Pages

Friday, April 23, 2010

Dua Rahsia Sulit Terbesar







Ini adalah penjelasan tentang masalah Vatikan, dunia Kristian, misteri okultisme dan kelompok rahsia (occultism and secret societies)

Setiap Paus yang dilantik di Vatikan mengetahui sekurang-kurangnya dua rahsia terbesar ini. Bukan sahaja Para Paus tetapi para Biskup dan paderi-paderi kanan termasuk pendakwah-pendakwah mereka juga mengetahui rahsia ini dari sumber-sumber yang tidak diketahui. Siapa yang tidak mengetahui adalah pengikut-pengikut Kristian yang dungu dan tidak dianggap elit oleh Kelompok Rahsia yang mengawal Vatikan dan Dunia Kristian itu sendiri. Ini kerana, dua rahsia ini adalah 'mantera' peringkat pencerahan agung ( Grand Illumination) dalam secret societies yang mengawal Vatikan. Kami panggil ini: Jigsaw Puzzle Kesesatan kerana di dalam Al-Quran orang-orang Nasrani(Kristian)adalah kaum yang menempuh jalan yang sesat. Kami mempunyai kepingan jigsaw puzzle sekarang dan ingin memberikan kepada anda untuk bersama-sama mencantumkan ia ke dalam 'Gambar Besar' kita.Jika anda tidak mahu mencantumnya sekarang,maka anda akan dipaksa mencantumkannya setelah anda menempuh kematian. Ini adalah satu permainan.
Ini adalah Mistisfiles.

Setiap Paus yang dilantik telah menempuh jalan-jalan 'kebenaran' mereka yang tersendiri. Dari peringkat pelatih (apprentice), paderi, biskup hinggalah mencapai pangkat Paus sebagai ketua umum Gereja Roman Katolik, sudah tentu banyak rahsia yang mereka ketahui.Dan sekurang-kurangnya dua rahsia terbesar ini telah mereka ketahui. Tetapi yang anehnya mereka terpaksa menyembunyikan rahsia ini. Amat terpaksa. Jika rahsia ini terbongkar, maka sudah tentu nyawa, kewibawaan, sumber rezeki hatta keimanan mereka kepada kristian itu sendiri akan punah-ranah.Begitu hebat kuasa yang terpendam di dalam dua rahsia terbesar ini sehingga para penulis, pengkaji dan pembuat filem berlumba-lumba mengorek rahsia yang terpendam ini.Rahsia-rahsia ini yang kami namakan 'jigsaw puzzles', adalah kesimpulan dari misteri di sebalik pergerakan syaitan Illuminati dan Freemason dan perkaitan mereka dengan Dunia Kristian.Terdapat banyak rahsia yang amat kompleks dan bersimpul-simpul di dalam beribu-ribu kisah, mitos, kos-kod rahsia serta harta karun terpendam, namun kami berikan dahulu dua keping jigsaw puzzle ini dahulu. Dua rahsia ini cukup untuk menjawab separuh misteri ini. Selamat Datang Ke Dunia Pemikiran Baru.

Tentu anda terlalu ingin tahu apakah rahsia terbesar yang disimpan oleh setiap Paus atau sekurang-kurangnya majoriti dari mereka. Kami akan memberikan ia kepada anda. Rahsia yang akan kami beritahu ini adalah bertaraf 'Rahsia Dalam Rahsia'. Anda akan bakal mengetahui Mantra Ajaib Pencerahan Agung ini sama seperti yang dipegang oleh Ketua Umum Illuminati atau Imam Besar berpangkat 33 Darjat Freemason atau para Mufti Iblis Commitee 300 ( Majlis Tertinggi pergerakan syaitan Freemason).

Sungguh!Para pengikut Freemason itu sendiri tidak mengetahui rahsia ini. Ini kerana sudah menjadi prinsip Freemason untuk membuka sedikit-demi sedikit rahsia (atau istilah Freemasonnya 'Pencerahan' - Illumination) selaras dengan peningkatan darjat mereka dalam pertubuhan. Dari kelab-kelab kecil mereka seperti Lion Club atau Rotary Club hingga ke Lodge-lodge Agung mereka, rahsia mengenai siapa Tuhan sebenar dan rahsia Alam Semesta akan dibuka satu-persatu.

Juga, para pengikut Kristian juga amat-amat jahil tentang Dua Rahsia Terbesar yang mati-mati disorokkan Imam Besar mereka; Paus Vatikan di dalam Koleksi Perpustakaan Diraja Vatikan sehingga diwujudkan banyak kod rahsia, lorong rahsia dan bilik rahsia dan segalanya misteri dan rahsia, untuk memadamkan Dua Rahsia Terbesar yang juga mendekati tahap Pencerahan Agung Sang Iblis Izazil Laknatullah ( The Azazel Watcher Lucifer of Fallen Angel). Jika anda betul-betul faham maksud di sebalik dua rahsia ini, ini akan memimpin anda kepada satu 'Zikir Agung' yang selalu diingati oleh Iblis Laknatullah dari era menjawat jawatan Ketua Malaikat (The President of Archangels) hinggalah menjadi makhluk terkutuk.Percayalah, zikir inilah yang selalu dikenang-kenang oleh Iblis sehingga ke saat ini, sehingga mengalirkan airmatanya...sesungguhnya Iblis tidak mampu merubah takdir yang ditetapkan kepadanya walupun menggunakan seluruh kekuatannya namun kita di sini, mahukah kita mengubah persepsi kita yang banyak menyesatkan atau bersama-sama 'takdir' Sang Iblis? Ingin kami maklumkan di sini, rahsia kedua ini amat sensitif kepada umat Kristian. Rahsia pertama juga sensitif, tetapi rahsia yang kedua melengkapi sensitiviti ini, sehingga para pengkaji konspirasi Kabbalah-Kristian cuba mengelak dari mendedahkan rahsia kedua ini, walaupun itulah keputusan yang berulang kali mereka temui dari 'makmal' penyelidikan mereka. Dua rahsia ini amat penting dalam mengungkap rahsia Da Vinci Code, Rennes le Chateau, Knight Templar, Rosicrusian serta golongan-golongan kristian awal seperti Essenes dan misteri skrol Nag Hammadi.

Dua rahsia itu adalah...

No comments:

Post a Comment