Pages

Friday, April 23, 2010

Antara Yahudi Orthodoks dan Pemimpin Arab



oleh Ibnuyaacob
(Gambar) King Ibnu Saud berbincang dengan bekas Presiden Amerika, Franklin D. Rosevelt di atas kapal perang USS Quincy.
Dalam soal membantu rakyat Palestin, pemimpin-pemimpin Arab dilihat amat bacul dan penakut. Mereka selalunya berselindung disebalik sumbangan derma yang banyak untuk tabung Palestin. Mereka juga berselindung disebalik forum-forum dan persidangan-persidangan antarabangsa yang membincangkan masalah Palestin. Tetapi pada hakikatnya, dalam masa yang sama mereka menjilat tangan orang-orang zionistyang berlumuran darah pejuang-pejuang Palestin.
(Kiri) Abbas dan sababat karibnya Olmert.(Bawah) Arafat mencium cincin Pope.
Pemimpin arab seperti Hosni Mubarak(Presiden Mesir) dan Mahmood Abbas(Presiden Palestin) sudah pun diketahui masyarakat dunia sebagai tali barut Israel yang paling akrab. Selain itu, bekas pemimpin PLO iaitu Yasser Arafat juga tidak terkecuali dari gelaran tali barut, tetapi akhirnya persahabatan dengan syaitan Yahudi itu tidak berakhir dengan ketenangan malah memakan diri.
Perubahan Sikap Yahudi Orthodox Terhadap Ideologi Zionis
(Atas) Yahudi Orthodoks di New York membakar bendera negara Israel semasa suatu demonstrasi yang diadakan.
Apa yang pelik sekarang ialah masyarakat Yahudi yang selalu dilaungkan oleh masyarakat Islam sebagai JAHAT! JAHAT! KEJAM! Sekarang ini amat berlainan sekali sikap mereka. Mereka mula membela masyarakat Palestin dan menyokong sebarang tindakan oleh Parti Hamas untuk kerajaan Palestin.


(Atas/bawah) Pertubuhan Naturei Karta menyertai demostrasi bersama rakyat Palestin untuk menyokong rakyat negara itu menentang pencerobahan askar Israel di Ramalah, Palestin pada November 2007 lepas.
Tidak cukup dengan itu, mereka secara terbuka menyatakan sokongan padu kepada Presiden Iran, Mahmood Ahmedinejadtentang sikap anti-Israelnya. Pergerakan yahudi orthodox yang diberi nama Naturei Karta ini tidak sahaja menyatakan sokongan melalui sidang akhbar tetapi melalui suatu lawatan rasmi yang dibuat di Tehran.


(Atas/bawah) Naturei Karta mengadakan mesyuarat bersama Presiden Iran di New York pada Isnin, 24 September 2007.
Mesyuarat tersebut berlangsung diIntercontinental Hotel, New York sempena kunjungan Presiden Iran itu. Dalam mesyuarat tersebut, pemimpin Naturei Karta iaituYisroel Dovid Weiss menyatakan usul sokongan penuh terhadap tindakan Iran menentang pencerobohan Israel terhadap Palestin. Dovid Weiss juga melaporkan, tindak tanduk Israel adalah bertentangan dengan ajaran suci Kitab Taurat. Malah menurutnya lagi, fahaman Zionis yang dipromosikan pemimpin Israel adalah terpesong dari akidah agama Yahudi yang sebenar.
Ini amat berlainan dengan pemimpin-pemimpin negara Arab yang melihat masalah Palestin dari jauh dan kemudian melempar sahaja duit-duit berminyak mereka itu. Tidak terkecuali juga beberapa pemimpin politik di Malaysia yang secara berani mengatakan bahawa tindakan pejuang Hamas meletupkan diri dan mengangkat senjata adalah tidak patut. Tindakan yang terbaik menurutnya adalah berbincang di meja rundingan.
Lebih memalukan apabila ahli politik dari Parti UMNO itu menyatakan pendapatnya dalam program Debat Perdana (rancangan kelolaan Dato’ Johan Jaafar) di hadapan seorang ahli panel berbangsa Cina (parti DAP). Dan yang lebih memalukan, ahli panel berbangsa Cina itu pula menyatakan sokongan terhadap Hamas.

No comments:

Post a Comment