Pages

Monday, March 29, 2010

TAHAP-TAHAP AL GHAZWUL FIKRI


Tidak dapat diterima dengan mudah jika ada orang mengatakan keujudan imprialis dan pengaruh barat di dunia Islam sebagai kebetulan. Keujudan ini telah didorong oleh sebab-sebab tertentu.
Ia bermula dari keujudan ketenteraan, keujudan ala Istishraq ( bercambahnya usaha mengasaskan bahagian kajian ketimuran ) , lantas keujudan missionary. Kemudian berulang semula keujudan tentera di negara Islam ( dengan penaklukkan dan usaha-usaha menghancurkan sistem khilafah Islamiah yang berpusat di Turkey ). Kemudian penaburan faham yang memisah agama dari negara ( secularisme ). Selepas itu disebar luaskan pula faham kebangsaan. Diikuti dengan usaha terakhir melebur musnahkan sistem Khilafah Islamiah.
Penjajah tidak cukup dengan usaha yang demikian sahaja, tetapi malah ditinggalkan pula golongan-golongan penjajah dari kaym peribumi itu sendiri yang dimandatkan untuk memainkan peranan merubah seluruh tatacara hidup, nilai akhlak dan sistem pemerintahan serta sosial umat kearah yang diredhai oleh tuan-tuan mereka; kaum penjajah.
Peringkat atau priode ini, atau apa yang dinamakan orang sebagai Al Ghazwul terbahagi kepada tiga.

  1. Peringkat sebelum kejatuhan Khilafah Islamiah.

  2. Peringkat pengganyangan sistem khilafah.

  3. peringkat setelah Runtuhnya Negara Khilafah.

