Pages

Saturday, March 6, 2010

Illuminati dan hiburan


EntertainmentAssalaamu’alaikum w.b.t……. Hhhmm dah tak lama dah bulan Ramadhan, sekejap sahaja masa berlalu. Syawal sudah bakal menjelang insyaAllah. Dan seperti biasa lah pada hari Raya nanti akan banyak  lah hiburan2 muncul hehe. Tetapi bukan pasal hiburan itu yang saya nak ceritakan. Ini hiburan lain. Masih ingat lagi dengan Illuminati? Mana mungkin kita boleh lupa yer, nama nya sungguh cute dan mempunyai makna yang cantik tetapi sayang usaha di sebaliknya amatlah buruk dan hodoh.
Hiburan adalah saluran paling sesuai untuk mengkhayalkan manusia dan menjadikan manusia malas berfikir tentang perkara-perkara yang lebih penting.   Islam tidak melarang hiburan selagi ianya tidak melalaikan dan melanggar syariat. Tetapi kebanyakan hiburan yang disajikan oleh Illuminati dapat menjadikan manusia memuja artis, keluar malam untuk menyaksikan konsert dengan bercampur gaul lelaki dan wanita, hiburan yang keras yang dapat mengeraskan jiwa, melalaikan dari mendirikan kewajipan 5 waktu, hiburan yang membangkitkan nafsu berahi, hiburan yang terlampau mengarut dan sebagainya. Ia adalah satu taktik untuk membuatkan manusia menjadi leka dan tidak sedar kepada gerakan2 Illuminati yang telah lama mempengaruhi manusia apa lagi semakin menjauhkan manusia dari Tuhan.
Jika disebut tentang Illuminati, mungkin manusia yang sudah lalai dengan hiburan dan seronok dengan dunia menganggap ianya hanya sebuah mitos, khayalan orang2 tertentu. Buat susah2 je fikir, baik enjoy senang. Sedangkan mereka lupa, terhadap pencabulan hak asasi manusia, kezaliman yang dilakukan terhadap umat Islam sedunia, perampasan hak orang lain, penjajahan, penghapusan etnik dan sebagainya yang dilakukan oleh mereka2 yang terlibat itu. Mereka bergerak dalam pelbagai pertubuhan, ada yang buat kerja amal (kerana mahu berselindung), ada yang buat kerja bisnes, ada yang nampak sangat brutalnya seperti tentera Israel, Mafia dan sebagainya.
Maka kali ini akan disentuh tentang dunia hiburan yang disajikan oleh mereka. Perhatikanlah sendiri, betapa hiburan semakin berleluasa dan tumbuh lebih laju dari cendawan sekarang ini. Pelbagai hiburan yang pelik2 yang belum pernah muncul pun kini muncul. Segala2nya untuk memuaskan nafsu manusia dan membuat manusia menjadi khayal dan tidak lagi berfikir panjang.
Pengaruh Illuminati dalam dunia nyanyian
madonna wear illuminati jacketDunia nyanyian sememangnya tidak logik dilupakan oleh mereka, kerana ianya adalah saluran terbaik untuk mengkhayalkan manusia kerana majoriti manusia sukakan hiburan berbentuk nyanyian. Maka ramai juga artis yang dibela oleh mereka dan dijadikan bintang ternama yang mempunyai jutaan peminat.  Dalam masa yang sama mereka dapat meneruskan agenda mereka tanpa mendapat halangan yang banyak.
Sebagai contoh, jika anda melihat aksi Jay Z, artis negro yang popular sekarang, beliau selalu membuat lambang segitiga seolah-olah piramid dengan kedua tangannya. Dan ini bukannya kebetulan, kerana kebiasaannya mereka akan menunjukkan tanda-tanda mereka dan menggalakkan orang ramai mengikut sama (walaupun tak tahu apa sebenarnya yang mereka ikut itu). Sama ada Jay Z sendiri sedar atau tidak maksud apa yang dilakukannya itu, tetapi memang ada dalang di sebaliknya. Mungkin Jay Z hanya sebagai boneka kerana itu adalah perkara biasa bagi Illuminati iaitu membonekakan orang lain demi tercapai hajat mereka. Seperti lambang tanduk dua pada tangan yang selalunya dibuat oleh artis2 rock, itu juga merupakan lambang kumpulan Illuminati bagi masing2 mengenali diri masing2.
jay z illuminati . jay_z_freemason

