Pages

Monday, March 29, 2010

Perbahasan YB. Salahuddin Ayub pada 19 September 2006

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Tuan Yang di-Pertua, Usul Menangguhkan Mesyuarat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), saya Salahuddin bin Ayub, Yang Berhormat bagi Kubang Kerian mohon mencadangkan “Bahawa Mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan Dewan yang mulia ini merundingkan isu kenyataan penuh kontroversi oleh Pope Benedict mengenai ajaran Islam dan Nabi Muhammad S.A.W yang telah dan sedang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.” Tuan Yang di-Pertua, Nabi Isa a.s ataupun Jesus adalah merupakan nabi yang bukan sekadar dihormati tetapi diimani oleh umat Islam. Mengikut ajaran Islam, sesiapa yang menentang, menghina ataupun tidak percaya kepada Nabi Isa a.s boleh dikategorikan sebagai murtad.
Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Tuan Yang di-Pertua, Usul Menangguhkan Mesyuarat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), saya Salahuddin bin Ayub, Yang Berhormat bagi Kubang Kerian mohon mencadangkan “Bahawa Mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan Dewan yang mulia ini merundingkan isu kenyataan penuh kontroversi oleh Pope Benedict mengenai ajaran Islam dan Nabi Muhammad S.A.W yang telah dan sedang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.” Tuan Yang di-Pertua, Nabi Isa a.s ataupun Jesus adalah merupakan nabi yang bukan sekadar dihormati tetapi diimani oleh umat Islam. Mengikut ajaran Islam, sesiapa yang menentang, menghina ataupun tidak percaya kepada Nabi Isa a.s boleh dikategorikan sebagai murtad.Kenyataan terbuka Ketua Gereja Roman Katolik, Pope Benedict berkenaan Islam jihad dan Nabi Muhammad S.A.W semasa lawatan beliau ke Jerman beberapa hari yang lalu telah mencetuskan reaksi yang sangat membimbangkan di kalangan penganut-penganut semua agama di dunia ini. Kenyataan yang tidak berhemat ini yang dengan hanya memetik kata-kata dalam sebuah buku yang tidak sepatutnya boleh dijadikan asas sebagai penghujahan intelektual terbuka tentang ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W menyamakan kata-kata yang secara nyata dan terang mengenai ajaran Islam sebagai jahat dan kejam adalah keterlaluan dan boleh menimbulkan satu suasana yang tidak diingini berlaku. Tuan Yang di-Pertua, saya menjadi cukup bimbang kenyataan penuh prejudis Pope Benedict ini akan mencetuskan keadaan yang tidak harmoni di kalangan penganut Islam dan Kristian, khususnya di negara kita. Seharusnya kita boleh mengambil contoh yang baik dari pengalaman dan usaha yang telah dibuat oleh Pope John Paul yang telah meninggalkan satu premis yang subur kepada penghormatan antara agama Islam dan Kristian. Lihat sahaja pada hari pengebumian beliau di Vatican City yang dihadiri oleh hampir semua pemimpin besar dunia Islam dan para ulama Islam dari seluruh dunia. Tujuan saya membawa usul ini ialah untuk Dewan yang mulia ini merakamkan rasa kesal kita terhadap apa jua kenyataan yang boleh menyinggung dan menghina mana-mana agama dan penganutnya. Kita tidak mahu sentimen ini terheret hingga kepada penganut Islam dan Kristian di negara kita ini dan menjadi asas untuk berlakunya suasana yang tidak baik, tidak sihat dan mengganggu keharmonian yang sedia ada dalam negara kita. Saya mohon mencadangkan.Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Bismillahir Rahmannir Rahim. Tuan Yang di-Pertua. Apabila kita membincangkan tentang Usul yang saya kemukakan pada pagi tadi, saya mengucapkan terima kasih di atas Tuan Yang di-Pertua, yang telah pun memberikan keizinan untuk usul ini dibahas, dan saya mengharapkan hasil daripada perbahasan usul ini akan menatijahkan sesuatu implikasi yang sihat dan subur di dalam kita memberikan sumbangan ke arah keharmonian kehidupan beragama, khususnya dalam negara kita. Izinkan saya membaca satu firman Allah s.w.t… [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Telah dilaknat Bani Israel yang kafir di kalangan Bani Israel melalui lisan Nabi Daud dan juga Isa anak Mariam. Tuan Yang di-Pertua, Islam sangat menghormati segala pandangan-pandangan dan segala ajaran-ajaran yang mengajar manusia keseluruhannya kepada satu kebaikan sejagat. Nilai universal yang ada pada semua agama adalah merupakan inti pati daripada ajaran yang mahu umatnya dan penganutnya menghormati setiap agama, budaya dan ajaran yang diajar oleh agama masing-masing. Maka oleh itu kita melihat, penghormatan Islam kepada Jesus ataupun Nabi Isa alaihissalam ini, adalah satu yang diberikan pengiktirafan. Dalam ajaran Islam, bukan sekadar diajar untuk menghormati Nabi Isa alaihissalam, tetapi Islam mewajibkan diimani. Berdasarkan kepada ajaran inilah, pada penganut Islam sendiri yang tidak menghormati dan beriman, apatah lagi mencela Nabi Isa alaihissalam boleh menjadi murtad…, nauzubillah. Beginilah ajaran Islam kepada nabi-nabi alaihi wassalam, yang diperutuskan oleh Allah s.w.t. Maka dengan itu, Islam juga menghormati kepada mana-mana kumpulan dan kepada mana-mana individu. Sebagai contoh, Ghautama Buddha yang mengajar penganut-penganut agama Buddha kepada satu kebaikan dalam kehidupan. Islam menghormati Kung Fu Tze ataupun Lo Tze, yang menjadi anutan sebahagian daripada penduduk dunia ini. Maka dengan sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, apa yang kita kesalkan di atas pernyataan terbuka Pope Benedict baru-baru ini, tentang mengatakan Islam, Nabi Muhammad s.a.w mengajar apa yang dikatakan, evil and inhuman, jahat dan zalim, adalah merupakan suatu ucapan yang sangat menyentuh dan sangat berbahaya terhadap hubungan keharmonian antara penganut agama Islam dan agama Kristian yang sepatutnya Pope Benedict ini mengambil contoh kepada apa yang telah dibuat satu track record, yang boleh kita berikan satu tabik hormat kepada Pope John Paul, yang telah terbukti 25 tahun membina jambatan, membina satu hubungan yang baik, menggalakkan dan menyahut cabaran dialog antara tamadun, antara agama yang sepatutnya diteruskan oleh Pope Benedict ini, yang bukannya mengambil satu buku yang tidak boleh dipertanggungjawabkan akan nilai akademiknya dan nilai intelektualnya, dan menjadikan ianya satu khutbah umum yang diucapkan dalam suatu ucapan yang terbuka. Dan ini sudah tentu akan menjadikan suasana keharmonian ini dalam keadaan yang sangat tergugat. Tuan Yang di-Pertua, Mursyidul Am Pas, Dato’ Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dalam ucapannya dua hari yang lalu, apabila mengulas tentang ucapan Pope Benedict ini memperingatkan bahawa, orang-orang Kristian khususnya, tidak seharusnya menganggap orang-orang Islam sebagai musuh utama mereka. Orang-orang Kristian yang memakai lambing salib pada hari ini, cross di dada-dada mereka sebagai lambang mereka beragama Kristian, perlu melihat dari segi sejarahnya, kenapa mereka mengenakan lambang salib itu? Lambang salib itu adalah merupakan suatu perlambangan di mana Jesus ataupun Nabi Isa, disalib dan dibunuh, diseksa. Persoalannya, siapakah yang membunuh Jesus mengikut ajaran Kristian. Yang membunuh, yang menyalib Jesus itu adalah orang Yahudi. Orang Yahudi yang membunuh, yang menyeksa Jesus di palang salib itu dan menjadikan satu memori, satu kenangan yang diagungkan oleh penganut Kristian, menjadi lambang di gereja-gereja mereka dan mereka pakai di dada-dada mereka. Orang Yahudilah yang menyeksa Nabi Isa alaihissalam,bukan orang Islam. Nabi Muhammad s.a.w lahir beratus tahun kemudian