Pages

Thursday, March 25, 2010

Penipuan Pusat Perubatan. Mengapa Tak Siasat?



Oleh Truckster
PENGGUNA








“MASIH anda ingat suatu ketika dahulu, gempar di kaca TV, seseorang yang mengaku ”Ustaz” dariPusat Rawatan Cakra Alam (terletak diTaman Maluri) menjalankan satu rawatan alternatif secara pelik dan meragukan? Mengikut kata-kata Ustaz tersebut beliau mengamalkan rawatan tradisional menggunakan tenaga dalaman.
Pelbagai teknik-teknik aneh dipaparkan kepada penonton yang tentunya bergitu teruja & kagum dengan kepakaran Ustaz tersebut, tahukah anda bahawa semua aksi aksi ini adalah tipu semata-mata?
Saban tahun beribu-ribu pesakit yang mendapatkan rawatan di Pusat Cakra Alam telah ditipu oleh Ustaz Arief yang licik ini. Pelbagai teknik-teknik aneh dipaparkan kepada penonton yang tentunya bergitu teruja & kagum dengan kepakaran Ustaz tersebut, tahukah anda bahawa semua aksi aksi ini adalah tipu semata-mata? Saban tahun beribu-ribu pesakit yang mendapatkan rawatan di Pusat Cakra Alam telah ditipu oleh Ustaz Arief yang licik ini.
Baru-baru ini Sekumpulan Penyelidik dari Korea & Pakar Psikik terkenal James Randi mendedahkan tentang penipuan Pusat Rawatan Cakra Alam. Antara penipuan yang didedahkan adalah:
1) Rawatan menggunakan telur
  • Meletakan telur di atas badan pesakit, apabila dipecahkan telur, kononnya terdapat darah kotor.
  • Apabila Pengkaji Korea memberi telur yang dibawa dari kedai, Ustaz Arif kata “kena guna telur ayam kampung”i. Apabila digunakan telur tersebut tidak terdapat pula darah atau apa-apa yang pelik.
  • Trick Penipuan – Suntik darah/pewarna kedalam telur menggunakan jarum halus, kemudian letak plaster kecik untuk menutup lubang kecil itu.
2) Rawatan cas elektrik
  • Meletakkan lampu kalimantang di sekitar anggota badan pesakit dan lampu akan menyala sekiranya terdapat cas yang tidak elok. Penggunaan test pen boleh menyala lampu, menanda kan ada pengaliran cas elektrik yang tidak stabil
  • Pengkaji Korea meminta Ustaz guna mentol bervoltan tinggi, tetapi tidak menyala.
  • Semasa rawatan menggunakan telur, beliau tidak memakai selipar, tetapi semasa rawatan elektrik, beliau memakai selipar (Pelik bukan?). Penyelidik Korea meminta untuk scan selipar Ustaz Arief dengan alat pengesan logam, tapi ustaz Arief tidak benarkan.
  • Cameraman pula merakam gambar kaki ustaz semasa tengah on off kan lampu, Cukup Jelas semasa On= ‘kaki letak’ dan Off = ‘Kaki angkat’.
  • Apabila Ustaz Arif tiada, Penyelidik Korea tersebut secara sembunyi-sembunyi menggunakan alat scanner, untuk scan selipar dan keputusannya scanner berbunyi menandakan terdapat alat di dalam selipar tersebut.
  • Trick Penipuan: Dalam selipar tu mengandungi barang electronic yang mampu membekal kan arus elektrik kecil dan tak memberi kesan renjatan pada badan manusia
Persoalannya disini mengapa Pihak-pihak yang berkenaan di Malaysia tidak membuat penyiasatan dan pemantauan sehingga ramai rakyat Malaysia yang telah jelas tertipu dengan Pusat Rawatan Cakra Alam ini.

No comments:

Post a Comment