i. Peringkat sebelum kejatuhan Khilafah Islamiah
i. Perang Salib
Ada pihak yang mengatakan bahawa motif asas beerlakunya perang salib ialh kerana hasrat mencari sumber kekayaan ekonomi. Tetapi dari penelitian sejarah ternyata andaian itu meleset. Yang mendorong orang-orang kristian melancarkan perang salib adalah perasaan fanatik terhadap agama mereka dan kebencian mereka yang meluap-luap terhadap Islam dan pengikutnya.
Mengikut Lorthop Stodard orang yang mula-mula menyeru supaya dilancarkan perang salib ialah Pope Salvester V tahun 1002 M, Tetapi saruannya tidak mendapat sahutan. Selepas itu ialah Pope Grigorious tahun 1075 M. Dalam buku sejarah Pope oleh Ferdenand Haifward menerangkan bagaimana golongan Pope Dan pendeta kristian ini berusaha mengapi-apikan raja-raja Eropah agar melancarkan perang suci ( menurut mereka ) terhadap orang Islam . Akhirnya pada tahun 1097 bermulalah peperangan salib.
Satu demi satu serangan dilancarkan. Tiap serangan menghadapi serangan balas yang sengit dan seru dari pejuang-pejuang Islam. Kalah menang silih berganti dibeberapa kawasan. Tapi kekalahan Luis Raja Perancis yang memimpin arus serangan salib yang ke lapan di Manshurah, Mesir membawa banyak perubahan dalam taktik menyarang negara-negara Islam. Luis telah menebus dirinya dari tawanan dengan bayaran yang cukup mahal. Sekembalinya dari tawanan beliau berkesimpulan bahawa amat sukar sekali untuk menang dalam pertarungan menghadapi Islam dan umatnya secara fizikal. Roh jihad yang dipancarkan oleh ajaran Al-Quran begitu hebat melahirkan keberanian, kecekalan dan kepahlawanan yang sukar ditandingi. Akidah Islam yang menjadi base yang pejal terhadap tentera islam itu amat bahaya. Sebab itu mesti dicari jalan lain. Jalan yang menghancurkan base itu. Jalan itu ialah dengan Al ghazwul Fikri.
ii. Peringkat Istishraq
Orang-orang Eropah haruslah mengkaji segenap aspek tamadun Islam; aspek akidah dan syariahnya. Kemudian pengetahuan itu digunakan sebaik-baiknya menghancurkan umat Islam itu sendiri dengan memadamkan roh jihad dan cinta syahid.
Berikutan dengan itu lahirlah penulis-penulis dari Barat yang menghuraikan analisa-analisa mengelirikan tentang Islam dengan lebel ilmiah. Quran buatan Muhammad. Sahabat-sahabatnya yang mudah tertipu telah menerimanya sebagi wahyu Tuhan. Baik Quran atau Qias telah dianggap sama sahaja statusnya dan dicampur baurkan atas dasar ianya ciotaan insan. Ajakan supaya mengamalkan tasawur Islam dalam bentuk dan cara yang tidak sihat dilaungkan untuk dapat memalingkan umat dari jihad dalam seluruh menifestasinya.
Kajian-kajian ketimuran ( Istishraq ) bermula di Sepanyol dalam kurun ke lapan hijrah. Alfons, raja Qishtale meminta jasa baik Michael Scot untuk memikul tanggungjawab ini. Michail Scot pun mengumpulkan beberapa orang pendita Nasrani untuk menterjemahkan beberapa kitab bahasa Arab ke bahasa Perancis.
