Pages

Friday, April 16, 2010

8 Tanda Munafiq


al-Imam Ahmad dalam Musnad al-Mukthirin Min al-Sahabah mengisnadkan dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda,”Sesungguhnya orang-orang munafiq itu mempunyai tanda-tanda yang dapat diketahui.
1.penghormatan mereka adalah laknat (bukan mengikut sunnah)
2.makanan mereka nuhbah (rampasan dan dari cukai haram)
3.harta mereka adalah ghulul (hasil curi dan penipuan: mengambil harta awam, harta rakyat)
4.mereka tidak mendekati masjid2 melainkan jarang2 sekali
5.tidak mendatangi solat melainkan di hujung waktu
6.sombong, tidak mahu bermesra dan dimesrai (kerana Allah)
7.umpama kayu kayan di malam hari (membuang masa, kuat tidur, tidak solat fardhu dan tidak hadir majlis ilmu)
8.kecoh di siang hari.
al-Musnad, hadith 7585.
Tempat mereka di akhirat di dalam neraka yang paling dalam,wal ‘iyazubillah.
Ya Allah, kami berlindung denganMu dari shiqaq (menentang agama dan undang2 al-Quran), nifaq dan buruk akhlaq.
Lihat Abid bin Muhammad Nuur (t.t) , Min Turuq al-Wusul ila al-Shahadah wa Takhfif Sakarat al-Mawt, (t. pencetak), ms 24.

No comments:

Post a Comment