Mengapa agaknya ada artis2 yang terpengaruh dengan Illuminati? Itu tidak menghairan, kerana Illuminati menjanjikan kemewahan, kemashyuran, mereka akan back up habis2an kerana mereka mempunyai dana yang terlampau banyak. Syarikat2 rakaman muzik besar adalah milik mereka. Setakat mahu menyara artis itu tidak ada masalah langsung. Mereka menyediakan programmer2 terhadap artis untuk mengatur setiap langkah dan gerak-geri artis tersebut. Dan jangan ingat artis Malaysia sahaja yang ada mengamalkan susuk dan bomoh, sebenarnya mereka lebih advance lagi dalam hal-hal mistik bagi mengekalkan kecantikan dan populariti mereka.
Jika dahulu Black Metal diperkenalkan oleh Illuminati dan terdapat banyak ritual2 menyembah dan memuja syaitan di dalamnya, terlalu ketara sangat nampak, juga seperti muzik punk, skinhead dan sebagainya, tetapi kini bukan Black Metal sahaja yang mempunyai kaitan dengan mereka, tetapi juga genre2 lain termasuklah hip hop. Walaupun begitu Black Metal dan sewaktu dengannya masih lagi aktif dan diharapkan agar anak2 muda dan anak2 tua menjauhinya. Dan syukur alhamdulillah, insyaAllah nasyid tidak akan dipengaruhi oleh mereka :D
Ramai artis sendiri yang terlibat dalam pemujaan syaitan seperti menjadi pengikut Church of Satan (Gereja syaitan).  Di dalam tajuk Kenali pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka ada diterangkan secara ringkas berkenaan dengan Church of Satan. Di antara artis yang terlibat seperti Marilyn Manson, Ozzy Osbourne, Led Zeppelin dan sebagainya.
Illuminati juga menyelitkan logo2 dan syiar mereka di dalam banyak klip video muzik, kulit depan album, seperti mana juga diselitkan dalam kebanyakan filem2 Hollywood. Mereka juga menyelitkan hal2 berkenaan mereka dalam lirik2 lagu termasuklah lagu2 yang ada maksud tersendiri jika dimainkan secara songsang.

Dan seterusnya saksikan sambungan kepada video di atas di Youtube. Klik pada video tersebut 2 kali untuk buka laman Youtube. Ada 10 bahagian semuanya. Bukan saya nak ajak berhibur ni hehe, tetapi celik2 minda, tutup sahaja speaker anda kalau tidak mahu dengar lagu2 mengarut tu, dan lihat sahaja apa yang Illuminati nak tunjuk dalam video2 tersebut.
Pengaruh Illuminati dalam dunia perfileman Hollywood
Media filem adalah saluran utama untuk mempengaruhi jiwa manusia. Maka Illuminati tidak ketinggalan dan mungkin tidak akan ketinggalan dalam menggunakan pengaruh media filem untuk membrainwash dan mengkhayalkan manusia.  Manusia sanggup tertunggu2 kemunculan filem terbaru, sanggup beratur ke pawagam untuk memuaskan hati masing2. Sila baca pada link berikut pada tulisan saya yang lepas ->  Bagaimana pengaruh Illuminati meresap ke dalam filem-filem Hollywood