Kian lama usaha ini semakin luas skopnya sehingga diterjemahkan kitab dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan. Bahkan dalam zaman mula dicipta mesin cetak ada diperuntukkan mesin cetak Arab untuk mencetak buku-buku Arab yang menjadi teks book di pusat-pusat Pengajian Tinggi Eropah.
Golongan-golongan musuh Islam telah berjaya sedikit sebanyak mengelirukan akidah Islam, melumpuhkan semangat jihad dengan memisahkan secara negetif antara akidah dan perlaksanaan syariah, antara kerohanian Islam dan kebatinan jahiliah. Mereka bekerja keras untuk menggambarkan bahawa Islam itu suatu agama yang fokusnya sama seperti kristian iaitu untuk ibadah dalam erti sempit. Akhirnya tersebar luaslah faham memisahkan agama daru negara atau pemerintahan secularisme.
Bagi mereka Islam yang tulen dan lengkap menjadikan umatnya mempunyai 'sosial political power' dan menghalang kerja-kerja penjajah . Sebab itu Islam harus ditetas atau digelapkan sebahagiannya seberapa dapat.
Tulisan para orientalis di zaman itu dan mungkin juga sekarang bukan hanya untuk menyerang orang-orang islam tetapi juga untuk menjadi benteng tahanan agar orang barat itu sendiri tidak dapat melihat Islam sebagaimana hakikatnya. Sebab gambaran baik yang dibawa oleh sebahagian tentera salib yang kembali dari medan perang tenteng Islam dan umatnya telah menarik beberapa kalangan memeluk Islam.
Pada awal kurun ke tiga belas hijrah kajian ketimuran cuba membayangkan sikap objektifnya dan mendakwa bahawa kajian-kajianya bersandarkan Scientific Mathod dan demi ilmu semata-mata. Dikota-kota Eropah mula dibuka department bahasa-bahasa Timur, Arab, Parsi, Turkey, Urdu, Melayu dan seteruanya.
Tujuan utamanya ialah untuk melahirkan pakar-pakar hal ehwal keislaman untuk membantu penjajah memainkan peranannya memaju dan memakmurkan negara-negara itu dengan dengan menghisap kekeyaannya. Kemudian anak-anak jajahan berduyun-duyun datang mempelajari ilmu-ilmu yang diajar oleh pakar-pakar mereka lalu meninggalkan kesan pemikiran yang buruk. Dari pusat-pusat kajian ketimuran ini orientalis barat dapat masuk menyelinap ke pusat-pusat pengajian tinggi Islam yang penting.
Kajian ketimuran juga bertujuan menyokong serta membantu usaha perluasan daerah yang dilakukan oleh penjajah. Di samping memisahkan umat Islam dari sumber ajaran Islam yang murni. Ini akan menimbulkan rasa menyerah kalah dan kerdil berhadapan dengan cara hidup barat dan nilai barat.
Banyak dari golongan yang terpelajar dan setengah terpelajar dari anak peribumi yang telah menjadi mangsa Ghazwul Fikri ini. Kalau di Mesir boleh kita sebutkan seperti Taha Husin, Kasim Amin pelopor women, lib, Husin Fauzi, Ali Abdur Raziq dan seterusnya.
Golongan-golongan ini telah menelan mentah-mentah method orientalis dan meniru segenap perasaan dan laku guru mereka. Sikap mereka ketara benar bertentangan dengan Islam dan adab Islamiah. Penentangan pena dengan fikiran mereka terhadap golongan cendiakawan seagama dan sebangsa lebih ganas dan panas dari orientalis itu sendiri.
Ringkasnya orientalis telah memainkan peranan dan menghasilkan kesan berikut:-

