Pages

Friday, April 16, 2010

Fatwa Para Sahabat Tentang Kewajipan Solat Jamaah



Fatwa dan Athar2 sahabat Nabi saw Tentang Kewajipan Jamaah

1. Sepakat para sahabat mengatakan bahawa sesiapa yg mendengar azan tetapi tidak mendatangi jamaah maka solatnya tidak diterima.

2. Fatwa Umar. “Sesungguhnya urusan kamu paling di sisiku ialah solat. Sesiapa yang memeliharanya dan memelihara atasnya (waktunya dan jamaahnya)…”. HR al-Imam Malik, hadith 5.

3. Ibn Mas`ud dan Ibn ‘Umar, athar masyhur, Solat jamaah 5 waktu syarat bertemu Allah sebagai muslim. Meninggalkan jamaah adalah sesat dan kufur. Tiada yg meninggalkannya melainkan munafiq. Hukumnya marfu`, tidak diambil melainkan dari Nabi saw. Ini hujah yg amat jelas tentang kewajipan solat jamaah. Sahih Muslim, al-Masajid wa al-Jama`at, hadith 1046. Abu Dawud, Tabarani, Lihat Majma’.

4. Solat jamaah termasuk sunnah2 hidayah. Mendapatkan hidayah adalah wajib.

5. Hatta org sakit pun dipapah ke masjid sehingga memasuki saff.

6. Ibn ‘Abbas, menyatakan abid yg meringankan melekehkan jamaah dan jumaaat masuk neraka. HR Tirmidhi, hadith 202.

7. Abu Umamah solat jamaah di masjid adalah termasuk jihad, jihad adalah wajib.

8. Abu Hurairah Org yg tidak hadir solat jamaah setelah mendengar azan, lebih baik dituang cecair timah panas kedalam telinga. (Sanad sahih). Tidak solat jamaah setelah azan adalah menderhakai Abu al-Qasim Muhammad saw haram. Menjauhi haram adalah wajib, maka jamaah adalah wajib. Muslim, 1047.

9. Ibn Mas’ud, Selesaikanlah hajat keperluan kamu dengan solat2 fardhu. Majma’ al-Zawa’id, Kitab al-Solah.

Lawatilah www.ustazabid.wordpress.com

No comments:

Post a Comment