Pages

Thursday, March 25, 2010

Islam sepanjang zaman




  • Sesungguhnya Allah dan Muhammad itu sentiasa disebut disepanjang zaman semenjak dari zaman Tok Adam lagi sehinggalah ke hari ini. Bermaksud Islam itu tidak pernah terputus begitu jugalah para penganutnya. Jika ada yang mengatakan pernah satu zaman diantara zaman itu tiada Islam maka berhati-hatilah dengan aqidah mereka. Secara tidak sedar mereka menafikan kebesaran Allah taala dan mereka telah lupa akan janji mereka. Ketahuilah tidak pernah lekang walau seditik mahupun seketika ingatan golongan ini daripada mengingati Allah dan rasulNya. (Ini kiranya kita mengambil sejarah para nabi yang terdahulu walaupun kita ini sebenarnya harus, takde pun takpe tak luak)

    Dalam mengambil penilaian sejarah hari ini ramai yang terlupa akan hakikat Islam sepanjang zaman ini. Jadi ramai yang bersetuju apabila sejarah mengatakan tok nenek moyang mereka Hindu tidak pun Buddha tidak pun pagan yang mengamal mistik. Tidak ramai yang mahu mengambil kedudukan bahawa tok nenek mereka dahulu adalah dari golongan yang beriman dan berpegang kepada tauhid. Perkara ini mungkin terjadi kerana pengikut Islam yang beriman pada setiap zaman itu selalunya dalam golongan yang sedikit.

    Oleh kerana itu jugalah tidak ramai yang berani tegak memperjuangkan sejarah Islam secara tegas malah tetap mahu memperjuangkan nama sebuah bangsa atau suku kaum dan berbangga pula dengan ilmu tahyul khurafat. Jika mereka memperjuangkan masalah itu mungkin benarlah mereka sebenarnya bukan dari golongan Islam sepanjang zaman. Maka silakan, hiduplah bersama kisah Paramewara Hindu yang selama ini memang telah ada dalam buku sekolah dan tiada siapa yang akan menghalang. Mungkin juga telah menjadi darah daging maka mereka wajib pertahan. Tidak salah kalau itu kenyataan yang diperjuangkan.

    Jadi siapakah pula yang akan memperjuangkan golongan yang bertauhid sepanjang zaman ini? Semestinya golongan ini ada dan sentiasa ada setiap masa. Golongan ini tidak pernah sesekali pun akan menerima tuduhan yang memfitnah darah daging dan tok nenek mereka dahulu - ia tidak pernah sesuai dengan jiwa mereka. Dan ini adalah masalah yang berkait rapat dengan jiwa. Dan perihal jiwa, bakat, mati hidup, jodoh dan rezeki ini telah pun ditentukan sejak azali lagi.

    Darah yang mengalir itu tetap akan menendang keluar apa saja racun yang cuba ditanam oleh puak-puak tahyul khurafat agen yahudi ini. Seperti mana tok nenek mereka dulu menjalankan tentangan sebegitulah juga mereka. Perjuangan dan pendirian tetap sama. Jadi memang ada beza antara dua golongan ini. Al-Quran dengan jelas memberitahu perihal ini dalam kisah Ashabul Kahfi.

    "Peliharalah keturunan dan darah daging kamu jangan dirosakkan," pesan seorang abang kenapa seorang adik enam belas tahun dahulu. Baru hari ini dapat difahamkan apa maksudnya.

    Cubaan indoktrinisasi, memfitnah dan memutuskan asal usul agama para sultan dan pemerintah asal di Tanah Semenanjung daripada Islam adalah lebih merbahaya, dan patut diambil tindakan buang negara, atau hukum bunuh, daripada mereka yang berusaha untuk membersihkan sejarah serta mengembalikan daulah Islamiah pemerintah-pemerintah terdahulu. Mana yang lebih baik mengkafirkan atau mengIslamkan? Jika tujuan mengIslamkan itu dianggap menghina maka jelas racun yahudi telah berakar umbi didalam sanubari dan kepala puak-puak yang pernah kafir ini tadi.  Jangan cuba bermain api, orang kafir tetap menjadi kayu api.

    Para pembaca yang dikasihi sekalian. Hari ini perlu sangat kita mengambil kedudukan dan pendirian jelas dalam hal berhubung dengan hal sejarah Islam ini. Memang akan terdapat penentangan puak-puak kafir yang cemburu terhadap Islam. Pilihan ini terletak diatas jiwa anda. Jika anda yakin bahawa anda tergolong dalam golongan Islam sepanjang zaman tidak perlu pun menjadi pandai sejarah seperti puak-puak yahudi yang akhirnya sanggup memfitnah dan membunuh Nabi mereka sendiri.

    Dan jangan pula kerana terlalu pandai sehingga memandai-mandai cuba mengkafirkan tok-nenek dan darah daging semua orang.  Sememangnya ada golongan yang tidak bersangkut paut dan tidak pernah juga ingin berbangga dengan dakwaan kafir serta menyeleweng yang cuba ditegakkan oleh sesetengah pihak. Mereka ini telah dipaksa menerima dan disuapkan sejarah songsang sejak awal lagi. Mereka juga bukan asalnya Melayu tetapi telah di Melayukan. Lihat kisah bukit Golan dibawah.

    Para pembaca sekalian, hati kecil setiap daripada kami telah pun mengambil kedudukan dan pendirian untuk berada bersama mereka yang berusaha untuk membersihkan dan menegakkan sejarah Islam realiti. Semestinya kami boleh duduk semeja dan berbual mesra.  Hanya jauhari yang mengenal manikam dan hanya jiwa yang asal mengenal usul tanpa rasa syak dan sangka.

    Sekian.

    *
    Melayu hari ini beruntung kerana telah diikat dengan Islam oleh perlembagaan Malaysia. Terima kasih kepada Allahyarham Dato Onn dan para sahabatnya kerana usahanya itu. Mana ada lagi dalam dunia ini Islam diikat dengan sebuah bangsa. Maka Dato Onn atas usahanya itu dan atas ketentuan Allah taala telah pun menzahirkan Melayu menjadi bangsa yang Islam sepanjang zaman. Itupun ketika itu ada juga pihak yang cuba membuka Melayu kepada semua bangsa di Malaya. Tan Cheng Lok pun mahu menjadi Melayu asal Jus Soli dibenarkan. Nyaris Dato Onn - yang berketurunan Turki-Melayu itu bertahan sedaya mampu. Jika ini berlaku sudah tentu Sammy Value pun Melayu barulah padan cerita Parameswara Melayu Hindu.

    Genggam kata-kata Dato Onn ini - “Umat Malayu jangan sembah kepada sesiapa melainkan Allah” - bukankah ini kata-kata Tauhid?


  • No comments:

    Post a Comment