Pages

Tuesday, April 13, 2010

Bilangan paus kelabu menyusut



PAUS Kelabu muncul di permukaan air di lagun San Ignacio di Baja, Mexico. – AP


LOS ANGELES 12 April - Menatap ombak di tengah laut San Diego ketika musim melihat paus, kapten bot, Bill Reese terkejut dengan apa yang tidak dilihatnya. "Mana ikan paus?" soal Reese.
Setelah sekian lama berusaha, pasukan pencinta alam berjaya mengeluarkan paus daripada senarai spesies terancam pada 1994 dan paus kelabu California ini menarik ramai peminat untuk melihatnya dari atas bot atau tebing bagi menyaksikan mamalia gergasi ini berenang untuk bertelur di Baja.
Kapten melihat paus itu bagaimanapun terkejut apabila hanya lima paus sehari sahaja yang dapat disaksikan pada musim kali ini berbanding 25 ekor sehari sebelum ini.
Bukti anekdot itu menyebabkan penyokong pemuliharaan dan pegawai negeri bimbang tentang masa depan paus, terutamanya sekarang.
Pemantau kerajaan Persekutuan ke atas mamalia ini mendapati ia mengalami pengurangan sejak tahun-tahun kebelakangan ini.
Suruhanjaya Paus Antarabangsa pada Jun ini akan menimbangkan untuk membenarkan sebanyak 1,400 paus kelabu ini diburu sepanjang sedekad akan datang.
Keputusan itu bergantung laporan yang menyatakan bilangan spesies ini berkembang tetapi kajian itu dikritik sebagai ketinggalan zaman.
"Jika anda mengira 2,500 haiwan, anda akan pasti tidak akan ada lebih 2,500 binatang. Sebaliknya anda menggunakan model dan andaian," kata profesor biologi marin Universiti Stanford, Steve Palumbi.
"Masalah akan timbul jika anda katakan, kami tidak tahu berapa banyak paus yang ada dan kami akan mula membuat keputusan yang tidak boleh diubah berdasarkan asas tersebut," katanya.
Kajian andaian bilangan paus dilakukan setiap tahun sejak 1967 tetapi dalam beberapa dekad lalu, hanya tiga bancian yang dikeluarkan dan yang paling terbaru ialah pada 2006.
Sejak itu, anggaran jumlah anak paus telah jatuh daripada 1,000 pada 2006 kepada 312 pada 2009 dan pada 2000, spesies ini juga mengalami kematian beribu-ribu ekor.
"Anda tidak boleh membuat pengiraan spesifik untuk tempoh 10 tahun berdasarkan data 2006," kata Sara Wan, anggota Gabungan Paus Kelabu California yang juga pesuruhjaya perairan negeri.
"Ini tidak bertanggungjawab," katanya.
Pada Januari lalu, Suruhanjaya Perairan California mengesa Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan untuk mengemas kini kajian paus kelabu. Kajian telah dilakukan tetapi analisis tidak disiapkan. - AP

No comments:

Post a Comment