pada kelahiran Jesus. Bukan orang Islam yang menyakiti penganut Kristian. Bukan orang Islam yang menyakiti Nabi Isaalaihissalam, orang Yahudi, yang sepatutnya pada hari ini orang Islam dan Kristian mesti bersatumelawan Yahudi laknatullah. Tuan Yang di-Pertua, yang pentingnya bila kita membahaskan usul ini adalah, tiba-tiba sahaja Bush menjadi jurucakap kepada Pope Benedict. Dalam kenyataannya baru-baru ini, yang kita minta supaya dengan segala hormatnya, bahawa Pope tidak terjebak di dalam suatu yang mungkin menjadi konspirasi, yang ditaja oleh Bush untuk menghalalkan tindakannya terhadap kezaliman kepada umat Islam. He must not parroted the message of the current American President. Dalam hujah saya yang berdasarkan kepada fakta sejarah, Tuan Yang di-Pertua, kita perlu menyaksikan bagaimana dalam era apa yang dikatakan dark ages, dalam era renaissance sebagai contoh, apabila berlakunya pertelingkahan di antara Caesar and God yang dikatakan, yang menjadi asas kepada amalan sekularisme. Terjadinya pertentangan di Eropah di antara pemerintah dan gereja-gereja. Maka, sejarah telah menulis dalam banyak buku, di library-library yang menyaksikan bagaimana, siapakah yang membunuh para paderi? Siapakah yang membakar para-para paderi? Siapakah yang meruntuhkan gereja-gereja di zaman renaissance di Eropah? Bukan umat Islam. Tidak ada hujah, tidak ada satu buku yang boleh saya baca dalam zaman dark ages dan zaman renaissance, yang menyaksikan ini perbuatan orang Islam. Ini perbuatan terrorist yang tidak ada nama Islam pada ketika itu. Jadi di atas hujah itu, bagaimana Pope Benedict ini boleh menyamakan Islam sebagai evil and inhuman. Saya minta satu pertanggungjawaban. Saya boleh terima kalau ada hujah akademik. Saya boleh terima, kalau ada buku-buku intelektual yang dirujuk oleh para-para sekular, para-para scholar, dan para-para penulis tesis dalam tesis akademik mereka. Saya boleh terima dengan dada terbuka, kalau ada hujah yang begini, yang menyatakan ianya boleh menyifatkan bahawa ajaran Islam ini boleh dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai evil and inhuman. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, siapa Bush yang ingin bercakap bagi pihak Pope? Siapa dia yang tiba-tiba menjadi jurucakap Bush, yang menjadi jurucakap Pope? Saya bimbang, adakah ini suatu....Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Syaitan yang besar.Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: ...suatu perancangan Amerika untuk melibatkan suatu pertembungan antara tamadun? Adakah benar ini perancangan daripada CIA selepas jatuhnya Tembok Berlin? Setelah tamatnya penguasaan Amerika terhadap Soviet Union? Bila tidak ada lagi dwi power pada unipolar, maka diupah penulis seperti Samuel P. Huntington untuk menulis buku, The Article yang bertajuk “The Clash of Civilizations and The Remaking of World Order”? Adakah ini perancangan Amerika Syarikat? Perancangan CIA yang ingin melagakan rang Islam dan orang Kristian? Setakat ini adakah ini perkara yang sedang berlaku? Adakah merika sudah mengheretVatican City untuk bermusuh dengan Islam? Adakah Bush bertanggungjawab untuk mengheret kita ke kancah peperangan dan dia menjadi kuasa yang akan membekalkan senjata untuk kita perperang? Penting bagi Parlimen Malaysia yang mengamalkan suatu kehidupan harmoni antara agama Islam dan Kristian dalam negara kita dan saya rasa saya banyak kawan dan jiran-jiran yang beragama Kristian yang bermazhab Katolik, mereka tidak berkata begitu. Saya mengharapkan penganut-penganut mazhab Kristian Katolik, this associate dengan apa yang dinyatakan oleh Pope Benedict yang mengatakan, Nabi Muhammad s.a.w dan juga Islam itu ebagai evil and inhuman.

No comments:

Post a Comment