Pages

Wednesday, March 31, 2010

ISLAM, KRISTIAN, YAHUDI DAN DAJJAL




Tertegaknya sesuatu hukum atau perundangan adalah terdiri daripada :


1. Dasar (Al Quran dan Hadis)

2. Perlaksanaan (Kanun Perundangan/Persidangan)

3. Penerimaan (Dakwah atau sebaran am kepada masyarakat)


Allah s.w.t, Tuhan semesta alam yang memilikki zat-zat yang Maha Hebat dan Esa wajib di sembah, ditaati dan diingati oleh sekelian makhluk. Sekelian makhluk bermaksud selain daripada Allah s.w.t yakni yang bersifat hamba yang terdiri daripada (contoh yang diketahui) alam akhirat, syurga, neraka, malaikat, manusia, iblis, syaitan, cakerawala dan hidupan di muka bumi. Allah menjadikan makhluk dan, makhluk itu melalui ilmu, amalan dan taqwa menjadikan dirinya Hamba Allah. Hamba-hamba Allah yang bertaqwa yang bersedia menjaga, membela, mempertahankan dan memakmurkan agama wahyu yang diturunkan Allah yakni Islam, secara perlahan mengangkat dirinya selaku Khalifah Allah di muka bumi.


Yang ditulis diatas adalah Dasar Aqidah. Pemahaman yang dapat dinyatakan adalah walau siapa pun jua yang bersifat makhluk, Tuhan mereka tetap sama yakni Allah melainkan jika Agama makhluk itu sendiri tidak mengaku wujudnya Allah s.w.t, atau mengaku wujudnya Allah tetapi sengaja mahu menentang Allah s.w.t. Yang bersifat makhluk itu pula terdiri dari 3 unsur jalannya :


1. Jalan (Agama) yang lurus

Agama wahyu daripada Allah sejak Nabi Adam a.s yakni Islam.

2. Jalan(Agama) yang sesat (mahu mengikuti jalan yang lurus tetapi tersesat)

Agama kaum Nasrani yakni Kristian.

3. Jalan(Agama) yang sesat dan menyesatkan

Agama dari golongan Yahudi.


Kaum Nasrani mengaku wujudnya Allah tetapi mereka tersesat kerana mempercayai Nabi Isa a.s itu anak Allah. Dan sebabnya mereka tersesat kerana mereka telah disesatkan oleh kaum Yahudi (golongan yang sesat dan menyesatkan). Dakyah kesesatan yang dibawa oleh kaum Yahudi kepada kaum Nasrani pada ketika zaman kerasulan Nabi Isa a.s (sekelompok yang masih mengikut Agama Nabi Isa a.s) ini berlanjutan sehingga hampir 200 tahun (dari tarikh Nabi Isa a.s diangkat kelangit), kemudian barulah wujud Agama yang bernama Kristian. Sebab itulah Allah s.w.t mengelarkan kaum Nasrani sebagai kaum yang tersesat. Mereka faham akan hakikat wujudnya Allah tetapi mereka disesatkan oleh Yahudi yang sentiasa menjadi sahabat Iblis dan syaitan.


Kaum Yahudi mengaku malah amat mengenal Allah s.w.t dari segi sifatNya dan adaNya. Tetapi mereka mengikuti jejak Iblis Syaitan sehinggakan mereka mahu menentang Allah s.w.t. Mereka mewakili kaum yang meneruskan dendam Iblis kepada Allah s.w.t dan anak cucu Adam yang telah menyebabkan beliau terusir daripada syurga. Lalu mereka sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan anak cucu adam tanpa mengira fahaman agama daripada menerima dan memahami Agama Wahyu Allah s.w.t yakni Islam.


Melalui kefahaman diatas, tidaklah hairan jika pihak Kristian Malaysia mahu menggunakan nama Allah sebagai Tuhan mereka kerana mereka sememangnya mengaku wujudnya Allah s.w.t. Tetapi mereka lupa/tidak perasan yang mereka adalah golongan yang tersesat.


Masaalah yang bakal timbul adalah dari segi “perlaksanaan dan penerimaan” apabila meletakkan sesuatu bukan ditempatnya. Di sini kita harus kembali kepada kaedah syariat.