Banyak watak di dalam filem Hollywood dikaitkan dengan The Chosen One (Yang menjadi pilihan), seperti Harry Potter, Star Wars, Transformers, The Matrix dan sebagainya.  Apakah maksud di sebalik perkataan itu? Adakah mereka sengaja mahu mempermainkan umat kristian dengan mengaitkannya dengan Yesus?  Atau pun itu sebenarnya adalah kisah sejarah Dajjal yang mulanya baik, menjadi manusia pilihan dengan di didik oleh malaikat dan akhirnya menjadi jahat dan menentang Tuhan?
Jika anda lihat filem Watchmen, Dr Manhattan itu sebijik dikaitkan dengan tuhan matahari iaitu Ra, dengan simbol matahari di dahinya yang sama dengan simbol Mesir kuno lama yang ada kaitan dengan Ra.  Mesin besar yang diciptanya seakan matahari apabila dilihat dari sudut mana pun. Ozymandias pula memakai talipinggang yang mempunyai simbol mata satu (Ra) Mesir kuno dan dia memiliki syarikat yang bernama Pyramid International, dan banyak lagi adegan dalam cerita tersebut yang mempamirkan identiti Illuminati.
Beberapa permainan PC (PC Games)
Saya telah tulis tentang ini pada tajuk yang telah lalu juga. Maka anda boleh membacanya melalui link ini – > Pengaruh Illuminati dalam permainan komputer
Permainan Monopoli
monopoliMengapakah permainan Monopoli untuk kanak2 itu dipanggil Monopoli?  Tiada lain kerana Illuminati mahu mengajar manusia dari kanak2 lagi agar mempunyai sifat yang suka memonopoli harta kekayaan. Makna Monopoli itu sendiri pun sudah jelas apatah lagi jika jiwa terdidik dengan sifat suka memonopoli. Ianya dapat menjadikan manusia semakin tamak, mahu kuasai harta sorang2, tidak pedulikan orang lain dan sebagainya.
Permainan ini untuk membina minda?  Masih banyak lagi permainan untuk membina minda, maka bagi saya permainan yang menggalakkan sifat tamak ini sebaiknya tidak perlu bagi kanak2 kecil dan kanak2 dewasa.
Pengaruh Illuminati dalam pertunjukan Sihir (magic)
Topik ini juga telah saya bincangkan pada tajuk yang lepas. Diharap sudi berkunjung ke link berikut – > Black Magic (Sihir) dan illuminati
Dengan pengaruh dan kemahiran Illuminati menguasai minda manusia, maka ilmu sihir yang dahulunya dibenci dan ahli sihir akan dibakar hidup2, tetapi kini ahli sihir dipuja ramai dan sihir menjadi hiburan yang amat diminati. Sememangnya mereka mendakwa mereka tidak melakukan sihir tetapi hanya silap mata atau ilusi, tetapi sebahagian besar dari apa yang dilakukan oleh Chris Angel (David Copperfield alaf baru) , David Blaine dan sebagainya lagi adalah betul2 sihir.  Hanya yang mengenali sihir akan tahu rahsia mereka.
criss_angel-nwo
Cantik gambar baju Chris Angel di atas, begitu juga dengan loketnya. Tu tak tengok cincin dia lagi tu hehe …….
Dan macam2 lagi pengaruh Illuminati dalam bidang hiburan termasuklah porno, judi, arak, rokok, dadah, pil-pil khayal, gusti, beberapa sukan, kartun untuk kanak2 dan sebagainya, tak tersenarai.  Sasaran Illuminati bukan sahaja orang2 dewasa malahan kanak2 melalui rancangan2 kartun terutamanya kartun Walt Disney.
Unsur-unsur seks juga semakin banyak diselit, terutamanya di televisyen, majalah, iklan, rancangan kartun, bahkan akhbar2 juga diselitkan unsur seks. Ini kerana akhbar2 utama dunia terutama yang ada di internet adalah milik mereka.  Selain dari mempropagandakan berita, memalsukan berita dan sebagainya , mereka juga mempromosikan cara hidup bebas seks. Sekurang2nya di selitkan juga iklan2 wanita seksi di tepi bahagian berita. Itu pun sudah cukup untuk mengujakan mata2 lelaki yang melihatnya.
