Pages

Monday, March 22, 2010

Rakyat Malaysia minum air karat


KOTORNYA AIR...




Bayangkan karat dan kotoran yang terlekat pada kain itu memasuki badan anda setiap hari. Apakah yang akan terjadi kepada anda dalam tempoh beberapa tahun akan datang? Sedangkan kajian yang dilakukan menyatakan bahawa air yang dikotori oleh pelbagai bendasing menjadi punya kepada pelbagai penyakit berbahaya terutamanya kanser.

Kain yang terlekat kotoran itu ialah penapis DIY saya yang letakkan pada saluran air ke mesin basuh di rumah. Tempoh masa kain yang putih melepak itu berubah warna menjadi sedemikian rupa hanya sekitar 3- 5 hari. Saya terpaksa berbuat demikian untuk mengelakkan kain terutama yang berwarna putih daripada dikotori karat yang ada pada air paip. Jadi mahu tidak mahu terpaksalah meletakkan sesuatu agar kain tidak kotor.

Syukur alhamdullilah kerana kami sekeluarga tidak perlu menggunakan air sekotor itu untuk minum dan memasak. Kerana kesedaran dan kesihatan kami menggunakan penapis air. Jadi, untuk membasuh ikan/sayuran, memasak, minum kami sekeluarga menggunakan air yang telah ditapis. Bagi yang berminat untuk membeli penapis tersebut, sila klik pautan ini.

Persoalannya, bagaimanakah air yang kita bayar bilnya setiap bulan menjadi sekotor itu? Kata syarikat pembekalan air, tangki simpanan air di rumah yang tidak diselenggarakan dengan baik menjadi antara punca air menjadi kotor. Walhal air kotor ini telah mula dikesan sejak minggu pertama kami sekeluarga menetap di rumah sekarang. Selain itu, logikkah tangki simpanan plastik yang menjadi punca air berkarat jika bukan kerana paip utama yang menyalurkan air itu sendiri yang sudah berkarat namun tidak ditukar sehingga menyebabkan keselamatan pengguna terancam?

No comments:

Post a Comment