Adalah teramat janggal, dan salah kaedahnya apabila meletakkan nama Allah terpapar di gereja, tertulis nama Allah bersebelahan tangkal salib malah tertulis nama Allah didalam media yang mensyiarkan agama Kristian. Sedangkan hakikatnya Agama Kristian itu sendiri adalah agama yang dikatakan oleh Allah s.w.t sendiri sebagai agama/golongan yang tersesat yakni yang mengaku wujudnya Allah tetapi Allah yang mempunyai anak. Dengan menyetujui media meletakkan nama Allah di dalam media Kristian seolah kita membiarkan nama Allah ditulis didalam majalah yang sesat. Tidak timbul masaalah mahu memperkenalkan Allah kepada golongan Kristian dengan membenarkan mereka menggunakan nama Allah didalam media mereka kerana pada hakikatnya Agama Kristian itupun sendiri sudah tahu Tuhan pencipta alam adalah Allah s.w.t. Ini akan menimbulkan fitnah yang besar terhadap nama Allah itu sendiri dan akan mengelirukan masyarakat Islam yang cetek ilmunya. Yang HAQ tetap HAQ, tidak boleh bercampur dengan yang BATHIL.


Jika kita melihat dunia sekeliling…...mengapa ramai orang di Eropah dan Amerika kembali menganut agama Islam (untuk golongan yg meminati hidup beragama sahaja)? Dari segi kefahaman tentang asal-usul agama Kristian, sememangnya begitu, manusia yang tersesat tidak selamanya akan tersesat kerana yang tersesat sentiasa berusaha mencari jalan yang lurus . Umpamanya jika mereka tersesat di dalam hutan. Adalah mustahil jika mereka mahu membiarkan diri mereka tersesat atau tinggal terus didalam hutan, melainkan mereka sentiasa berusaha mencari jalan pulang yakni jalan yang lurus. Lainlah halnya jika mereka redha atau seronok tinggal didalam hutan sehingga terus melupakan asal usul mereka. Sebab itulah syaitan sentiasa menciptakan keseronokkan dan kemewahan buat mereka yang tersesat. Tidak lain tujuannya supaya mereka melupakan jalan yang lurus iaitu lupa asal usul dan hiduplah mereka yang tidak menerima hidayah didalam kesesatan.


Lain halnya pula dengan kaum Yahudi. Mereka bukan sahaja tersesat tetapi juga kaum yang menderhaka kepada Allah s.w.t. Mereka nampak jalan yang lurus tetapi mengajak manusia mencari jalan yang sesat. Kaum yahudi adalah kaum yang memperjuangkan bangsa bukannya agama. Mereka hanya mahukan Allah s.w.t mengurniakan segalanya kelebihan untuk bangsa mereka, dan bangsa yang lain hanya berhak menjadi hamba mereka. Kaum yang menderhaka paling sukar untuk kita luruskan melainkan diatas hidayah, kudrat dan iradah Allah s.w.t jua.


Bersedialah kita menghadapi fitnah akhir zaman, satu persatu akan datang tanpa belas kasihan. Jaga iman masing masing. Jangan tertipu dengan karenah dunia. Selaku umat Muhammad s.a.w yang berAgama Islam kita harus mempamirkan wajah sebenar Orang Islam supaya golongan Kristian nampak jalan yang lurus yang mereka sentiasa cari, walaupun sebenarnya ada di sekeliling mereka. Tetapi jika orang Islam itu sendiri tidak mempamirkan kelurusan Agama Islam, malah lebih sesat daripada yang tersesat, bagaimana Kristian mahu mengikut jejak Orang Islam. Yang paling dikhuatiri yang lurus pula yang tersesat dan mengikuti orang yang sesat. Nauzubillah.


Semoga Allah memelihara iman kita dan sentiasa memelihara kita agar tidak tersesat di sepanjang kehidupan kita daripada fitnah Dajjal.


Yang salah itu adalah dari kesilapan diri ana sendiri…….wassaalam dan wallahu’alam

No comments:

Post a Comment