  1. Hampir setiap isu besar yang mengelirukan dan boleh memalingkan umat dari ajaran Islam yang lurus pasti di belakangnya ada bercokol orang-orang tersebut. Golongan orientalis itu kadangkala melemparkan isu tertentu lalu disambut oleh anak didik mereka dan penulis-penulis yang yang telah diibaratkan fikiran dan menjadi pengikut setia mereka. Seruan mempopularkan penggunaan bahasa Arab pasaran umpamanya telah ditaja oleh Willmor dan disambut oleh Selamah Musa dan Ahmad Luthfi Sayyid. Seruan kedaerahan atau kebangsaan sempit yang ditaja oleh Cromer disambut oleh Thaha Husin dan sebagainya.

  2. Melentur teks-teks authentic mengikut kemahuan fikiran yang dipimpin oleh nafsu mereka. Mereka sewenang-wenangnya menolak atau menerima teks-teks yang mereka senangi. kadangkala mereka menyalah ertikan dan menyelewengkan teks-teks nukilan itu sendiri.

  3. Sumber rujukan, mereka olah dan ambil ikut suka. Untuk mencari kepastian tentang sejarah Hadis Nabi mereka rujuk kepada buku rujukan kesusasteraan. Untuk mencari tentang kepastian dalam soal tarikh fiqh mereka merujuk kitab sejarah. Mereka menerima bulat tulisan Addumairi dalam kitabnya "Al Hayawan" dan menolak riwayat Imam Malik dalam kitabnya "Al muwaththa".

  4. Beberapa kekaburan mereka jalin dan kaitkan sehingga seolah suatu gambaran lenkap tentang sesuatu yang dianggap benar seperti yang dibuat oleh seorang orientalis German, apabila ia mencetak kitab "Ariddah" secara demikian. Kemudian ia mendakwa bahawa buku itu adalah karya Al Hafiz Ibnu Hajar.

  5. Para orientalis menunjul-nunjulkan dalam tulisan mereka tentang kebaikan, kejujuran golongan . Sedangkan golongan itu bukan sahaja tidak dapat membuktikan dakwaan itu semasa mereka memegang kuasa pada kurun ke empat hijrah bahkan sudah jelas dan ketara tembeleng mereka menjadi alat golongan anti Islam, alat Yahudi, bersama-sama dengan yahudi tersebut menghancurkan negara Islam.

  6. Mereka berusaha menghidupkan semula pusaka kebatinan majusi dan hindu untuk mencemarkan kemurnian agama Islam. Ini jelas dapat dikesan bila kita melihat usaha mereka yang gigih mentahqiqMakhthuthat lama tentang aliran-aliran itu yang mengandungi unsur ilhad, ibahiah, wehdatu wujud,hulul dan kitab-kitab syair yang liar.

