Pages

Monday, April 12, 2010

Doktor bantu 3,000 pesakit jadi tinggi




GAMBAR menunjukkan kaki seorang pesakit yang menjalani pembedahan untuk menambah ketinggian di klinik milik Bai Helong baru-baru ini.


SHANGHAI - Sejak 15 tahun lalu, seorang pakar bedah di China, Bai Helong berjaya memanjangkan kaki kira-kira 3,000 pesakit dari China, Amerika Syarikat (AS), Jerman dan Jepun.
"Saya sememangnya pakar dalam bidang ini," kata Helong di klinik swasta miliknya di sini.
Menurutnya, pembedahan pertama kali bagi menambah ketinggian dilakukannya di Kesatuan Soviet pada tahun 1950-an sebelum berpindah ke China tetapi ketika itu prosedur tersebut berbahaya kerana risiko jangkitan kuman selain hasil yang kurang memuaskan.
Kesatuan Soviet telah dibubarkan dan kini berpecah menjadi beberapa buah negara antaranya Rusia.
"Kini pembedahan itu selamat dan tidak melibatkan pemotongan sumsum tulang seperti dahulu manakala kami tidak pernah gagal sejak 1995," kata Helong yang mengenakan caj AS$11,000 (RM35,000) bagi pembedahan berkenaan.
Seorang wanita tempatan berusia 25 tahun, Dan Dan berkata, dia berpuas hati setelah ketinggiannya meningkat enam sentimeter daripada 1.53 meter setelah empat bulan menjalani pembedahan tersebut. - AFP

No comments:

Post a Comment