di bawah asuhan seorang alumni Qum. Mereka juga sedang mempersiapkan sebuah perguruan tinggi di Ciputat Jakarta. 
7. Mereka juga mempunyai beberapa penerbitan. Di antaranya ialah Yapi di Surabaya dan Al Mizan di Bandung yang sangat produktif menerbitkan buku-buku dan risalah-risalah mengenai Syi'ah. Di Jember Jawa Timur ada sebuah yayasan bemama Al Hujjah. 
8. Laporan dari Sumatera Barat mengatakan bahawa ketika ini pentolan-pentolan Syi'ah sangat aktif mempengaruhi para pemuda dan intelek yang kosong jiwanya, sehingga ada yang telah menukar namanya dengan nama-nama Syi'ah, menangisi gambar Khomeini di tengah-tengah keluarga dan meletakkan batu kecil di tempat sujud ketika shalat. 
9. Kahwin mut'ah telah berlaku di beberapa tempat seperti di Tanjung Periuk, di Cempaka Putih Jakarta Barat, di Cikoko Jakarta Selatan, Bandung dan Lampung. 
10. Pada 30-31/7/1988 te1ah berlangsung pertemuan Syi'ah se-Jawa di Wisata Kaliurang. Di antara keputusan yang dimbil ialah: 
a) Memperingati Ghadir Khum 
b) Mempersiapkan acara 10 Muharram 
c) Mendirikan sebuah pesanteran di Jawa Tengah 

No comments:

Post a Comment