  7. Kesan yang paling bahaya ditinggalkan oleh mereka ialah kecenderongan menganggap karangan dan kajian orientalis itu sebagai bahan rujukan asa dalam bidang sejarah, bahasa, sirah, fiqh, akidah dan sebagainya.
Mereka telah menghasilkan karya-karya rujukan yang mengandungi pengeliruan dan pengkaburan seperti"Dasiratul Ma'aruf Al Islamiah , Al Munjid Fillughah Wal Ulum Wal Adab, Al Mausu'ah'Arabiah Al 'Muyassarah.
Sebab itu pengkaji muslim yang menggunakan sumber-sumber ini haruslah teliti dan hati-hati.
Di samping orientalis yang berniat buruk ada juga orientalis yang agak objektif yang memberikan penghargaan yang tinggi kepada Islam dan ajarannya, seperti Thomas Carlil, Tolostoy dan lain-lain.
iii. Utusan Mubaligh Atau Missionary Kristian
Gerakan missionary kristian di samping menjalankan pendekatan secara peribadi juga mengambil langkah berikut:-

  1. Membuka institut dan sekolah-sekolah Convent di seluruh negara Islam termasuk negara Khilafah Islamiah sendiri. Sekolah-sekolah tersebut mengasuh anak dan jenerasi baru umat Islam mengikut secara tersendiri. Jika ia gagal memesongkan akidah anak itu maka cukuplah ia telah dapat menanamkan benih prasangka dan ragu terhadap beberapa aspek agama mereka.

  2. Biasiswa yang diperuntukan untuk anak-anak jajahan melanjutkan pelajaran mereka di barat telah digunakan juga untuk membentuk perwatakan anak-anak itu sebagaimana yang mereka kehendaki. Contoh yang cukup terang ialah seperti yang telah terjadi kepada Ra'faah Thahthawi dan banyak lagi yang lain-lain.

  3. Usaha-usaha kebajikan yang disadurkan dengan pengaruh dan dakwah kristian seperi hospital, pertolongan cemas dan lain-lain.

  4. Ceramah-ceramah agama, buku-buku, majalah, akhbar dan siaran berkala juga menjadi salah satu cara mengembangkan faham dan sudut pandangan kristian.

  5. Beberapa siri konggeris ketua-ketua pengembang agama kristian telah diadakan juga.
Tidak banyak yang diketahui tentang resolusi konggeris-konggeris kristian itu. Sedikit sekali butir-butir yang sampai ke pengetahuan kita. Tapi dalam satu pertemuan yang diadakan di dalam rumah salah seorang pemimpin Mesir Ahmad 'Urabi konggeris telah membincangkan:-

  1. cara-cara mengkristiankan orang-orang Islam.