Begitu juga dengan laman2 web porno yang semakin banyak. Kalau dulu agak payah mereka mendapatkan lesen, pengguna perlu membayar untuk melihat gambar dan video dan mesti register jadi ahli dahulu untuk melihat gambar, serta laman web tersebut mudah diban, tetapi sekarang sudah banyak yang berlesen dan bebas dimasuki oleh sesiapa sahaja tanpa perlu membayar apa2.  Usahkan gambar, video pun terlalu mudah sekarang.  Maka pantau lah anak2 dan adik2 anda, kerana dah banyak keluar laman web seakan2 Youtube tetapi isinya semua porno.
Pada search engine seperti Google contohnya, bahagian images juga mesti di tukar setting kepada strict. Jika tidak, apabila kita search images, gambar2 yang porno pun tetap akan keluar dan jumlahnya bukan sedikit.  <– iklan sikit ni :D
verichip
Illuminati mahu agar manusia kecanduan, mabuk, khayal. Kalau tak mabuk arak mabuk dadah, kalau tak mabuk dadah mabuk pil khayal, kalau tak mabuk pil khayal mabuk rokok, kalau tak mabuk rokok mabuk hiburan dan sbgnya. Mereka sudah menguasai dunia secara halus dan banyak yang kita tidak tahu dan perasan. Termasuklah Internet yang kita gunakan sekarang ini, mereka cuba memasukkan Spyware ke dalam komputer kita, cuba mencuri dan mengumpul maklumat kita, menggunakan satelit, menggunakan chip2 pada kad pengenalan dan kad bank, menggunakan Verichip yang ditanam di dalam tubuh (negara kita belum ada lagi) dan sebagainya.
Mereka ingin mendirikan kerajaan Lucifer di muka bumi ini. Di mana Lucifer ialah nama Iblis. Lucifer di dalam bahasa Latin ialah Lux-Fero , yang membawa makna ‘pembawa cahaya’. Dari situ lah juga timbulnya nama Illuminati yang bermaksud ‘kumpulan yang membawa sinar’.
Pendek kata serba serbi mereka sudah kuasai. Sedar tidak sedar, kita sendiri pun sudah sedikit sebanyak terkena pengaruh mereka. Semoga kita dilindungi oleh Allah S.w.t dari tipudaya mereka. Jangan lupa amalkan membaca doa elak fitnah Dajjal seperti yang pernah saya beritahu dan dipesan oleh para ustaz dan ustazah.  Jangan tunggu Dajjal datang ketuk pintu rumah anda baru nak baca, kerana dia sebenarnya telah lama ada dan pengaruhnya telah sampai ke rumah2 kita melalui radio, televisyen dan sebagainya.
Tetapi waspadalah, kerana ada juga golongan yang cuba mengambil kesempatan yang menuduh Islam dan pertubuhan Islam juga adalah bersekongkol dengan Illuminati. Mungkin ada pihak Illuminati sendiri yang kononnya membongkar rahsia Illuminati, tetapi dalam masa yang sama memburukkan semua agama dan mengatakan semua agama termasuklah Islam adalah dipengaruhi oleh Illuminati.  Hati-hati ……. Tapislah maklumat yang anda perolehi terutamanya dari internet ini. Apa yang saya tulis sendiri pun tidak semestinya 100% betul.  Ambil pengajaran mana2 yang patut dan buangkan mana yang tidak elok.
InsyaAllah akan bersambung lagi selagi ada hayat. Pembicaraan tentang Illuminati ini tidak akan habis kerana mereka sudah berleluasa dari dulu , kini dan mungkin hingga Nabi Isa a.s turun nanti baru mereka tahu.  Baarokallahu lii wa lakum  :)
Bacaan berkaitan :

Illuminati dan hiburan – Bahagian 2

Black magic (sihir) dan Illuminati

Bagaimana pengaruh Illuminati meresap ke dalam filem2 Hollywood

Kenali pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka

Kenali simbol-simbol Illuminati dan Freemasons

Pemerintahan khilafah VS New World Order

Sepintas lalu tentang 2 Segitiga Syaitan

George W. Bush pernah menyertai Skull and Bones

No comments:

Post a Comment