  2. Menimbulkan kemusykilan luasnya peluang belajar untuk semua orang ( di Mesir ) Azhar mempunyai harta wakaf yang banyak. Ini membolehkan pengajian bebas dari yuran atau apa bayaran.
Untuk menghadapi gejala ini sekreteriat konggeris telah mengesyorkan agar didirikan satu institut agama kristian untuk mengkristian anak-anak kaum muslimin tempatan.
Pendita Zuwaimee menyarankan perlunya kristian dikembangkan oleh anak bangsa itu sendiri atau dari kalangan mereka kerana pohon itu patutlah ditetas oleh salah satu dari rumpunnya juga.
Pada akhirnya para peserta konggeris optimis akan mendapat kejayaan kerana tanda-tanda menunjukkan bahawa orang-orang Islam telah begitu kagum dan terpesona menghirup ilmi-ilmu barat tanpa reservation. Mereka semakin cenderong melepas bebaskan wanita-wanita mereka untuk bersosial.
Dalam konggeris yang diadakan di Lucknow India tahun 1329 H/1911 M, antara lain ketetapannya ialah sebagai berikut :-
"Perlu dan mendesak sekali diwujudkan sekolah yang khusus untuk tujuan missionary di Mesir".
"Perlunya golongan wanita disertakan dalam usaha mengkristiankan wanita-wanita Islam dan anak-anak mereka".
Usaha-usaha mereka kini tidak lagi terpusat kepada mengajak orang-orang Islam memeluk agama kristian tetapi malah cuba mencacatkan Islam dan mengurangkan nilainya di mata ramai.
iv. Usaha-usaha Merobohkan Negara Khilafah
Gerakan missionary telah berjaya sedikit sebanyak menimbulkan kerosakan jiwa dan kekeliruan fikiran. Tetapi itupun belum cukup. Harus ditokok dengan pukulan ketenteraan dan politik. Dua negara besar ketika itu berbakat untuk membolot daerah-daerah di bawah kekuasaan kerajaan khilafah Islamiah Turkey.
Di pertengahan kurun ke sembilan belas ( 1875 M ) bersamaan tahun 1274 Hijrah Inggeris berjaya menjajah India maka kekuasaan berpindah daripada milik syarikat India Timur kepada kerajaan Inggeris. Dengan nemikian tamatlah riwayat salah satu kerajaan terbesar Islam yang lahir di awal kurun ke enam belas. Iaitu kerajaan Moghol atau Taimuriah.
Dalam tahun yang sama tentera Perancis merempuh masuk ke Sahara Barat Utara Afrika menawan Al Jeria pada tahun 1630 M/1246 H. Berikutan dengan itu Inggeris berjaya menduduki Mesir, iaitu pada tahun 1882/1300.
Syria dan Lebanon dapat dikuasai oleh Perancis selepas Perang Dunia Pertama tahun 1920/1338. Di samping armada-armada bersenjata dibawa bersama sebuah kapal yang sarat berisi pelacur. Apabila kapten kapal tersebut ditanya, beliau menjawab dengan licik; Armada-armada bersenjata itu mungkin akan hilang kesannya. Adapun armada jenis ini maka kesannya tidak akan hilang sama sekali.
ii.Peringkat Pengganyangan Sistem Khilafah
Peringkat ini di dahului dengan didirikan negara Yahudi di Palestin. Tetapi sebelum itu umat Islam harus dibius dengan faham Secularisme. Fahaman yang memisahkan agama dari urusan dan pentadbiran negara. Membenamkan ayat-ayat yang jelas memerintahkan kaum muslimin supaya memerintah dengan sistem perundangan Islam, sistem politik Islam, sistem ekonomi Islam dan seterusnya.
Alam fikiran yang fragmented ala secularisme ini amat asing sekali dalam pemikiran Islam. Ia lahir di barat hasil pertembungan kuasa gereja yang pernah berperanan jahat menghasut dan mendorong raja-raja kristian menyerang negara-negara Islam dengan pihak berkuasa awam. Kejahatan mereka bukan sahaja mengharong tetapi malah menyekat perkembangan ilmu pengetahuan dengan meluahkan golongan saintis atau cendiakawan yang berbeza pendapat dengan gereja.
Islam tidak pernah melakukan jenayah seperti ini. Islam tidak mengenal alam fikiran yang menganggap bahawa sikap dan tindak umatnya baik dalam bidang apapun terlepas dari penilaian agama.
Konsep secularisme telah diterima oleh Parti Kemajuan Bersatu Turkey. Parti tersebut menajakan konsep ini. Akhirnya ia berjaya menurunkan Sultan A. hamid dari takhtanya. Kerajaan Civilian memerintah dan sultan tidak punya apa-apa kekuasaan.
Dari sudut lain diusahakan penunjulan semangat dan fahaman kebangsaan sempit. Tuekey dengan kebangsaan Thurainiahnya. Arab dengan kebangsaan Arabnya. Di Turkey parti kemajuan bersatu penajanya. Di sebelah Arab Syarif Husin di Hijaz. Beliau di bantu oleh spy British Laurance kerana percayakan kepada ketulusan dan kejujurannya. Babak berikutnya ialah peperangan antara kebangsaan Arab dibantu oleh tentera British menentang tentera khilafah Islamiah Turkey. Tentera kebangsaan Arab bersekongkol dengan Inggeris untuk merampas Syiria yang di bawah kekuasaan Islam Turkey.
Dengan tipu daya dan fitnah dengan percatuan politiik yang licin negara khilafah Islamiah dapat ditumbangkan oleh penjajah dan kuncu-kuncunya. Di samping itu kalau kita lihat di sudut yang lain maka kita dapati syarat penjajah untuk menyerahkan kekuasaan negara Turkey pada golongan Kamal Ata Turk ialah :-

  1. Memutuskan langsung hubungan negara itu dengan Islam.

  2. Menyingkirkan sistem khilafah.

  3. Membuang negeri penyokong-penyokong sistem khilafah dari para ulama dan pemimpin masyarakat.

  4. Menggubal perlembagaan baru yang secular untuk menggantikan perlembagaan lama.
Alasan yang sering diberikan dalam menjatuhkan sistem khilafah ini ialah kerana ia telah lemah dan menyeleweng. tetapi yang anehnya way out yang dipilih bukan memulihkan tetapi ialah menghapuskan kekuasaan kuasa khilafah itu sendiri.
Alasan lain ialah untuk membawa Turkey menjadi negara besar dan terkemuka. Tetapi telah sekian lama ia malah menjadi negara yang kurang ter kemuka. pada hal dengan khulafah Islamiah Turkey menduduki tempat yang istimewa. Demikianlah nasib malang yang menimpa negara khilafah itu.
iii. Peringkat Setelah Kejatuhan Sistem Khilafah
Setelah Al Jeria dijajah oleh Perancis tahun 1830/1246, Turis tahun 1881/1299 Maghribi (moroco) tahun 1912/1330 Syam ( syiria, Lebanon dan sekitarnya ) sekitar tahun 1920/1338, dan setelah Inggeris menguasai India1857/1274, Mesir 1882/1382/1300 , Iraq 1914/1332, Plastian 1918/1337 maka bermulalah satu cara baru. Satu zaman berubah struktur politik dan sistem perundangan Islam ciptaan Allah s.w.t dan menggantikannya dengan sistem perundangan ciptaan insan kafir.
Insan muslim diasuh dan dilenyapkan dari hatiinya, rasa tinggi, mulia dan cinta kepada nilai undang-undang Islam dan sistem hidup Islam. Dengan segenap cara saikologi, melalui sebaran am ditanam rasa kerdil dalam jiwa mereka berhadapan dengan tuan-tuan penjajah yang berhidung tinggi. Ditanam rasa hina dan rendah diri serta jiwa khadam dan tukang tiru buta. Maka hancurlah benteng terhadap nilai agama mereka yanng suci murni.
Dalam satu waktu yang sama insan-insan yang sudah terasuh seperti penjajah itu dan menjadi khadam ideologi, politik dan sistem ala penjajah diberikan kurniaan lumayan dan taraf sosial yang tinggi untuk ia bisa pula berlagak. Tuan kepada yang laiin; mencari khadam-khadamnya yang kecil-kecilan di antara anak bangsa mereka yang berjiwa kerdil.
Lebih jauh anak-anak panglima perang salib dapat menanamkan rasa tinggi diri dan standara dalam jiwa khadam-khadam mereka ini.Golongan ini akhirnya melanjutkan usaha pengganyangan terhadap arus murni yang berusaha dengan susah payah untuk mengembalikan kesedaran dan kegemilangan Islam di kalangan rakyat muslim.
Apabila kekuasaan Empire Inggeris - dulunya dan Perancis mula malap dan hilang tenaga maka Amerika muncul mengambil tempatnya. Amerika memainkan role politik yang licin mengatur siri rampasan kuasa di negeri-negeri Islam yang baru terlepas dari cengkaman penjajahan tentera. ini ialah untuk mempastikan bahawa pemerintah yang ada di negeri-negeri Islam itu tidak sampai merbahaya atau merugikan politik Ameria.
Di mana sahaja yang dapat membantu rijim tentera yang sekular untuk merampas kuasa dan menindas pejuang dan pendakwah Islam di dalam negara itu. Rijim-rijim tentera yang sekular dan telah mendapat kuasa ini menghancurkan bangsa seagamanya lebih kejam dari penjajah semata-mata kerana mereka berjuang untuk mengembalikan umat ke arah kerelaan Allah dan semata-mata kerana mereka mahu mendapat sedikit habuan dari negara-negara kafir itu.
Dalam negara Islam lain kelompok civilian yang sekular dibantu oleh penjajah dengan teknik moden dan seluruh alat sebaran am dengan wang pinjaman luar negeri bagi menjamin kekekalan pemerintahanmereka. Mereka saling mencari kerelaan masing-masing. Tentang tuhan dan kerelaannya dengan sendirinya menurut mereka diperolehi. Itu perkara mudah boleh diselesaikan diakhirat. Tentang bayaran hutang luar negeri yang bertompok dan berlonggok itu terserah kepada jenerasi belakang, yang terang nikmat pinjaman itu kita kecapi hari ini. Besok apabila sampai zaman membayar kita boleh memulangkan paku buah keras kepada jenerasi baru yang kini menggugat status qua kita. Demikianlah lojika mereka. Manusia-manusia muslim yang mengungkapkan sesuatu yang benar dalam bidang politik - asal menjejas mereka - adalah tidak ikhlas, bertujuan jahat anti nasional dan chauvinist serta hipokrit. Pendek kata yang lain dari trend dan pandangan politik mereka yang sekular itu adalah bertujuan jahat dan musuh.
Politik yang berdasarkan kepada meterial achievement, adalah politik yang paling tinggi nilai kekudusannya menurut alam fikiran secularist. Ia lebih benar, tepat dan mungkin direlai Allah. Soal tuntutan sistem agama itu wajib dilaksanakan itu bukan soal kita.
Protokol kesembilan Pendita Zionist menjelaskan "Jika sekiranya orang-orang kita( Yahudi ) tidak dapat memegang tempoh kekusaan maka kita akan berusaha meletakkan di tempat itu orang-orang yang mempunyai rekod buruk sehingga wujud saty jurang pemisahan yang dalam antara mereka dengan rakyat. Atau kita arahkan kekuasaan itu kepada orang yang sewaktu-waktu boleh diadili dan dihukum penjara sekiranya ia kelak menghalang peranan kita".
Kita telah dapat menghancurkan jenerasi baru guyim. Kita musnahkan akhlak mereka dengan menanamkan idea teori yang kita tahu bahawa ianya adalah salah dan sesat. Kita berjaya menanamkan akar umbi ajaran tersebut dalam fikiran mereka pada hal tidak banyak perlu merombak bentuk susunan undang-undang yang telah sedia ada. Kita boleh sampai matlamtat kita tanpa usaha perombakan.
Dalam protokol : 17 : "Kita telah memfokus usaha kita menonjolkan kelemahan ahli agama guyim, dan menjatuhkan imej mereka di mata rakyat. Kita telah juga berhasil merosakkan misi mereka yang menghalang peranan kita. Pengaruh mereka semakin pudar dan hancur. "

Isi pokok analisa ini dinukil dari kitab : Asalibu' Ghazwil Fikri lil 'alamil Islami oleh Dr Ali Mohd Garisyah dan Mohd Syarif Azzibaq cet : Darul li'tisham. Kaherah.

No comments:

Post a Comment